Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Salahuddin Dekat Di Hati Rakyat, Inisiatif Rahmah Beri Manfaat Besar

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 7:55AM

Menu Rahmah antara inisiatif yang amat memberi manfaat kepada rakyar, khususnya golongan bawahan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub ternyata turut dirasai semua lapisan masyarakat, khususnya golongan marhaen.

Menganggap ia sebagai kehilangan besar, orang ramai menyifatkan keluhuran dan keikhlasan Allahyarham memperjuangkan nasib rakyat sukar ditandingi.

Kelembutan tutur kata dan ketinggian budi pekerti Salahuddin ketika menyantuni orang ramai jelas mereka, bukan lakonan semata-mata dan ia dapat dilihat menerusi pelbagai acara dihadiri beliau.

Tidak kekok mendekati rakyat, malah selesa duduk semeja jelas membuktikan keperibadian Allahyarham sememangnya amat disenangi.

Meskipun mengepalai KPDN kurang dari setahun, inisiatif Rahmah diperkenalkan Salahuddin tampil sebagai warisan yang sangat bermafaat.

Hakikat ini paling dirasai golongan bawahan, dan ia turut diakui seorang pekerja sektor kesihatan, Al Wafi Ali, 38.

Al Wafi Ali - gambar Qurnisha Hamka
Al Wafi Ali - gambar Qurnisha Hamka

Bercakap kepada Getaran, Wafi memberitahu, sejumlah besar rakyat mampu menarik nafas lega apabila mampu berjimat ketika berbelanja di bawah konsep Rahmah.

"Harga barang tidak pernah turun walaupun sudah ada pelaksaan gaji minimum. Saya bercakap sebagai seorang rakyat marhaen yang memang tidak tahu selok belok ekonomi.

“Kita sendiri dapat melihat nilai duit dah tak sama macam dulu. Kos semakin meningkat, tetapi jumlah pendapatan macam itu juga. Rakyat (cuma) nak hidup selesa, anak bini cukup makan dan keperluan dapat disediakan dengan baik,” katanya ketika ditemui.

Jelas Wafi, inisiatif Rahmah diperkenalkan Salahuddin memberi manfaat yang cukup besar buat rakyat biasa seperti dirinya.

“Ia amat membantu mereka yang kesempitan, lebih-lebih individu tergolong sebagai asnaf. Ada juga yang bukan dalam golongan ini tetapi tetap ‘sesak’ pada waktu tertentu. Ketika inilah konsep Rahmah sangat membantu,” katanya.

Diminta mengulas pemergian mengejut Salahuddin, dia memberitahu, negara kehilangan seorang pemimpin yang sungguh dekat di hati rakyat.

"Semoga kita mempunyai lebih ramai pemimpin seperti arwah agar semua rakyat di Malaysia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya, sebak.

Tidak hanya terhad kepada menu di kedai makan atau restoran terpilih, tiga lagi inisiatif di bawah Payung Rahmah iaitu Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah akan terus dilaksanakan bagi menampung kenaikan kos sara hidup rakyat.

Salahuddin tidak kekok mendekati orang ramai pada setiap acara dihadiri - gambar fail
Salahuddin tidak kekok mendekati orang ramai pada setiap acara dihadiri - gambar fail

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi memberi jaminan, beliau akan memastikan inisiatif terbabit diteruskan walaupun Salahuddin sudah tiada.

Ahmad Zahid menyatakan demikian kepada media ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Ahad lalu.

Salahuddin, 61 menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, 23 Julai lalu.

Beliau sebelum itu menjalani pembedahan di hospital sama selepas disahkan mengalami pendarahan otak.

Dalam perkembangan berkaitan, petugas swasta, Nur Adina Mohd Azri pula berkata, inisiatif Payung Rahmah membolehkan dia berbelanja dengan lebih bijak.

"Saya bangga dapat beli burger di kedai rangkaian makanan segera dengan hanya RM5. Saya dapat burger yang sama sedangkan sebelum ini harganya mencecah belasan ringgit. Puas hati dan rasa berbaloi.

"Rasa dapat berbelanja dengan lebih baik sebab dapat banyak berjimat. Inisiatif Rahmah ni membolehkan saya membuat pembelian secara berhemah," katanya.

Nur Adina Mohd Azri - gambar Qurnisha Hamka
Nur Adina Mohd Azri - gambar Qurnisha Hamka

Allahyarham Salahuddin di bawah KPDN sememangnya memandang serius masalah rakyat dan berjaya mencari jalan bagi meringankan beban tersebut, khususnya melibatkan golongan sasaran.

Tidak terhenti di situ, pencapaian beliau ketika menyandang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga menjadi sebutan ramai.

Semoga segala kebaikan dilakukan Allahyarham menjadi bekalan buatnya di akhirat. Al Fatihah. - Getaran, 26 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Konsep Payung Rahmah Diperluas, Babit Sektor Swasta Dan Industri

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

4

Semasa 4 bulan yang lalu

121 Rakyat Malaysia Terkandas Tiba Di KLIA Dari Laukkaing, Myanmar

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi