Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kaleidoskop Warna-Warna Sepi

Meski hidup dikelilingi ramai orang, sepi masih menghantui diri. Hiruk-pikuk kota belum tentu menghilangkan kesunyian itu. Ikuti perkongsian Ad Samad minggu ini.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 3:33PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“All the lonely people, where do they all come from?

All the lonely people, where do they all belong?

Eleanor Rigby ~ The Beatles

Otak kecil kita tidak mampu untuk membayangkan betapa luasnya alam semesta ini kerana ia terlampau luas.

Walau begitu luas masih begitu sepi.

Ledakan hidrogen yang berlaku di sana sini daripada jutaan bintang yang berserakan, serta letupan supernova-supernova yang mewujudkan bintang bintang baharu adalah terlalu jauh untuk sesiapa sahaja mendengari gegak-gempitanya.

Alam semesta ini berusia 13.8 bilion tahun.

Bumi pula berusia 4.5 billion tahun. 

Kita tidak mampu membayangkan betapa tuanya bumi ini kerana ia sangat tua.

Hampir sepanjang kewujudan bumi ini adalah sepi daripada manusia.

Kehidupan yang pertama wujud merupakan organisma mikroskopik sekitar 3.7 billion tahun lalu.

Manusia hanya wujud sekitar 150,000 ke 200,000 tahun lalu.  Sebagai perbandingan, andainya bumi ini wujud dalam tempoh 24 jam, manusia baru sahaja lahir kurang dari seminit yang lalu. 

Lebih kurang 10,000 tahun yang lalu manusia mempelajari kebolehan bercucuk tanam, lalu bermulanya Revolusi Pertanian. Beransur-ansur wujudnya perkampungan demi perkampungan dan cara hidup manusia menjadi semakin kompleks. Dianggarkan jumlah manusia menghuni bumi ketika itu adalah di antara 1 juta hingga 5 juta orang.

Pada 1900, jumlah manusia dianggar sekitar 1.6 bilion. Pengetahuan manusia mengenai pertanian dan penternakan jauh meningkat. Disaingkan bersama Revolusi Perindustrian, peningkatan populasi bertambah berlipat kali ganda.

Hari ini bumi dipenuhi hiruk-pikuk manusia yang berjumlah sekitar 7.7 bilion.

Begitupun, masih ramai di antara kita yang hidup keseorangan dan kesepian.

Sekitar 5,000 tahun lalu, manusia mencipta penulisan. Ia adalah antara ciptaan manusia yang paling penting. Penulisan membolehkan manusia merakam dan menyampaikan maklumat dengan berkesan bukan sahaja untuk generasi semasa malah untuk generasi mendatang.

Ilmu sudah tidak lagi mati bersama para individu malah secara kolektif sudah boleh dibukukan atau dipahat ke batu.  

Sekitar tahun 1440, Johannes Guntenberg mencipta mesin cetak dan mencetuskan Revolusi Percetakan. Mesin cetak membantu penyebaran ilmu dan maklumat dengan lebih berkesan. Buku atau kitab-kitab yang selama ini disalin dengan tulisan tangan kini boleh dicetak menggunakan mesin dengan cepat dan banyak.

Revolusi percetakan bukan sahaja memangkinkan usaha menghimpun dan merakam segala ilmu saintifik yang dimiliki manusia malah rancak melahirkan para penulis dan penyajak yang membicarakan perihal hati dan perasaan.

Pada 1877, Thomas Edision mencipta mesin phonograph yang membolehkan kerja merakam dan penghasilan semula bunyi. Natijahnya, dekad demi dekad alam ini terus meriah dengan pelbagai lagu dan muzik rakaman, termasuklah gambar bergerak atau filem.

Karya-karya yang terhasil daripada teknologi pencetakan buku, rakaman lagu dan penghasilan filem memangkin imaginasi manusia ke dimensi yang tidak terjangkau fikiran umat-umat terdahulu, serta membawa kepada kebolehan kita berfikir dengan lebih abstrak.

Internet bermula di sekitar dekad 50-an dan World Wide Web pula membawa kepada penggunaan internet di rumah-rumah kita di dekad 90-an dan terus berkembang maju sehingga ke hari ini.

Di samping pelbagai jenis hiburan untuk dijadikan pilihan, sama ada muzik, filem, permainan video dan pelbagai lagi, internet dan multimedia membuat komunikasi menjadi semakin mudah dan murah. Jarak bukan lagi menjadi halangan untuk insan sesama insan berhubungan. 

Tetapi tetap masih ramai juga lagi insan yang terus kesepian dan keseorangan.

Bukan bunyi-bunyian dan riuh-rendah yang menghilangkan kesepian. Malah, sering terjadi sunyi juga mendamaikan.

Kesepian juga tidak bererti ketiadaan teman atau pasangan kerana sering juga terjadi mereka yang di dalam keramaian dan berpasangan tetap merasa kesepian. 

Tatkala kerinduan adalah satu kemanisan, kesepian adalah satu penderitaan.

Tiada apa yang enak mengenai kesepian.

Kesepian tidak mempunyai rasa yang tawar, masin, masam, malah jauh sekali manis.

Kesepian adalah ruang kosong tak bernyawa. 

Keterpinggiran. Ketidakupayaan berhubung jiwa dengan jiwa. Keraguan. Keruntuhan harga diri. Ketidak kelihatan. Lut sinar. Halimunan. Musnah. Binasa. Lenyap.

Ramai yang merasakan hidup ini indah dan membahagiakan, seperti filem Hindustan yang penuh tarian dan warna-warni.

Nasiblah. Untung sabut timbul. The glass is half full. Roda kehidupan, naik dan turun. Malang tak berbau. The glass is half empty. Untung rugi. Voulez-vous coucher avec moi, ce soir? Walauwei. Some guys have all the luck. Que sera, sera. What will be, will be. Apa nak jadi, alif-ba-ta, A-B-C. All the lonely people, where do they all belong? Hi Suzie, can you write something happy for a change? Jangan tambah depresi. Sabar sajalah.

Mungkin di alam semesta yang luas, tua dan sepi ini, hanya kita sahaja makhluk yang mempunyai fikiran atau kemampuan kognitif untuk mengadakan perbualan perihal fizik dan kosmologi, biologi dan evolusi, kimia dan reaktiviti.

Di masa yang sama, mungkin hanya kita jugalah makhluk yang mampu merenung ke langit dan kepada bintang-bintang sambil berbual perihal kasih sayang, falsafah dan maksud hidup, sambil menyingkap masa silam dan merancang masa depan.

Setiap yang bermula akan berakhir. Bumi juga akan musnah mungkin akibat mentari tidak mampu lagi bersinar. Lalu manusia pun lenyap. Alam semesta akan terus wujud, namun penuh kesepian kerana tiada lagi makhluk yang mempunyai consciousness atau kesedaran untuk memerhatikan keajaiban dan membicarakan peri agungnya alam ini dan segala isiannya.

Hmmm... terlalu dalam perbualan ini. Malah terlalu berat sebagai karangan dalam Getaran, portal gema berita dan hiburan.

Kita perlukan perbualan yang lebih ringan di dalam melawan kesepian.

Jadi, apa kata kita hubungi seseorang yang lama tidak kita hubungi? 

Mungkin dia ibu atau bapa, abang, adik atau kakak, sanak saudara atau rakan taulan. 

Malah, suami atau isteri yang dingin merenggang.

Dan, mulakan perbualan dengan soalan mudah tetapi dengan seikhlas-ikhlasnya; 

Awak apa khabar?

Seriously.

How are you? - Getaran, 8 Disember 2021

Gambar: Pexels

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Pembentukan Perbadanan Muzik Negara, Langkah Susulan Yang Perlu Fahmi Fadzil Laksanakan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Anugerah Juara Lagu Dan Aku: Penyanyi Wanita Harus Insaf Untuk Menjerit-Menjerit!  

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penularan ASF: ‘Ia Bukan Virus Zoonotik, Tidak Berupaya Menjangkiti Manusia’ - Pakar

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Persoalkan Peranan Salahuddin Ayub Terhadap Industri Muzik Tanah Air, Ini Jawapan RIM Buat Ad Samad 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah