Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suzie Dan Apa Yang Yabadabadoo

Diinspirasikan oleh tulisan kolumnis kami, Suzie Adnan, minggu ini Ad cuba menulis sesuatu yang menggembirakan, 'for a change'.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 6:43PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karangan Suzie Adnan yang diterbitkan pada 4 Julai 2021 di getaran.my membuat aku merenung jauh sedalam-dalamnya ke dasar hati.

Karangannya yang berjudul Gaya, Kegembiraan Dan Kepuasan: Sebuah Refleksi Di Kala Pandemik dimulakan dengan beliau berkongsi teks pesanan daripada Pengarang Gaya Hidup dan Hiburan Getaran, saudara Shah Shamshiri yang berbunyi: “Suzie, for this week, why don’t you write about something happy for a change?

Seperti Suzie, aku juga tercabar bagaimana mahu menulis sesuatu yang happy for a change. Terutamanya ketika kita sudah berbulan-bulan terperuk di rumah.

Seperti Suzie, aku juga tertawa kecil dan tertanya kepada diriku sendiri: "What makes  you happy?".

Bagi aku, menulis sesuatu yang menggembirakan malah ringkas iaitu sekitar 800 patah perkataan adalah amat sukar. Ringkas selalunya rumit. Dan, bahagia pula amat sengsara untuk dicapai.

Sebagai penulis lirik, aku sedar kebanyakan lirik lagu 'bahagia' yang telah aku tulis adalah di antara terlalu 'beriya-iya' atau 'mengada-ngada'. Trying too hard atau pretentious.

Sebaliknya, lagu-lagu 'derita' yang aku tulis pula lebih tepat dan kena malah lebih semulajadi. Natural!

Mungkin semulajadi naluri aku adalah seorang melancholy tetapi di tubuh seorang jejaka sanguine yang aktif bersukan dan mudah senyum.

Penulisan yang baik mesti datang dari hati. Penulisan yang baik akan mempunyai roh dan hidup. Seperti kehidupan, ia adalah sebuah tenunan yang dijahit dengan pelbagai benang dan fabrik untuk dijadikan pakaian atau persalinan kompleks tetapi menakjubkan. Kehidupan sering di selang-seli dengan hiruk-pikuk dan kesunyian, peperangan dan kedamaian, pergaduhan dan percumbuan, tawa dan tangis, ngekek dan ngerang, ohh dan ahh.

Opps... I did it again.

I should be writing something simple and happy for a change.

Banyak perkara yang aku duga yang akan membuat aku bahagia.

Antaranya adalah dengan mempunyai wang dan harta yang banyak. 

Kerana aku kira, barangkali meratap pilu di dalam Mercedes-AMG C Class Coupé di halaman rumah banglo dua tingkat adalah lebih selesa daripada menangis di dalam rumah pangsapuri PPR, dua bilik kecil  yang persekitarannya dipagari kawat berduri bersama ibu yang lanjut usia serta lima anak remaja berjerawat dan resah gelisah akibat masalah hormonal ketika tempoh PKP ini.

Atau, mempunyai seorang isteri yang cantik dan lansing juga mungkin amat membahagiakan.

Kerana aku bayangkan, di kala kita tidak dibenarkan keluar rumah, lalu tiada keperluan untuk si isteri bersolek dan berpakaian cantik seperti bersut ke pejabat, mengenakan jeans dan kemeja-T ke pusat membeli-belah, berkebaya ke majlis kahwin atau menyarung skirt pendek ke kelab-kelab dangdut; si isteri yang cantik dan lansing boleh sahaja berkemban kain batik malah tanpa seulas benang pun masih sedap dipandang mata 24 jam sehari, bersama melayari menikmati PKP 1.0 sehingga PKP 3.0.

Malah, lebih membahagiakan jika aku punya bukan hanya satu malah dua, tiga, atau empat isteri yang cantik di bawah satu bumbung sepanjang PKP.

Begitupun, itu hanyalah dugaan dan sangkaan. 

Aku belum lagi hidup dilimpahi kekayaan harta dan kewangan (dan berupaya serta keberanian untuk berpoligami), tetapi bersyukur mempunyai seorang isteri yang masih sedap dipandang mata.

Hmmm... untung benar rasanya jika hidup sebagai ustaz yang berjawatan tinggi  dalam parti-parti politik. Di tahun 2021, mereka berkereta mewah dan memiliki beberapa isteri. 

Alhamdulillah. 

Yabadabadoo.

"What makes you happy?" kata Suzie Adnan kepada dirinya sendiri.

Secara aku sedar dan setuju dengan ahli sejarah Yuval Noah Harari di dalam bukunya Sapiens, bahawa kebahagiaan adalah terhadap pertalian atau hubungkait di antara objective conditions dan subjective expectations.

Aku terjemahkan objective conditions sebagai apa yang kita ada atau miliki dan subjective expectations pula apa yang kita harapkan. 

Sekiranya aku bermula cuma mempunyai RM10 kemudian mendapat RM1,000, sudah tentu aku merasa bahagia. Tetapi, sekirannya setelah aku memiliki RM1 juta kemudian aku kehilangan RM900,000, sudah tentu aku merasa amat derita sedangkan harapan aku adalah daripada RM1 juta menjadi RM2 juta. 

Sekiranya dahulu aku single dan sekarang aku punya pacar, sudah tentu aku seorang yang bahagia. Sekiranya kemudian, aku mempunyai seorang pacar dan seorang lagi kekasih gelap tetapi pacarku dicuri orang, sudah tentunya aku akan naik berang.

Aku sedar bahawa kebahagiaan bukan sahaja terletak kepada perkara-perkara materi seperti jumlah wang, harta dan bilangan pasangan. Kebahagiaan turut melibatkan kepuasan jiwa yang terbit daripada rasa syukur.

Di antara perkara yang membuatkan aku damai dan bahagia disamping mempunyai bumbung di atas kepala, makanan di atas meja dan sihat tubuh badan adalah apabila aku bisa bersuara lalu dimengertikan atau mendapat perhatian.

Iaitu pendapat dan perasaan aku didengari oleh seseorang atau sekumpulan individu. Oleh isteri, anak-anak, saudara-mara, sahabat-handai, pemimpin di tempat kerja malah pemimpin masyarakat dan negara.

Aku perlukan interaksi sesama insan, berhubungan jiwa dengan jiwa.

Aku perlu merasa dikisah, dimengerti dan dikasihi.

Itu membuatkan aku terasa hidup. Bernyawa.

Aku percaya bukan aku seorang sahaja yang begitu, malah ramai di antara kita berkongsi rasa serupa. Ramai di antara kita yang hidup terpulau bagaikan satelit mengorbit bumi di angkasa yang kehilangan perhubungan walaupun dengan tujuh bilion jumlah manusia di dunia.

Segala keluhan, rungutan dan ketidakpuasan hati yang aku luahkan dengan lembut dan santun atau secara tantrum bagaikan anak kecil si bocah-boceh adalah demi mendapatkan perhatian dan demi berhubungan dengan insan lain yang bisa mengerti akan kedukaan, keperitan dan kesakitan yang sedang dialami baik dari segi mental dan fizikal, rohani dan jasmani.

Jangan silap dan terlupa bahawa aku bukan sahaja perlu didengari dengan perkara-perkara sengsara, tetapi aku juga mahu didengari atas perkara-perkara yang membahagiakan.

Aku bahagia sekiranya kebahagiaanku itu dapat kukongsikan dengan seseorang. 

Malah, aku bertambah bahagia apabila perkongsianku itu turut dirasai dengan  kebahagiaan oleh mereka yang mendengarnya. Merekalah yang menjadi keluarga, sahabat malah kekasih.

Hmmm... aku terlalu banyak berkata tentang aku.

Aku, aku, aku, dan aku.

Segalanya tentang aku dan kebahagiaanku.

Aku mesti lebih banyak bercakap tentang kau.

Aku mesti lebih bertanya tentang kau!

Apakah yang membuat kau bahagia? - Getaran, 21 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Pembentukan Perbadanan Muzik Negara, Langkah Susulan Yang Perlu Fahmi Fadzil Laksanakan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lagu Malaysia MADANI Diperdengar, Susuli Konsep Pentadbiran Kerajaan Perpaduan

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Anugerah Juara Lagu Dan Aku: Penyanyi Wanita Harus Insaf Untuk Menjerit-Menjerit!  

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 5 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan