web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penularan ASF: ‘Ia Bukan Virus Zoonotik, Tidak Berupaya Menjangkiti Manusia’ - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 7:03AM

Masyarakat melahirkan kebimbangan mengenai kesan penyakit ASF dan adakah ia turut mampu menular kepada manusia, sehingga berisiko mengancam keselamatan serta nyawa - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan demam babi Afrika atau ‘African swine fever’ (ASF) yang dilaporkan di Malaysia kini, bukan sahaja mencetuskan panik kepada pengusaha ternakan itu, malah dalam kalangan masyarakat.

Mereka melahirkan kebimbangan mengenai kesan penyakit itu dan adakah ia turut mampu menular kepada manusia, sehingga berisiko mengancam keselamatan serta nyawa.

Pensyarah Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Nazlina Ibrahim berkata, ASF hanya boleh menjangkiti babi yang diternak atau liar, namun tidak berupaya menular kepada manusia setakat ini.

Katanya, berdasarkan kajian, ASF bukan daripada jenis zoonotik yang berkebolehan menjangkiti manusia daripada haiwan.

Sel dijangkiti oleh virus tersebut, jelasnya, hanyalah khusus kepada babi dan tidak berkebolehan ‘menyerang’ sel manusia.

“Virus seperti influenza H1N1 atau Nipah berkebolehan menjangkiti sel manusia dan bersifat zoonotik. Tidak semua virus haiwan boleh menjangkiti manusia.

“ASF boleh ‘dipindahkan’ dari babi ke babi secara langsung atau melalui bawaan hama. Secara langsung bermakna babi yang terjangkit akan memindahkan virus kepada babi lain apabila terdedah dengan virus tersebut,” katanya kepada Getaran.

Dr Nazlina Ibrahim berkata, ASF hanya boleh menjangkiti babi yang diternak atau liar, namun tidak berupaya menular kepada manusia setakat ini - Gambar Fail
Dr Nazlina Ibrahim berkata, ASF hanya boleh menjangkiti babi yang diternak atau liar, namun tidak berupaya menular kepada manusia setakat ini - Gambar Fail

Beliau berkata, virus itu boleh berada dalam air liur, air mata, hingus, air kencing atau najis haiwan tersebut dan mampu kekal dalam cecair badan untuk masa lama.

Pakar virologi itu memaklumkan, pemindahan ASF juga berlaku antara babi yang terdedah kepada bangkai, dalam daging atau produk dicemari virus berkenaan untuk jangka masa lama.

Ujarnya, mereka yang mengendalikan babi juga boleh menyebarkannya jika terkena cairan mengandungi virus tersebut. 

“Uniknya virus ini, ia hanya boleh dimusnahkan pada suhu tinggi, iaitu 70 darjah celsius dan selama 30 minit. Babi mestilah dielakkan daripada terdedah kepada makanan atau daging mentah yang tercemar virus ASF,” katanya.

Bagaimanapun, Nazlina berkata, disebabkan ASF bukan penyakit yang boleh menjangkiti manusia, tiada risiko dapat dikaitkan dengan haiwan tersebut terhadap manusia.

Namun, katanya, sebagai langkah keselamatan, daging babi yang hendak dimakan perlu dimasak dengan sempurna.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh turut melontarkan pandangan sama berhubung isu penularan ASF tersebut dengan menegaskan bahawa ia tidak memberi kesan terhadap manusia setakat ini.

Meskipun tidak menjangkiti manusia, katanya, beliau menasihatkan supaya orang ramai mengelakkan makan haiwan tersebut buat sementara, lebih-lebih yang dijangkiti virus itu bagi memastikan mereka tidak berdepan sebarang risiko kesihatan.

“Berbeza dengan penyakit yang sebelum ini dilaporkan seperti virus Nipah dan H1N1 yang boleh mengancam nyawa manusia, ASF hanya menular dalam kalangan haiwan tersebut sahaja.

“Jadi ia tidak memberi kesan kepada manusia walaupun ia dimakan, namun orang ramai tidak digalakkan berbuat demikian,” katanya.

 Dr Sharifa Ezat Wan Puteh menasihatkan supaya orang ramai mengelakkan makan haiwan tersebut buat sementara, lebih-lebih yang dijangkiti virus itu bagi memastikan mereka tidak berdepan sebarang risiko kesihatan - Gambar Fail
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh menasihatkan supaya orang ramai mengelakkan makan haiwan tersebut buat sementara, lebih-lebih yang dijangkiti virus itu bagi memastikan mereka tidak berdepan sebarang risiko kesihatan - Gambar Fail

Justeru, beliau berpandangan, isu kesihatan terhadap manusia tidak timbul dalam kes penularan wabak ASF, sebaliknya mungkin akan mengakibatkan bekalan makanan tersebut berkurangan kerana kematian secara besar-besaran.

“Bagi mengelakkan pengusaha menanggung kerugian akibat wabak, mungkin mereka boleh mengambil pendekatan memberikan vaksin kepada haiwan itu supaya ia tidak merebak.

“Manakala bagai kerajaan pula, mungkin babi yang dijangkiti perlu dimusnahkan, iaitu dibunuh atau bakar untuk mengelakkannya daripada terus tersebar, selain mengekang penularan wabak tersebut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebanyak 23 ladang ternak babi di Pulau Pinang, dikesan dijangkiti ASF sehingga kelmarin dan membabitkan 53,275 ekor babi di ladang tersebut.

Menurutnya, sebanyak 7,998 babi dimusnahkan dari enam ladang ternakan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang didapati positif ASF.

“Semua babi dimusnahkan ditanam di SPS, namun ia jauh dari penempatan awam dan lokasi yang tiada pembangunan bagi mengelak kacau ganggu kepada orang awam di kawasan terlibat, kami juga sekarang ini tengah cari tapak di SPU untuk menanam babi di situ,” katanya.

Chow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang dengan bantuan pihak berkuasa tempatan, dilihat dapat menangani isu ASF itu, terutama berkaitan pelupusan babi di tapak disediakan.

JPV Pulau Pinang juga, katanya, mendapat bantuan dua pasukan JPV dari Putrajaya dalam menjalankan semua tugas berkaitan ASF, termasuk persampelan dan memusnahkan babi dijangkiti virus terbabit atau mati kerana penyakit itu.

Jelasnya, penternak dari ladang yang disahkan selamat, masih dibenar menghantar ternakan mereka ke rumah sembelihan bagi memastikan bekalan daging babi tidak terjejas di pasaran,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

ASF Di Pulau Pinang Merebak Ke Daerah Barat Daya, 62,197 Babi Dijangkit Setakat Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bagasi Berisi Bahagian Badan Manusia Ditemukan Di Tepi Lebuh Raya PLUS

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Tiada DNA Babi Dalam Sampel Sotong Ring Sejuk Beku - KPDNHEP

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Laksana ‘PKP’ Terhadap Babi Kawal Wabak ASF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar