Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Raikan Hari Gawai Dengan Hidangan Ikonik Dari Sarawak

Makanan Sarawak punya keaslian rasa yang memikat selera. Kini selain dapat menikmatinya di kedai atau restoran pilihan, anda juga boleh sediakan sendiri di rumah dengan mendapatkan kit sedia untuk di masak.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 8:34PM

Sebahagian besar daripada budaya dan warisan Sarawak adalah makanan. - Gambar Freshable.Co

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap Jun, rakyat Sarawak, khususnya kaum Dayak akan meraikan Hari Gawai, sebuah perayaan meriah sebagai tanda terima kasih atas hasil tanaman yang banyak.

Seiring dengan peredaran masa, Hari Gawai telah menjadi perayaan budaya yang lebih besar untuk adat istiadat dan tradisi Dayak, bagi memperingati hubungan masyarakat tersebut yang mendalam dengan tanah.

Perayaan ini bukan sahaja merupakan satu perayaan meriah yang amat bermakna bagi masyarakat Dayak, tetapi juga memperlihatkan warisan budaya yang kaya di Sarawak. Apabila berbicara tentang budaya dan warisan, makanan adalah elemen yang tidak boleh terkecuali.

Sotong KangKong - Gambar Freshable.Co
Sotong KangKong - Gambar Freshable.Co

Sebahagian besar daripada budaya dan warisan Sarawak adalah makanan. 

Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, pasti anda pernah menikmati makanan citarasa Sarawak yang lain daripada yang lain.

Antara yang popular dan menjadi kegemaran ramai ialah nasi goreng dabai, Laksa Sarawak, Kek Lapis Sarawak, terubuk masin dan juga mi kolok.

Sempena perayaan Hari Gawai tahun ini, Freshable telah bertemu dengan Adeline Tang, seorang warga Sarawak yang terlibat dalam industri makanan untuk mengetahui lebih lanjut tentang hidangan Sarawak.

Seperti ramai warga Sarawak lain, Adeline tinggal di Lembah Klang untuk bekerja. Sempena Hari Gawai, Adeline berkongsi bahawa Jun dipenuhi dengan nostalgia dan rindu yang mendalam kepada kampung halamannya di bumi Kenyalang itu. 

“Saya percaya ramai warga Sarawak yang menetap di luar negeri Sarawak juga turut merasakannya. Namun tentu saja sebagai rakyat Malaysia, apa yang paling saya rindukan adalah hidangan asli Sarawak," ujar Adeline.

Pansoh Ayam - Gambar Freshable.Co
Pansoh Ayam - Gambar Freshable.Co

Bagi wanita ini, terdapat empat hidangan khas Sarawak yang terbaik mewakili negeri tersebut. Salah satu hidangan yang istimewa dalam perayaan Gawai adalah Pansoh Ayam atau turut dikenali sebagai Manok Pansoh, sejenis hidangan lazat tradisional Sarawak yang dimasak di dalam buluh. 

Untuk menyediakannya, ayam akan dimasak di dalam buluh yang baru dipotong bersama bahan-bahan seperti bawang, halia, serai, bawang putih, bunga kantan yang dibakar, dan lengkuas. Buluh tersebut dipanggang di atas api terbuka, memberikan rasa yang unik kepada ayam.

Memandangkan persiapan Pansoh Ayam memerlukan masa yang agak lama, kepakaran, persediaan, dan ruang yang sesuai untuk membina bara api, sukar untuk kebanyakan orang yang tinggal di kawasan bandar seperti Lembah Klang untuk menyediakan Pansoh Ayam dengan betul.

Satu lagi hidangan yang unik bagi negeri ini ialah Laksa Sarawak dengan asal usul yang bermula dari abad ke-20. Penciptaan mi sup ini masih misteri. Ia dipercayai telah dicipta oleh imigran Cina di Sarawak dan dipopularkan oleh keluarga Tan pada tahun 1960-an dan 1970-an dengan penghasilan pes laksa jenama Swallow.

Laksa Sarawak - Gambar Freshable.Co
Laksa Sarawak - Gambar Freshable.Co

Laksa ini terkenal dengan rasanya yang kompleks dan berbeza daripada hidangan laksa lain seperti kari laksa dan asam laksa dengan penggunaan sambal belacan, sejenis pes cili kisar yang dihasilkan daripada belacan, memberi hidangan ini rasa yang tersendiri. 

Bergantung kepada siapa yang ditanya, pes laksa Sarawak yang paling asli sebenarnya berwarna jingga terang dan mengandungi antara 20 hingga 36 (atau lebih!) bahan termasuk bawang putih, bawang merah, cili, buah keras, dan udang kering.

Dengan ayam rebus carik, udang, taugeh, dan hirisan telur dadar, ciri khusus laksa Sarawak adalah supnya yang pekat dan berkrim. 

Seperti semua laksa, pes laksa adalah komponen yang paling penting untuk mendapatkan rasa yang tepat. Bagaimanapun, seperti yang dijelaskan oleh Adeline, pes laksa Sarawak yang asli agak sukar untuk didapati. 

"Pes Laksa Sarawak memerlukan banyak bahan, jadi ia mungkin lebih sukar dari yang anda jangkakan untuk mendapatkan rasa yang tepat jika anda membuatnya sendiri. Adakalanya pes Laksa Sarawak boleh didapati di sini, tetapi ia tidak semestinya akan memberi rasa asli yang diingini," katanya.

 Ka Chan Ma (Sup Ayam Herba Motherwort) juga merupakan hidangan yang unik dari negeri Sarawak. Hidangan sup ayam ini menggunakan herba motherwort, yang tumbuh secara asli di negeri tersebut dan telah digunakan dalam pelbagai budaya kerana manfaat perubatannya.

Ka Chan Ma - Gambar Freshable.Co
Ka Chan Ma - Gambar Freshable.Co

Jelas Adeline, seseorang itu perlu membiasakan diri dengan rasa Ka Chan Ma kerana herba motherwort agak pahit. 

“Saya juga begitu, setelah beberapa lama, saya mula menyukai hidangan ini kerana rasanya yang kompleks, pahit namun ada aroma bunga, dan banyak manfaat kesihatannya," ujar Adeline.

Herba ini dipercayai dapat membantu mengawal mood dan mengurangkan rasa cemas. Oleh kerana hidangan ini menggunakan herba motherwort, halia, wain, dan rempah-rempah lain, ia juga dipercayai dapat melegakan masalah kembung perut dan mempertingkatkan peredaran darah. 

Atas sebab itu, sup ayam yang menyihatkan ini sering dihidangkan sebagai makanan selepas bersalin dan popular di kalangan orang ramai kerana rasanya yang unik dan merupakan hidangan yang sangat berkhasiat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Adeline juga mengimbau kembali Ding Pian Ho, sejenis hidangan Sarawak yang unik. Hidangan dari masyarakat Foochow ini secara kasar diterjemahkan sebagai "pes pinggir kuali", yang merujuk kepada cara mi ini dibuat. Campuran tepung dicurahkan di sekeliling pinggir kuali yang berisi sup. 

Apabila mi telah masak, ia digesel kembali ke dalam kuali sementara sebahagian campuran tepung tersebut telah masak di dalam sup. Hasilnya adalah gabungan antara mi leper dan bubur.

Hakka Lei Cha - Gambar Freshable.Co
Hakka Lei Cha - Gambar Freshable.Co

Pada Hari Gawai tahun ini, Tang turut berkongsi rasa rindu kepada masakan rumah bersama warga Sarawak yang lain. Dalam perniagaan makanannya, Freshable, Tang beroleh ilham dari asal usul dan kerinduannya terhadap hidangan asli Sarawak, dan menampilkan hidangan kampung halamannya dalam menu istimewa bulanan pada bulan Jun ini.

"Saya percaya Hari Gawai adalah waktu yang terbaik untuk memberi tumpuan kepada masakan Sarawak. Banyak yang boleh dikatakan mengenai keunikan hidangan kami, tetapi saya lebih suka meletakkan semangkuk Laksa Sarawak di hadapan seseorang dan membiarkannya merasainya sendiri," tambahnya.

“Bagi warga Sarawak yang merindui kampung halaman pada bulan Jun ini, ada sesuatu yang amat menenangkan apabila menikmati hidangan panas dari rumah. Saya berharap dapat berkongsi dengan warga Sarawak lain rasa hidangan asli seperti dari kampung halaman ketika berada di perantauan,” ujar Adeline.

Untuk makluman anda, Adeline merupakan salah seorang pengasas Freshable, sebuah perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak inovatif yang menghantar kit makanan sedia masak dengan hidangan terpilih terus ke pintu rumah anda. 

Idea di sebalik ini adalah para pelanggan dapat memilih hidangan pilihan mereka, dan Freshable menghantar kit makanan sedia masak yang terdiri daripada bahan-bahan yang telah dipotong dan diukur terlebih dahulu untuk resepi tersebut kepada anda.

Sama ada anda adalah peminat makanan Sarawak, baru mengenali hidangan Sarawak, atau merindui kampung halaman dan masakan rumah, dapatkan pelbagai hidangan asli Sarawak di laman web Freshable sekarang. - Getaran, 3 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu