web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Inovatif Menggunakan Menu Raya Dalam Hidangan Harian

Sempena Syawal Abang Brian memberikan beberapa cadangan menggunakan hidangan raya dalam menu seharian kita.

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 9:00AM

Gambar: Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan bulan syawal pastinya sinonim dengan kepelbagaian hidangan yang membuatkan semua terkenang dengan memori-memori indah berhari raya bersama tersayang.

Namun demikian, tahun ini amatlah berbeza buat kita semua di Malaysia khasnya dengan pandemik COVID-19 dan kawalan pergerakan yang semakin ketat dengan kenaikan kes harian semenjak awal bulan Mei 2021. 

Pengumuman penerusan larangan rentas negeri atau larangan balik kampung telah menimbulkan kekecewaan dan mendatangkan impak kepada rakyat Malaysia yang biasa dengan tradisi tahunan tersebut setelah sebulan berpuasa.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan orang ramai untuk terus patuh dengan SOP yang telah ditetapkan dan kuatkan semangat, banyakkan doa dan kekalkan gaya hidup yang sihat supaya tidak terlalu terjejas dengan keadaan ini yang pastinya akan berlalu. 

Selain daripada itu, sebagai seorang cef, saya ingin mengambil kesempatan untuk membantu anda berdepan dengan masalah yang dikaitkan dengan makanan raya tahun ke tahun. Bila memasak terutamanya di musim perayaan, mak-mak selalu kata 'biar lebih jangan kurang'.

Antara masalah yang timbul daripada niat murni ini adalah pembaziran.

Lebih-lebih lagi, dengan perubahan bilangan orang yang boleh beraya bersama, anggaran untuk menyediakan hidangan raya yang mencukupi mungkinlah lebih mencabar.

Jadi sekiranya anda ada lebihan makanan raya lazim seperti rendang, nasi impit, soto mahupun sate, jangan risau, tak payah jenuh makan hidangan sama berulang kali semata-mata nak habiskannya.

Rendang, Sate dan Kuah Kacang

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd. Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd. Yusof

Memanglah bukan raya tanpa rendang. Tetapi amatlah sukar untuk masak hidangan ini dalam kuantiti yang terlalu kecil dan ramai yang akan makan rendang ini sampai sebulan untuk habiskannya.

Selain daripada makan rendang begitu sahaja berulang kali dengan ketupat, nasi impit mahupun roti, anda boleh juga gunakan rendang sebagai asas untuk hidangan lain.

Contohnya daging rendang atau daging sate dapat digunakan sebagai sumber protein dalam hidangan lain seperti nasi goreng, mi goreng mahupun bubur. Kuah pekat rendang atau kuah kacang yang berlebihan tidak patutlah dibuang begitu sahaja dan dapat digunakan untuk menjadi asas perasa kepada pelbagai hidangan lain juga.

Selain daripada digunakan sebagai perasa kepada pes asas nasi atau mi goreng, ia juga bolehlah dicairkan dengan sedikit santan dan dijadikan kuah untuk percikan ayam yang dipanggang mahupun dijadikan sebagai bahan perapan ayam, daging dan ikan.

Nasi Impit dan ketupat

Gambar: Mufid Majnun, Unsplash
Gambar: Mufid Majnun, Unsplash

Sama ada lebihan daripada hidangan bersama sate ataupun kuah soto, nasi impit dan ketupat dapat diolah untuk dijadikan hidangan kegemaran saya iaitu lontong darat.

Bagi mereka yang tidak kenal dengan hidangan ini, cara masaknya lebih kurang sahaja seperti anda masak mee goreng mamak tetapi gantikan mi kuning dengan nasi impit atau ketulan ketupat yang dipotong bentuk dadu besar. Sekali lagi anda juga boleh gunakan lebihan kuah kacang untuk naikkan rasa hidangan ini. 

Selain daripada itu, sekiranya anda betul-betul inginkan suatu kelainan dan elak daripada makanan raya yang terlalu 'berat', anda bolehlah mengambil sedikit nasi impit dan kisarkan dengan sedikit air dan dijadikan asas untuk membuat bubur.

Lebihan bawang (selalu dihidang bersama sate) dapatlah ditumis dengan 5 sekawan dan sedikit lebihan daging sate, daging rendang mahupun ayam percik dan dicampurkan dengan kisaran nasi impit untuk dijadikan bubur 'versi raya'.

Soto

Gambar Raphiell Alfaridzy, Unsplash
Gambar Raphiell Alfaridzy, Unsplash

Oleh kerana kuah atau sup soto tidaklah mengandungi santan dan kaya dengan pelbagai rempah, ia dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang. Selain daripada digunakan sebagai sup untuk dihidangkan dengan mi, ia juga boleh menggantikan kaldu ayam untuk perasakan bubur.

Selain daripada itu, ia boleh juga dibekukan untuk digunakan kelak hari. Saya akan bekukan dalam bekas kiub ais dan gunakannya semasa menggoreng sayur dan naikkan rasa apa-apa sahaja yang ditumis.

Sekiranya hendak senaraikan kesemua jenis hidangan raya dan nasihat saya untuk elakkan pembaziran, memanglah coretan ini akan menjadi berjilid-jilid. Namun, nasihat utama saya di sini adalah untuk anda semua buka minda dan jangan takut untuk mencuba. Daripada dibazirkan sahaja, baik dimanfaatkan untuk sediakan hidangan lain yang sedap.

Jika anda seseorang yang baru sahaja berjinak-jinak di dapur ataupun memang sudah kebuntuan, internet 'kan ada! Google sahaja! Ataupun anda bolehlah ke laman sosial seperti Instagram dan FB saya!

Dengan itu, sebelum mengundur diri buat coretan kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! - Getaran, 17 Mei 2021. 


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Hari Gawai Dengan Hidangan Ikonik Dari Sarawak

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa