web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


121 Rakyat Malaysia Terkandas Tiba Di KLIA Dari Laukkaing, Myanmar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 10:18AM

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin (kiri) bersama sebahagian daripada 121 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang ke tanah air dari Laukkaing, utara Myanmar menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini. gambar BERNAMA  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini melalui pelaksanaan misi evakuasi.

Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di utara Myanmar, diterbangkan ke Malaysia menerusi penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China yang turut membawa seorang warganegara Indonesia yang terkandas di Laukkaing.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, 121 orang yang kembali hari ini melalui misi itu adalah daripada 128 rakyat Malaysia yang terkini dikesan terkandas di Laukkaing ekoran perang saudara yang tercetus sejak hujung Oktober lalu.

“Tujuh lagi tidak dapat dibawa pulang ketika ini atas beberapa sebab, tetapi kerajaan akan mengikuti perkembangan semasa dan melakukan proses evakuasi (keluar) seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini.

Menurut beliau, dua orang telah meminta dikecualikan atau menarik diri untuk pulang sebelum proses dibawa keluar, seorang berada di luar kawasan sejauh 1,000 kilometer dari sempadan China, tiga lagi tidak berada di sempadan pada waktu ditetapkan, manakala seorang lagi terkandas akibat ada rekod jenayah di China dan tidak dibenarkan masuk ke China.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming telah berjaya menyelaras misi tersebut dengan baik melalui sempadan negara Myanmar-China bermula pada pagi 30 November dengan kerjasama dan kelulusan dari negara terlibat.

Wisma Putra berkata, tindakan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dengan dua Naib Premier China iaitu Liu Guozhong dan Ding Xuexiang semasa lawatan rasmi beliau ke China pada 16 November lepas.

Wisma Putra berkata, kesemua warganegara Malaysia yang terkandas itu telah diberikan bantuan konsular dan logistik setelah memasuki sempadan negara China oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming termasuk penyelarasan penerbangan khas dari Lapangan Terbang Cangyuan Washan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Kedutaan Malaysia di Yangon telah menghantar sekurang-kurangnya 10 nota diplomatik kepada kerajaan Myanmar untuk memohon bantuan dan kaedah untuk mengeluarkan warganegara Malaysia dari kawasan konflik.

“Kita juga telah bekerja rapat dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming kerana kawasan Kunming adalah kawasan hampir untuk mereka dibawa keluar melalui sempadan Myanmar.

“Jadi kita telah dapat kerjasama baik dari Myanmar dan China bagaimana untuk melepasi sempadan itu dalam keadaan mereka tidak mempunyai dokumen lengkap tetapi kita dapat kerjasama baik berhubung kelulusan untuk melepasi sempadan,” katanya.

Menurut Mohamad, sebahagian daripada 121 individu berkenaan dijadual memberi keterangan kepada pihak polis dan melalui beberapa proses perundangan, manakala sebahagian lagi akan kembali ke pangkuan keluarga.

Data Wisma Putra menunjukkan daripada 121 orang tersebut, mangsa tertinggi adalah dari Sarawak berjumlah 54 orang, diikuti Perak 22; Kuala Lumpur (10) dan Pulau Pinang (lapan).

“Diingatkan agar warganegara kita lebih peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan khususnya di media sosial,” kata Mohamad serta menambah Kementerian Luar akan meneruskan beberapa program untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya menerima tawaran pekerjaan tanpa pemeriksaan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 minit yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 29 minit yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad