web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 8:25AM

Khalijah Hashim dibantu rakannya, Jamilah Ahmad, 54, (kiri) dan Roziana Ahmad Radzi, 44, di rumahnya di Kampung Genting Palas dekat Kuala Nerang - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERANG - Berdepan kesukaran hidup, seorang pesakit kanser, Khalijah Hashim, 53, kini sedang memikirkan secara serius untuk menjual satu-satunya aset dimiliki iaitu Rumah Mesra Rakyat miliknya yang didiami bersama suami, Md. Daud Ahmad, 63, di Kampung Genting Palas, dekat sini.

Menurut Khalijah, kehidupannya kini cukup teruji sementelah dia perlu berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar bagi mendapatkan rawatan, ketika dirinya sendiri sudah tidak kuat untuk bekerja bagi mencari wang.

Keadaan itu katanya, menyebabkan suami terpaksa membanting tulang sebagai buruh di Bukit Pinang, Pokok Sena biar pun sudah lanjut usia.

"Terus terang saya katakan, wang simpanan kami cuma tinggal RM2. Kami mempunyai dua anak namun mereka pun sudah berkeluarga dan pendapatan masing-masing hanya cukup-cukup makan.

"Disebabkan itu saya bercadang hendak menjual Rumah Mesra Rakyat yang kami diami kerana ini saja harta yang saya ada.

"Dalam keadaan ini, sudah dua tahun kami tidak berdaya membayar sewa rumah kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Sebelum rumah ini dilelong, saya fikir lebih baik saya menjualnya jika tiada pilihan lain mendapatkan wang," katanya ketika ditemui pemberita di sini.,

Khalijah mengakui, dia sering menangis mengenangkan nasibnya ketika berseorangan di rumah, terutamanya sewaktu suami keluar bekerja.

Katanya, bantuan sebanyak RM500 sebulan diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) banyak digunakan untuk membayar bil utiliti serta keperluan makanan.

"Pergerakan saya agak terhad kerana sel kanser turut menyerang bahagian pinggan, punggung dan tulang. Kalau suami keluar bekerja, saya akan makan apa saja untuk alas perut kerana memang tak larat untuk memasak.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dua rakan karib, Jamilah Ahmad, 54, dan Roziana Ahmad Radzi, 44, sering datang ke rumah untuk membantu menyuap makanan, ubat serta menguruskan diri termasuk menyalin pakaian. Mereka juga menghidap penyakit kanser payu dara seperti saya tetapi tetap sering datang membantu," katanya.

Dalam pada itu Jamilah memaklumkan, dia sudah menganggap Khalijah sebagai adiknya sendiri dan simpati dengan nasib yang menimpa rakannya itu.

"Walaupun saya dan Roziana turut menghidapi kanser, namun kami masih bernasib baik kerana dapat bergerak sendiri. Disebabkan itu, kami tak kisah untuk sering menziarah dan membantunya.

"Kalau ada temu janji di HSB, kami tak kisah untuk menemaninya ke sana. Tetapi jika perlu ke Hospital Pulau Pinang, terpaksalah kami minta bantuan suami atau ahli keluarga lain," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu Khalijah boleh  berbuat demikian melalui akaun Bank Rakyat bernombor 2240823050 milik Khalijah Hashim atau menghubunginya di talian 01126425654. - Getaran 13 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Beri Sumbangan Kepada Otai Reformis

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi