web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembentukan Perbadanan Muzik Negara, Langkah Susulan Yang Perlu Fahmi Fadzil Laksanakan

Tujuan Perbadanan Muzik Malaysia adalah merangka dasar dan perlaksanaan pembangunan muzik negara dengan fokus kepada; penghasilan muzik rakaman, persembahan muzik di pentas dan TV serta  celik undang-undang dan Akta Hak Cipta.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 12:00PM

Fahmi Fadzil telah menyatakan keperluan untuk ‘muzik mempunyai rumah atau Kementerian yang khusus untuk menjaganya’. - Gambar fail

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 16 hari bulan Mac 2023, telah di adakan satu sessi town hall industri kreatif bersama YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Dan Digital (KKD) bersama lebih 250 orang penggiat industri.

Selain ucapan YB Menteri, lebih daripada 20 orang hadirin telah mengajukan soalan dan menyatakan pendapat mereka.

Majoriti para hadirin adalah dari industri muzik.

Perkara yang dibangkitkan adalah pelbagai sehingga tiada tema utama yang dapat dijadikan asas atau fokus untuk penambahbaikan industri kreatif, terutamanya industri muzik.

Muzik adalah subjek yang amat luas. Oleh sebab itulah isu-isu mengenai muzik sentiasa mengalami pertindihan di antara beberapa Kementerian.

Sebagai contoh, muzik apabila melibatkan penyiaran adalah membabitkan KKD. Muzik apabila membabitkan pemuzik kelab malam akan membabitkan Kementerian Sumber Manusia. Muzik apabila melibatkan pendidikan muzik adalah membabitkan Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pendidikan Tinggi.

Manakala, muzik yang membabitkan Akta Hak Cipta dan royalti pula akan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Di dalam ucapannya, Fahmi Fadzil telah menyatakan keperluan untuk “muzik mempunyai rumah atau Kementerian yang khusus untuk menjaganya”.

Pada pengamatan aku, perkara utama yang seharusnya dijadikan bahan pertimbangan dan langkah susulan Fahmi Fadzil adalah menubuhkan Perbadanan Muzik Malaysia.

Untuk mewujudkan Perbadanan Muzik Malaysia, Fahmi Fadzil perlu bekerjasama dengan Datuk Seri Salahuddin Ayub (KPDN) dan Dato Seri Tiong King Sing di Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC).

KKD, KPDN dan MOTAC adalah tiga Kementerian teras yang amat penting ke arah kegemilangan muzik tanah air.

Tujuan Perbadanan Muzik Malaysia itu adalah untuk merangka dasar dan perlaksanaan pembangunan muzik negara yang memberi fokus kepada;

  • Penghasilan muzik rakaman
  • Persembahan muzik di pentas dan TV
  • Celik undang-undang dan Akta Hak Cipta

Penghasilan Muzik Rakaman

Satu-satunya cara untuk mempertahan dan memperkasakan muzik adalah dengan menghasilkan lebih banyak muzik.

Untuk menghasilkan lebih banyak muzik rakaman, memerlukan tenaga mahir dan kreatif, serta modal kewangan.

Untuk menghasilkan sesebuah lagu memerlukan pencipta lagu, penyanyi, pemuzik, jurutera bunyi di studio rakaman dan para pelabur atau peniaga iaitu syarikat rakaman.

Oleh itu, dasar dan rancangan yang diwujudkan Perbadanan Muzik Malaysia perlulah yang dapat memberi galakan kepada para pemuzik untuk dapat kekal berkerjaya di dalam bidang muzik rakaman serta memberi insentif kepada para pelabur untuk melibatkan diri di dalam industri muzik.

Muzik yang dihasilkan mestilah bukan sahaja untuk disasarkan kepada pasaran tempatan, malah ke pasaran antarabangsa.

Kemuncaknya, Malaysia mestilah berubah daripada menjadi sebuah negara pengguna kepada sebuah negara pengeluar.

Persembahan Muzik Di Pentas Dan TV

Susulan daripada muzik rakaman adalah pertunjukan pentas atau ‘live show’ dan konsert.

Ia membiakkan lagi ekonomi bukan sahaja kepada para pemuzik, malah kepada pelbagai lagi golongan pekerja dan peniaga dari lain-lain bidang.

Perbadanan Muzik Malaysia mestilah mewujudkan dasar dan rancangan yang dapat menggalakkan para pemuzik dan juruteknik pentas yang berkemahiran tinggi agar dapat menghasilkan pertunjukan pentas yang menarik dan hebat.

Kemuncaknya, kita ingin mewujudkan para pemuzik dan juruteknik pentas yang mempunyai reputasi sebagai bertaraf antarabangsa.

Celik Undang-Undang Dan Akta Hak Cipta

Perbadanan Muzik Malaysia juga mesti merangka dasar dan rancangan yang dapat meningkatkan sifat celik undang-undang dan pengetahuan terhadap Akta Hak Cipta di kalangan para penggiat muzik.

Sifat tersebut akan membantu para penggiat muzik melindungi dan memelihara hak dan kepentingan mereka serta menjamin masa depan ekonomi penggiat seni yang lebih terjamin.

Kejahilan terhadap undang-undang, terutamanya yang membabitkan kontrak dengan syarikat rakaman dan penerbitan muzik (publisher) telah menjadikan para pemuzik dan pencipta lagu gagal mengoptimakan pendapatan mereka, malah diperbodohkan dan teraniaya.

Ramai para penggiat muzik terutamanya ‘golongan senior’ atau ‘komposer lama’ yang telah terperangkap dengan kontrak-kontrak lapok yang menjadikan mereka mengalami kerugian setelah sebahagian besar daripada royalti mereka dikaut oleh syarikat penerbitan selama puluhan tahun malah sepanjang hayat dan setelah mati.

Ramai komposer dan penggiat muzik yang meniti usia tua mereka di dalam keadaan susah dan meminta-minta bantuan.

Badan-badan pelesenan yang dikuasai syarikat-syarikat gergasi juga telah berjaya memijak kepentingan majoriti ahlinya yang terdiri daripada para penggiat muzik.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab juga telah gagal melindungi kepentingan para penggiat muzik. Mereka juga gagal mewar-warkan mengenai Tribunal Hak Cipta sehingga tiada satu kes pun yang pernah dibawa ke sana.

Kejahilan para penggiat muzik mestilah segera ditamatkan menerusi langkah-langkah pendidikan dan program penerangan yang berterusan.

Di dalam kesempatan ini, kami para penggiat muzik tanah air meletakkan harapan yang tinggi terhadap Fahmi Fadzil, Salahuddin Ayub dan Tiong King Sing untuk menjadi pembela kepada nasib penggiat muzik tanah air.

Muzik bukan sekadar halwa telinga.

Malah, muzik dan industri kreatif amnya bisa menjadi pemangkin ekonomi yang berkesan buat negara yang tercinta ini. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini