Berita Terkini

1 minit yang lalu: 45 peratus kawasan kebakaran di Pulau Burung belum padam - Bomba 2 minit yang lalu: KBS komited pastikan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, dapat dilaksanakan tahun ini 3 minit yang lalu: Singapura keluarkan panduan perjalanan ke Ukraine 4 minit yang lalu: COVID: 107 kluster kategori pendidikan direkodkan mulai 1 Januari hingga 25 Jauari lepas, libatkan 4,633 kes - KP Kesihatan 4 jam yang lalu: Kabinet putuskan beri semula kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Februari ini - Nancy Shukri

IKUTI KAMI


Gaya, Kegembiraan Dan Kepuasan : Sebuah Refleksi Di Kala Pandemik

Dengan tekanan pandemik dan PKP berterusan, suatu persoalan yang amat bagus untuk kita tanya kembali kepada diri sendiri di saat yang begitu mencabar ini, “What makes you happy?”

Kolum Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 12:40PM

Gambar: Cleo Vermij, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tersedak saya membaca teks pesanan daripada Pengarang Gaya Hidup dan Hiburan Getaran, Shah Shamshiri. “Suzie, for this week, why don’t you write about something happy for a change?”

Terus saya tertawa kecil. Ada juga betul katanya. Memang di kala ini, dengan tekanan pandemik dan PKP berterusan, segala yang terlintas di benak fikiran ini hanyalah isu-isu semasa yang menyemakkan hati dengan 1001 macam lagi kegelisahan.

Suatu persoalan yang amat bagus untuk kita tanya kembali kepada diri sendiri di saat yang begitu mencabar ini, “What makes you happy?”

Bagi saya, suatu masa dulu dunia fesyenlah gelanggang di mana saya mencari kebahagiaan. Fashion used to make me so happy.

Walau klise bunyinya, memang benar sejak sejak kecil lagi saya sudah menanam minat dalam dunia kreatif ini. Dari darjah satu lagi kalau sesiapa bertanya besar nanti mahu jadi apa, budak lain akan menjawab doktor tetapi saya akan membalas pereka fesyen.

Saya minat menilik kain, sulaman, gaya jahitan; apatah lagi ibu saya dahulunya tukang jahit yang cukup cekap bermain pola untuk pakaian wanita mahupun lelaki.

Sudahlah begitu, tiga kakak saya yang pada waktu itu sedang meniti usia remaja, amat rancak melaram dengan fesyen 80-an yang sungguh berani lagi warna-warni.

Lahir di pekan kecil, saya membina imaginasi sendiri dengan merujuk kepada majalah-majalah fesyen antarabangsa seperti Vogue, yang terhad dijual hanya di sebuah kedai buku sahaja. Ini era sebelum internet, sebelum terciptanya telefon bimbit.

Sudahlah arwah bapa langsung tidak membenarkan menonton televisyen kecuali warta berita, maka majalah fesyen sahajalah yang menjadi bahan bacaan dan tatapan, memenuhi masa selepas sekolah mengkaji setiap patah tulisan dan mengagumi paparan fotografinya.

Gambar: Evg Culture, Pexels
Gambar: Evg Culture, Pexels

Memasuki pusat pengajian tinggi, harapan menggunung ingin menyertai kursus fesyen tercapai. Walaupun kelayakan membolehkan saya mengambil kursus profesional lain yang lebih ‘serius’ dan ditambah lagi dengan suara-suara sumbang yang mengatakan fesyen ini kursus ‘main-main’, saya tetap nekad.

Kemudiannya, tahun-tahun pertama memasuki alam pekerjaan adalah di lapangan peruncitan fesyen dan seterusnya beransur ke medan media massa lantas bertahan selama hampir 17 tahun – menulis mengenai fesyen. 

Ini adalah ruang masanya di mana saya menyaksikan bahan-bahan bacaan yang dahulunya saya sekadar membayangkan sahaja, bertukar menjadi nyata.

Saban bulan ada sahaja tugasan di luar negara, mengikuti minggu fesyen antarabangsa dan sebagainya.

Bersemuka malah menemu bual ikon-ikon fesyen terkenal juga pastinya antara pengalaman yang paling berharga. Sungguh banyak ilmu yang dikumpul hasil menemu bual ramai individu berjaya lagi ternama.

Walaupun begitu, bagi saya pencapaian terbaik adalah apabila dunia jenama mewah yang dahulunya hanya terhad buat mereka yang elit sahaja, kini accessible untuk semua golongan yang mampu tanpa ada halangan pangkat atau darjat.

Sebelum adanya Instagram dan influencer, sebagai media fesyen, kamilah yang membuka pintu dengan menyalurkan informasi serta membimbing masyarakat khususnya di luar kawasan bandar agar celik fesyen justeru membina cita rasa.  

Gambar: Jess Harper, Pexels
Gambar: Jess Harper, Pexels

Bersama majalah GLAM, kami memecah tradisi, mencipta revolusi dan seterusnya mengubah landskap fesyen pada waktu itu.

Melalui lenggok penulisan yang agak berani berserta jenis kandungan yang lebih progresif, kami percaya pembaca pasti akan belajar menerimanya walau pun mengambil sedikit masa.

Kalau dulu, orang kebanyakan melihat Louis Vuitton itu sebagai sebuah jenama yang sehabis mewah, mahu sebut pun sepertikan boleh tergeliat lidah. Sekarang ini, beg Louis Vuitton orang jinjing pergi pasar pun tiada siapa yang mahu menoleh dua kali.

Ikhlasnya, ada juga saat dan ketikanya saya berasakan yang menulis mengenai fesyen ini tidak membawa sebarang manfaat pun kepada pembaca. Malahan kita seperti mempromosikan suatu jenis pembaziran yang tidak perlu.

Setiap kali saya berfikiran sebegitu, saya terus akan teringatkan kata-kata seorang senior dalam industri, “We sell dreams. We make people happy. We tell them what they need before they even think of it.”

Manusia ini ada masanya mereka memerlukan suatu jenis eskapisme dan fesyen adalah salah satu daripadanya.

Di sinilah saya sebagai media fesyen memainkan peranan, selain membantu mencipta permintaan lantas terus menggerakkan roda industri fesyen negara tanpa henti. Dan ya, kami juga seolah-olah penjual mimpi.

Memberi motivasi kepada wanita agar usaha lebih kuat lagi, supaya suatu hari nanti mereka juga berupaya mempunyai kuasa membeli dan mampu memiliki apa jua yang diingini.

Kemudian, apresiasi terhadap wanita-wanita berjaya ini juga tidak kami dilupakan. Mereka pula akan menjadi role model kepada wanita muda generasi masa kini untuk terus mengecap kejayaan demi kejayaan.

Dan alangkah hebatnya peniaga wanita tempatan hari ini apabila begitu ramai dikalangan mereka yang memegang status jutawan. Dari Perlis sampai ke Sabah, mereka semua sudah mampu membimbit Chanel hingga ke Hermes, menyarung Christian Louboutin dan Manolo Blahnik.

Gambar: Birgith Roosipu, Unsplash
Gambar: Birgith Roosipu, Unsplash

Kini, kisah saya mengemudi majalah fesyen hanya tinggal kenangan. Di dalam rumah pun seakan hampir tiada langsung buku fesyen apatah lagi majalah GLAM.

Anak sulung saya, Alaia yang berusia sembilan tahun pun tidak begitu memahami kerjaya saya yang terdahulu. Apa yang dia ingat cuma kekerapan saya meninggalkannya untuk ke luar negara dan dia selalu melihat saya menulis.

Namun begitu, setiap kali saya terserempak dengan orang kebanyakan yang agak berusia dari kawasan luar kota, yakin bergaya dengan beg dan kasut berjenama, saya pasti akan teringatkan wadah-wadah fesyen yang pernah saya tulis di awal tahun 2000 dahulu.

Jika benar apa yang pernah saya tulis itu pernah memberi inspirasi, mencetus cita-cita dan mencipta kegembiraan kepada orang lain, ini sudah cukup untuk membuatkan saya rasa puas dan bahagia. Bahagia malah bangga melihat orang lain berjaya. - Getaran, 4 Julai 2021

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Serlahkan Gaya Anda Pada Tahun Harimau Ini!

2

Semasa 5 hari yang lalu

Alami Hipotermia, Pendaki Wanita Didukung Turuni Puncak Kinabalu

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Jurnalis Fesyen Ikonik, Andre Leon Talley Meninggal Dunia

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Vulan Cetusan Idea Tiga Sekawan

Sorotan

1

Tanah Mendap: MBSJ Pasang Cerucuk Besi Elak Runtuhan

2

Kerepek Ngaku, Jadi Buruan Ketika Tahun Baharu Cina

3

Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik