web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industri muzik yang berdepan masalah kewangan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara sebelum ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 10:05AM

Salahuddin Ayub bersama Rosmin Hashim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melancarkan program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ dalam usaha membantu pengamal industri muzik tempatan.

Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata pihaknya mendapat sokongan pembiayaan tahunan sebanyak RM100,000 daripada Public Performance Malaysia Berhad (PPM), yang merupakan Pertubuhan Pengurusan Kolektif tertua di Malaysia.

“Di bawah program ini, pengamal industri muzik terdiri daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu sehinggalah pegawai perhubungan awam syarikat rakaman yang menghadapi kesusahan akibat pelbagai faktor boleh memohon bantuan kewangan daripada sumbangan Rahmah yang baru ditubuhkan ini, “ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sumbangan Rahmah Industri Muzik semalam.

Majlis itu, yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, adalah selari dengan inisiatif Payung Rahmah bagi membantu meringankan kos hidup rakyat.

Rosmin juga berkata permohonan bantuan kewangan itu akan dibuka esok dan sebarang butiran program termasuk kelayakan, kriteria dan borang boleh didapati di  laman sesawang www.rim.org.my/sumbangan-rahmah-application.

Beliau juga berkata Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industri muzik yang berdepan masalah kewangan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara sebelum ini.

“Kami prihatin tentang nasib artis veteran yang bergelut untuk menampung kehidupan serta mereka yang memerlukan bantuan untuk membayar bil perubatan mereka yang banyak. Kami amat bersyukur kerana program seperti ini berjaya dilaksanakan.

“Seperti Dana Kecemasan RIM sebelum ini, kami akan mematuhi parameter dan syarat yang ditetapkan dalam penyaluran bantuan kewangan daripada dana Sumbangan Rahmah Industri Muzik kepada pemohon yang layak,” katanya.

Pada majlis itu, Salahuddin menyerahkan cek replika bernilai RM2,000 kepada beberapa penggiat industri muzik yang juga adalah penerima pertama sumbangan Rahmah.

Antaranya penyanyi Zaiton Sameon, Ali Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC, Sazali P. Ramlee dan Ben Nathan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa