web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Rakyat Malaysia Terima Anugerah Kehormat Daripada Kerajaan UK

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 8:23AM

Yau Kong (kiri) dan Dr Vinod diiktiraf oleh kerajaan UK atas sumbangan masing-masing. - Gambar dari Suruhanjaya Tinggi Britain ke Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua rakyat Malaysia iaitu seorang doktor gigi yang telah bersara Dr Vinod Kumar Joshi dan seorang pemandu pengembara Tham Yau Kong akan menerima Anugerah Kehormat daripada kerajaan United Kingdom, demikian menurut Senarai Anugerah Kehormat yang diumumkan di UK semalam.

Dr Vinod Kumar akan menerima anugerah Officer of the Order of the British Empire (OBE) bagi sumbangan beliau dalam memerangi kanser manakala Yau Kong pula dianugerah Member of the Order of the British Empire (MBE) bagi sumbangannya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, sejarah dan budaya.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay berkata Dr Vinod Kumar telah mewujudkan rangkaian sokongan yang amat diperlukan bagi menghubungkan pesakit berfikiran serupa yang kemudian berembang sebagai sebuah badan amal.

“Selain berkongsi banyak sumber mengenai kanser mulut, Dr Vinod Kumar dan yayasannya juga memainkan peranan dalam menggalakkan ujian saringan kerana diagnosis awal mampu menyelamatkan nyawa,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Yau Kong pula layak menerima anugerah MBE atas jasanya dalam penemuan serta pemuliharaan laluan Perarakan Maut Sandakan-Ranau, satu lakaran sejarah yang penting bagi UK dan Malaysia.

“Yau Kong juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan penyelidikannya dengan golongan pelajar serta Angkatan Bersenjata UK selain mendekatkan orang ramai dengan anak cucu tawanan perang yang terbabit,” katanya. 

Dr Vinod Kumar, yang juga Pengasas Yayasan Kanser Mulut di UK, menyifatkan anugerah itu sebagai satu pengiktirafan kepada ketabahan semua pesakit, kakitangan dan sukarelawan dalam mengekalkan visi badan amal itu sejak penubuhannya manakala Yau Kong yang gembira usahanya diiktiraf berkata beliau akan terus mengekalkan sumbangannya kepada sejarah ekologi dan alam sekitar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Taiwan Rampas Serbuk Protein Mengandungi Bahan Pengawet Terlarang

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar