web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persoalkan Peranan Salahuddin Ayub Terhadap Industri Muzik Tanah Air, Ini Jawapan RIM Buat Ad Samad 

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim dalam kenyataannya berkata, pihaknya percaya menerusi kerjasama baik semua pihak, industri muzik tempatan dapat dibangunkan agar menjadi salah satu tiang utama pertumbuhan ekonomi negara.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 2:24PM

Dari kiri, Ad Samad, Salahuddin Ayub dan Rosmin Hashim. - Gambar Facebook Ad Samad, Azim Rahman dan gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terpanggil untuk membalas kenyataan penulis lirik tersohor, Ad Samad yang telah mempersoalkan peranan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub terhadap industri muzik Malaysia. 

Ad Samad telah mencetuskan persoalan tersebut menerusi sebuah artikel penulisan, Major & Minor menerusi sebuah portal tempatan baru-baru ini. 

Ad Samad - Gambar Facebook Ad Samad
Ad Samad - Gambar Facebook Ad Samad

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim dalam kenyataannya berkata, pihaknya percaya menerusi kerjasama baik semua pemegang hak muzik termasuk penulis lagu, penyanyi, pemuzik, syarikat rakaman dan penerbit bersama Datuk Seri Salahuddin Ayub, industri muzik tempatan dapat dibangunkan agar menjadi salah satu tiang utama pertumbuhan ekonomi negara.

“Menurut kaji selidik berkaitan impak industri muzik tempatan kepada ekonomi negara yang dilaksanakan firma perunding berwibawa, PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 2016, pelaburan industri muzik tempatan menjana nilai berganda sebanyak RM6.1 billion setahun kepada ekonomi negara, memberi peluang pekerjaan kepada lebih 83,113 pekerja setahun dan menyumbang cukai sebanyak RM247 juta setahun kepada negara.

“Adalah jelas dari hasil kaji selidik ini, perniagaan industri muzik tempatan membawa kesan yang signifikan kepada ekonomi negara. Kolaborasi industri muzik dan pihak kementerian dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan industri muzik boleh memacu lagi pertumbuhan industri ini dan ekonomi negara,” katanya. 

 Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Menurut Rosmin lagi, Malaysia juga memiliki golongan pengkarya yang sangat kreatif yang mampu menghasilkan kandungan muzik yang bukan sahaja diterima peminat muzik tempatan tetapi juga pendengar di luar negara. 

“Muzik dan artis-artis dari Malaysia berbangsa Melayu, Cina dan India seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Joe Flizzow, Fish Leong, Michael & Victor dan Mugen Rao telah berjaya menembusi pasaran di rantau Asia termasuk Indonesia, China dan India. 

Yuna
Yuna

“Malah, artis Melayu tempatan, Yuna telah berjaya melebarkan sayap ke pasaran dunia! Lagu-lagu yang dihasilkan komposer tempatan juga telah dirakam penyanyi-penyanyi popular dari luar negara. 

Rosmin Hashim - Gambar fail
Rosmin Hashim - Gambar fail

“Kepelbagaian muzik yang dihasilkan oleh penggiat industri muzik tempatan dalam bahasa Melayu, Cina dan India memberikan Malaysia satu kelebihan yang membolehkan kandungan muzik yang dihasilkan di negara ini bukan sahaja menembusi pasaran negara Indonesia, China dan India yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat tinggi bahkan pasaran dunia! 

“Muzik nasyid tempatan yang dihasilkan juga berpotensi besar untuk menembusi pasaran negara yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam di seluruh dunia. Membina pasaran yang lebih besar untuk muzik Malaysia akan meningkatkan pendapatan semua penggiat industri muzik tempatan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara,” jelasnya. 

Menyentuh tentang Penubuhan Majlis Penasihat Industri Muzik, Rosmin menjelaskan, penggiat industri muzik tempatan boleh beri input yang relevan berkaitan inisiatif-inisiatif penting yang boleh disokong pihak kementerian untuk membangunkan industri muzik tempatan secara berkesan. 

“Majlis penasihat ini boleh terdiri dari wakil-wakil badan-badan industri muzik berwibawa yang mewakli semua penggiat industri muzik tempatan seperti Music Authors’ Copyright Protection (MACP)  - mewakili penulis lagu, Music Publishers Association (MPA) - mewakili syarikat penerbit, Recording Performers Malaysia (RPM)  - mewakili penyanyi dan pemuzik, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) - mewakil syarikat-syarikat rakaman serta Arts, Live Festival dan  Events Association (ALIFE)  -  mewakili penganjur acara. 

“Input dari penggiat industri muzik tempatan boleh digunakan untuk merangka satu pelan tindakan yang menyeluruh untuk membangunkan industri muzik tempatan demi kebaikan semua penggiat industri muzik dan ekonomi negara,” sambungnya. 

Mengenai kepelbagaian operasi badan pengurusan kolektif sedunia, Rosmin memberitahu, kaedah yang digunapakai oleh Badan Pengurusan Kolektif (CMO) sedunia untuk mengutip dan mengagih pendapatan dari pelesenan persembahan muzik di tempat awam berbeza dari satu negara ke satu negara. 

“Majoriti badan pengurusan kolektif di dunia yang mewakili pemegang hak muzik yang berbeza menjalankan aktiviti pelesesan muzik mereka secara berasingan. Badan-badan pelesenan tunggal berjaya yang wujud di negara-negara seperti Australia dan New Zealand ditubuhkan secara sukarela oleh pemegang-pemegang hak berkenaan dan tiada campur tangan oleh kerajaan di sana. 

“Harta intelek seperti hakcipta muzik adalah harta persendirian dan sebarang keputusan berkaitan pelesenan harta intelek tersebut haruslah ditentukan pemilik hakcipta berkenaan.

“Badan pelesenan tunggal Music Rights Malaysia (MRM) yang ditubuhkan pada tahun 2016 gagal selepas beroperasi kurang dari 3 tahun kerana tiada kata sepakat dalam terma komersil berkenaan di antara semua badan pengurusan kolektif MACP, PPM, RPM dan PRISM yang menjadi ahli MRM semasa penubuhannya. 

“Selepas PRISM mendapat perintah mahkamah untuk digulung, akhirnya, MACP, PPM dan RPM mencapai kata sepakat untuk membubarkan MRM pada tahun 2019. Sejak dari itu, pengguna muzik telah menerima semula pelesenan muzik secara berasingan oleh badan-badan pengurusan kolektif berkenaan seperti yang dijalankan berdekad lamanya sebelum itu,” jelasnya. 

Rosmin berkata lagi, sebelum ini, ada pihak tertentu yang membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas terhadap badan pengurusan kolektif sedia ada sehingga membawa kepada siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap MACP, PPM dan RPM. 

Salahuddin Ayub - Gambar oleh Azim Rahman
Salahuddin Ayub - Gambar oleh Azim Rahman

“Selepas siasatan selesai dibuat pihak SPRM, tiada sebarang tindakan lanjut yang perlu diambil badan-badan pengurusan kolektif tersebut. 

“Ini membuktikan tidak ada salah laku dalam pengurusan kutipan dan pengagihan royalti oleh badan-badan pengurusan kolektif tersebut seperti yang didakwa. 

“MACP, PPM dan RPM juga masing-masing menjadi ahli badan sedunia, The International Confederation of Societies of Authors and Composers (CISAC), The International Federation of the Phonographic Industry (IFPI) dan the Societies’ Council for the Collective Management of Performers’ Rights (SCAPR) yang bertindak menasihati badan-badan pengurusan kolektif tersebut untuk sentiasa mengikut amalan terbaik dunia dalam operasi pelesenan muzik mereka,” katanya. 

Mengenai Kelulusan yang diberikan pihak MyIPO untuk dua badan pengurusan kolektif yang baru iaitu Music Rights Sabah (MRS) dan Music Rights Sarawak (MRSB), Rosmin berpendapat, ia telah memberi cabaran baru kepada operasi kutipan royalti persembahan muzik awam di Sabah dan Sarawak. 

“Kedua-dua badan pengurusan kolektif tersebut telah diberi mandat oleh pihak MyIPO untuk mengutip royalti untuk penggunaan muzik “etnik” yang sebenarnya tiada definisi dalam Akta Hak Cipta dan ini sudah tentu akan mengelirukan pengguna muzik. 

“Pengguna muzik di Sabah dan Sarawak juga akan dihubungi sejumlah lima badan pengurusan kolektif untuk pelesenan muzik di wilayah tersebut dan ini mungkin akan mengakibatkan aduan oleh pengguna muzik di sana.

“Bagaimanapun, sebarang perselisihan faham di antara pihak pengguna muzik dan badan pengurusan kolektif sedia ada boleh dibawa kepada perhatian Tribunal Hak Cipta untuk diselesaikan secara baik. 

“Akhir kata, saya nantikan jalinan kerjasama yang baik di antara semua penggiat industri muzik tempatan bersama Datuk Seri Salahuddin Ayub untuk sama-sama membangunkan industri muzik tempatan demi kebaikan semua,” katanya menutup bicara. – Getaran, 25 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Harta Intelek: Ada Kesedaran Tapi Masih Ada Yang Suka Curi Dan Ciplak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Salahuddin Dekat Di Hati Rakyat, Inisiatif Rahmah Beri Manfaat Besar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Disenarai Hitam Serta-Merta Jika Sekongkol Manipulasi Harga Gula - KPDN

4

Muzik 3 tahun yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.