web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsep Payung Rahmah Diperluas, Babit Sektor Swasta Dan Industri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 6:29PM

Armizan Mohd Ali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Konsep Payung Rahmah diperluaskan dengan pengenalan inisiatif Ihsan Rahmah melibatkan penyertaan pihak swasta dan industri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata melalui inisiatif berkenaan, pihak swasta dan industri boleh memperkenalkan sebarang program berbentuk ihsan kepada komuniti serta pekerja seperti pemberian diskaun, rebat dan pulangan tunai.

Menurutnya kerajaan bersetuju Konsep Payung Rahmah pada 2024 bukan hanya di peringkat kerajaan sahaja, tetapi juga dibuka ruang kepada pihak swasta dan industri untuk memperkenalkan program sendiri dengan berpandukan garis panduan pelaksanaan Konsep Payung Rahmah.

"la merupakan permintaan daripada pihak swasta dan industri yang berminat untuk perkenal inisiatif berbentuk ihsan kepada masyarakat dan kakitangan mereka,, katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.

Armizan berkata penyertaan pihak swasta dan industri itu berupaya memastikan agenda kerajaan dalam menangani cabaran kos sara hidup dapat memanfaatkan seluruh rakyat negara ini.

"Untuk tahun ini, peruntukan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan program Payung Rahmah, tetapi untuk mencakupi lebih 30 juta rakyat pastinya mustahil. Sebab itu kita buka penyertaan kepada pihak swasta dan industri," katanya.

Pada 2023, KPDN telah melaksanakan lima inisiatif di bawah Konsep Payung Rahmah iaitu Program Jualan Rahmah (PJR), Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah.

Mengenai PJR yang diperkenalkan Januari tahun lepas, Armizan berkata takwim PJR dimuat naik di portal rasmi KPDN https://www.kpdn.gov.my bagi membolehkan rakyat mengetahui tarikh dan lokasi PJR lebih awal.

"Kita juga bersetuju untuk tawarkan barangan basah di PJR, anjur Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) pada musim perayaan dan memperluaskan bazar Ramadan,, katanya mengenai penambahbaikan PJR.

Sementara itu, Armizan berkata KPDN akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pengisian penuh terhadap perjawatan sedia ada untuk penguat kuasa.

Beliau berkata ketika ini jumlah anggota penguat kuasa KPDN sebanyak 2,200 orang di seluruh negara dan bilangan itu masih tidak mencukupi.

"Kita (KPDN) mohon JPA untuk benarkan kita buat pengisian penuh perjawatan sedia ada dalam waran. Kita bukan mohon untuk perjawatan baharu," katanya.

Armizan berkata sudah tiba masanya bilangan anggota penguat kuasa KPDN itu ditambah berdasarkan keadaan semasa serta mengambil kira faktor skop tugasan yang semakin meluas terutama apabila subsidi bersasar dilaksanakan tahun ini.

"Bahagian Penguatkuasa KPDN ini bertanggungjawab untuk menguatkuasakan 12 akta yang ada di bawah KPDN. Ini tanggungjawab yang besar," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad