web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:05AM

Pesawat British Airways - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - British Airways akan menyambung semula laluannya ke Kuala Lumpur mulai November ini, sekali gus membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu bagi memperluas rangkaiannya ke Asia dalam tempoh pasca pandemik.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan lapangan terbang London Heathrow akan menggunakan pesawat jenis Boeing B787-9.

Langkah itu adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif pemodenan di bawah pelan transformasi British Airways bernilai £7 bilion (1 pound = RM6.00) bagi tempoh dua tahun akan datang, termasuk laman sesawang baharu, mesej dalam pesawat secara percuma serta tempat duduk baharu bagi penerbangaan jarak dekat, kata syarikat itu.

Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Bhd menerusi laman Instagram, berkata kali terakhir pesawat British Airways singgah di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) adalah pada 2020.

Dalam pada itu, bercakap kepada Bernama, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry menyifatkan langkah British Airways menyambung semula penerbangan terus yang menghubungkan London dan Kuala Lumpur sebagai memaparkan peningkatan rangkaian antara United Kingdom (UK) dan Malaysia.

"Ini termasuk kira-kira £6 bilion dalam bentuk perdagangan dua hala kedua-dua negara serta potensi pertumbuhan besar apabila UK melengkapkan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada akhir tahun ini, katanya.

Malah, Terry menyifatkan penerbangan terus itu akan turut meningkatkan aspek kesalinghubungan yang pastinya disambut baik oleh kalangan penuntut, profesional dan pelancong.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, British Airways dan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan usaha ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Terbabit Pelbagai Kesalahan, 18 Pegawai, Anggota Polis KL Dibuang Kerja

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Taiwan Rampas Serbuk Protein Mengandungi Bahan Pengawet Terlarang

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga