web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Resipi: Nasi Daging Buah Kurma Berempah

Kurma boleh jadi bahan masakan dan bukan sahaja untuk manisan. Boleh juga digunakan untuk hidangan gurih.

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Apr 2021 2:21PM

Gambar: Riki Risnandar, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja Ramadan mestilah kurma yang pertama sekali terlintas di fikiran. Lemak manisnya terutama bila berbuka puasa memang satu nikmat yang tiada tandingan. Tak kisahlah jenis kurma apa pun, janji ada kurma, sahur atau berbuka puasa pasti lebih bermakna. 

Namun demikian, ramai yang selalu tanyakan kepada saya selain daripada makan begitu sahaja, ada tak cara lain untuk menggunakan kurma dalam masakan?

Memang biasa untuk gunakan kurma dalam pelbagai resipi hidangan pencuci mulut. Anda boleh sahaja gunakan resipi yang menggunakan buah kering seperti kismis tetapi gantikan dengan isi kurma dalam kuantiti yang sama.

Namun demikian, saya ingin menjemput anda semua untuk menjadi lebih kreatif, kurma bukan sahaja dapat digunakan dalam manisan atau baking malah merupakan satu bahan yang dapat tingkatkan lagi hidangan savuri anda. 

Profil rasanya yang manis dan lemak sesuai dipadankan dengan apa-apa sahaja hidangan yang pedas. Gunakannya untuk gantikan gula yang selalu digunakan untuk seimbangkan kepedasan pelbagai jenis sambal, gulai mahupun kari.

Kalau masak hitam pula, kurma boleh dicampurkan dengan kicap masin biasa untuk memberi rasa yang menyerupai kicap manis. 

Senarai kombinasi kurma dengan bahan makan yang savuri berpanjangan tetapi di sini saya ingin kongsikan antara hidangan kegemaran saya yang menggunakan kurma. Sesuai untuk berbuka mahupun sahur. Selamat mencuba, salam Ramadan dan selamat berpuasa! 

 

Nasi Daging Kurma Berempah

Bahan A

2-3 sudu besar pes sup

2-3 cili merah, dihiris kasar

2-3 cili hijau, dihiris kasar

Bahan-bahan lain

300g daging mentah, dihiris nipis

2-3 biji kurma, dibuang biji dan dihiris kasar

2 cawan beras dicuci

2 1/2 cawan air

Daun Ketumbar, untuk menghias

Cara-cara:

1. Tumiskan bahan A sehingga bau naik.

2. Masukkan daging dan gaulkan mesra. Masak sehingga air daging kering.

3. Masukkan beras dan kurma, gaulkan. Tambahkan air dan tanak nasi seperti biasa. – Getaran, 19 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Masak Di Stesen Minyak Hari Tu? Polis Tengah Cari!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Menu Air Tangan Permaisuri Untuk Penduduk Lahad Datu

3

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kalau Sedang Stres, Jom Masak Untuk Legakannya

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga