web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taiwan Rampas Serbuk Protein Mengandungi Bahan Pengawet Terlarang

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 9:09AM

Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPEI - Produk serbuk protein dadih susu yang diimport dari United Kingdom (UK) yang dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini, didapati mengandungi bahan pengawet yang dilarang, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Taiwan pada Selasa.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh dua tahun produk dari UK. firma Myprotein diuji positif asid benzoik, lapor CNA.

Menurut FDA, "Myprotein-Impact Whey Protein, Natural Chocolate" yang diimport oleh TwinBrothers Co yang berpangkalan di Taoyuan mengandungi 0.1 gram asid benzoik setiap kilogram.

Sebanyak 1,380 kilogram protein dadih susu berperisa coklat telah dikembalikan atau dimusnahkan, kata FDA.

Di Taiwan, asid benzoik digunakan sebagai pengawet dalam makanan seperti sos tomato, jus dan mentega, tetapi penggunaannya dilarang untuk serbuk protein dadih susu, kata ketua bahagian Pusat Pentadbiran Serantau FDA, Chen Ching-yu.

Sementara itu, FDA turut mengeluarkan senarai 11 barang import lain yang gagal dalam pemeriksaan keselamatan baru-baru ini, barangan berkenaan sama ada akan dikembalikan ke negara asal atau dimusnahkan. - Bernama/CNA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad