Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sepanjang Setahun Getaran

Diam tak diam setahun sudah Ad Samad setia menulis untuk Getaran. Ikuti perkongsian pengalaman seniman hebat ini sepanjang menjadi kolumnis portal ini.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 2:27PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Begitu pantas masa berlalu. Pada Januari lalu, sudah setahun usia Getaran - Gema Berita Dan Hiburan.

Dan, setahun jugalah aku menjadi salah seorang kolumnisnya.

Tidak cukup ungkapan terima kasih yang dapat aku ucapkan kepada pihak Getaran kerana memberi ruang dan peluang untuk aku berkarya dan bereksperimentasi di dalam bentuk karangan atau esei.

Getaran memberi platform berkongsi fikiran dan falsafah, bukan sahaja mengenai perihal hiburan dan budaya popular, malah laluan menyentuh perihal politik dan berita-berita semasa.

Sejujurnya, aku cuba membuat setiap karanganku sebagai karya seni.

Keseniannya harus berada di dalam setiap baris ayat dan struktur sesebuah karangan agar ia kononnya dapat menjadi sebuah sastera moden. Kononnya.

Aku idamkan ayat dan prosa yang dapat menunjukan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa yang cantik, menarik, dinamik dan berkesan, meskipun aku masih jauh mencapai apa yang aku idamkan itu.

Aku juga idamkan bentuk karangan yang mempunyai keunikan atau kelainan di dalam  pembentukan rangka atau penstrukturannya, tetapi tetap dapat dituruti para pembaca akan tema dan mesej utama yang hendak disampaikan.

Tetapi bukan kelainan yang sekadar untuk mencari kelainan, bahkan kelainan yang dapat membawa para pembaca (dan aku sebagai penulis) kepada satu pengalaman baharu, yang jauh dari klishe.

Tidak cukup karanganku sebagai karya seni, bahkan ia seharusnya seiring menjadi alat pencabar pemikiran serta jendela kepada sudut pandang baharu dan berbeza.

Karangan yang bertajuk Pasir Salak Dan Si Tukang Tampal Poster contohnya, adalah bertujuan mengajak para pembaca untuk merenung kembali Peristiwa Pasir Salak yang berlaku pada 1875.

Karangan tersebut adalah percubaan halus untuk meminta para pembaca menilai semula 'keperwiraan' figura bernama Pandak Indut yang telah membunuh dengan kejam seorang penjawat awam berbangsa Melayu yang tidak bersenjata, bernama Muhammad Arshad.

Pada masa sama, karangan tersebut juga merupakan satu protes terhadap  keangkuhan seorang Ahli Parlimen dari Pasir Salak yang ketika itu adalah Pengerusi Prasarana iaitu syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki dan mengoperasi sistem transportasi LRT dan Monorel.

Karangan bertajuk Elvis Sebuah Impian pula adalah sebuah satira yang berlatarbelakangkan tema kebebasan berfikir dan bersuara. Ia dikarang khas sempena Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka yang ke-64.

Satira adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan di Malaysia kerana masyarakat kita tidak mempunyai budaya satira. Subtlety bukanlah ciri utama bangsa kita. Segalanya perlu obvious, baru boleh dimengertikan rakyat ramai.

Kita sebagai sebuah negara adalah sebuah satira, yang lebih diketawakan negara luar.

Mana tidaknya, apabila pencuri, perompak dan perasuah boleh dipuja malah diangkat menjadi pemimpin dan para penentang kecurangan pula boleh dianggap sebagai penjahat. Justeru, bagaimana untuk mensatirakan perkara yang telahpun satira?

Imej Dan Persaingan Kijang Dengan Singa pula adalah karangan mengenai  evolusi kemunafikan para politikus. Bagaimana para politikus berubah dan mengubah diri mereka untuk menyesuaikan diri dari zaman ke zaman, sehingga ke era masa kini, umpama seekor cicak kobeng.

Karangan tersebut bukan meminta para pembaca untuk berhenti menghakimi dan menghukum sesama manusia, sebaliknya menggalakan para pembaca meningkatkan kebolehan menghakimi  dan menghukum setiap orang dan setiap perkara dengan lebih baik sehingga menjadi bagus dan tepat.

Sains dan Sesuatu Menghempap Kepala pula adalah sebuah karangan yang tema utamanya adalah memperkasakan sains dalam kehidupan kita.

Sekiranya aku adalah seorang yang mempunyai bakat menulis dan mahu menulis kepada orang ramai, maka aku perlu mempunyai tanggungjawab serta sesuatu yang mahu diperjuangkan.

Dalam kebanyakan karanganku, sains adalah satu tema yang sentiasa berada sebagai latar belakang. Aku percaya bahawa untuk membina satu bangsa dan sebuah negara yang maju serta berjaya, pengetahuan sains dan pemikiran saintifik adalah sangat penting.

Sesungguhnya, aku dambakan hidup dalam sebuah masyarakat yang mempunyai budaya pemikiran saintifik serta cita rasa seni halus yang tinggi.

Maka pemperkasaan sains adalah tanggungjawab dan perjuanganku sebagai seorang penulis yang bersastera.

Kaleidoskop Warna Warna Sepi pula adalah umpama sebuah sajak mengenai existentialism dengan meletakan unsur-unsur stream of consciousness dan ayat-ayat deskriptif perihal alam semesta dan sejarah ketamadunan manusia untuk membawa perasaan kesunyian yang mencecah ke tahap depresi.

Karangan ini adalah mengenai perasaan seseorang yang sentiasa merasa sepi, meskipun di tengah keramaian. Kesepiannya adalah kerana ketidak-hubungan jiwa insan-insan lain terhadap dirinya dan vice versa.

Sebenarnya, karangan ini telah diinspirasi daripada perbualan aku dengan Datuk M Nasir, apabila beliau menyatakan kepadaku bahawa setiap penulis adalah insan sepi. Bahkan, M Nasir mengatakan bahawa aku juga adalah seorang yang jelas kesepian. Hmmm…

Ad Samad dan M Nasir
Ad Samad dan M Nasir

Karangan yang berjudul Sedar Dan Syukur pula adalah sebuah tazkirah kepada diri sendiri. Ia adalah sebuah karangan yang ditulis di ambang tahun baharu 2022.

Menyedari 2022 aku akan meningkat usia setahun lagi, iaitu 53 tahun di penghujung Februari nanti, aku tidak dapat elak daripada memikirkan tentang kematian dan erti hidup ini.

Tazkirah ini aku harapkan turut berguna kepada para pembaca. Sifat syukur adalah di antara sifat yang paling terpuji dan yang akan membawa para insan kepada kebahagiaan sejati.

 Aku bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh pihak Getaran serta senarai karangan yang telah bisa aku tulis sepanjang setahun yang lalu.

Seperti yang telah aku tulis di dalam Sedar Dan Syukur: "Bersyukur bukan sekadar akur, pasrah dan berterima kasih terhadap ketentuan, malah syukur dalam erti kata sebenar adalah kemahuan untuk terus berusaha memperbaiki diri agar lebih berguna kepada masyarakat dan lebih sempurna melaksanakan setiap tanggungjawab."

Maka, kesyukuran aku adalah komitmen aku untuk terus memperbaiki mutu penulisan serta menepati masa dan jadual penyiaran agar menjadi seorang yang benar-benar profesional.

Memang pantas masa berlalu. Pelbagai ujian yang telah dilalui sepanjang setahun ini.

Getaran telah lahir tatkala dunia sedang bergelut memerangi wabak COVID-19.

Sememangnya bukan waktu yang mudah untuk sebuah syarikat untuk mula bernyawa.

Namun, tetap di sini berdiri kita lagi hari ini.

In memory of my beautiful and kind mother, Azizah Hadi (24 May 1937 - 9 February 2021) - Getaran, 16 Februari 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Di Landasan Tepat Untuk Maju - PM

2

Politik 5 bulan yang lalu

Sudah Setahun, Ke Mana Selepas Ini, Kerajaan Perpaduan?

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Muar, Syurga Makanan Asli Johor

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Walaupun Kena Saman, Hormat Perlu Ada...

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 18 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan