Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sains Dan Sesuatu Menghempap Kepala 

Minggu ini Ad Samad membicarakan soal perkembangan sains, teknologi serta kaitannya dengan kehidupan.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 4:34PM

Gambar: Louise Reed, Unsplash

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

It is science alone that can solve the problems of hunger and poverty, of insanitation and illiteracy, of superstition and deadening custom and tradition, of vast resources running to waste, of a rich country inhabited by starving people. ~ Jawaharlal Nehru

Aku suka segalanya mengenai kemajuan dan kemodenan.

Dari segi teknologi dan gaya hidup, aku tidak boleh bayangkan hidup tanpa telefon pintar dan internet berkelajuan tinggi. Tanpa YouTube dan Netflix. Tanpa kad debit dan keahlian gim. Tanpa pusat beli-belah dan panggung wayang. Tanpa penghawa dingin dan microwave oven untuk panaskan lauk dari peti sejuk.

Dari segi perubatan, aku tidak boleh bayangkan kehidupan tanpa penicillin, antihistamin, paracetamol atau ibuprofen dan sebagainya. Aku 'kejung' membayangkan pembedahan tanpa ubat bius. Tanpanya, rawatan adalah lebih menyakitkan daripada penyakit. 

Aku tidak tahu bagaimana untuk menyukat C8H9O2 untuk dijadikan ubat sakit kepala. Atau membancuh amoxicillin, beta lactamase inhibitor dan clavulanate potassium di dalam bikar kaca untuk dijadikan antibiotik untuk merawat keracunan makanan akibat memakan ayam semalam.

Aku terpaksa bersandar keyakinan tinggi kepada golongan mempunyai disiplin ilmu yang luas dalam perubatan moden untuk terus membekalkan aku dengan segala bentuk perubatan bagi merawat segala penyakit yang telah, sedang dan akan aku alami.

Apabila tiada kepandaian, keyakinan menjadi sandaran.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Apabila COVID-19 melanda, aku meletakkan keyakinan terhadap para saintis dan pakar perubatan untuk mencari penyelesaian. 

Meskipun seorang aficionado terhadap cuka epal, aku percaya bahawa melawan dan merawat COVID-19 memerlukan lebih dari satu sudu pagi dan petang cecair berkhasiat itu.

Apabila diumumkan bahawa para saintis berjaya mencipta vaksin untuk melawan COVID-19, aku lega dan bersyukur.

Ada pihak yang berpendapat bahawa secara amnya imunisasi semulajadi adalah lebih baik daripada imunisasi buatan. Buat masa ini apa pun hujahan yang diberi oleh mana-mana pihak masih lagi khilafiah dan perbahasan yang sedang berterusan.

Bercakap mengenai semulajadi atau natural, aku percaya semulajadi adalah berlebihan (overrated). 

Bukan semua yang semulajadi itu bagus dan semua yang dicipta manusia adalah teruk, buruk dan durjana.

Malah semulajadi adakalanya berbahaya.  Contohnya, badam liar atau semulajadi mengandungi sianida yang berpotensi membunuh apabila dimakan. Badam yang terdapat di kedai hari ini adalah badam ciptaan manusia menerusi proses ubahsuaian genetik. Akibatnya, badam masa kini tidak lagi berbahaya, sebaliknya ia mengandungi khasiat untuk kesihatan pula.

Begitu juga brokoli, bunga kubis, kale, dan kubis-kubisan yang didapati di pasar adalah ciptaan manusia. Seperti juga manusia mencipta bangunan daripada batu, perahu daripada kayu, dan roket daripada besi; manusia mencipta kubis-kubisan daripada brassica oleracea, iaitu sejenis kobis liar.

Begitu juga dengan pisang. Pisang awak, pisang berangan, pisang emas dan pelbagai jenis pisang, bukanlah semulajadi tetapi hasil daripada inovasi manusia. Sekiranya dibiarkan pada alam semulajadi, sukar untuk kita hari ini menikmati pisang goreng.

Bukan sahaja tumbuh-tumbuhan, manusia juga telah mencipta haiwan. Anjing telah dicipta daripada serigala lebih kurang 10,000 tahun dahulu, sehingga terdapat pelbagai baka anjing masa kini. Dari sekecil Chihuahua ke sebesar Great Dane.

Kuda juga telah dicipta manusia lebih kurang 6,000 tahun  lalu daripada kacukan kuda-kuda liar. 

Jika diserahkan kepada alam semulajadi, sangat sukar buat kuda betina untuk mempunyai selera dan nafsu seks terhadap keldai jantan, malah sebaliknya. Namun, berikutan kerja tangan manusia, maka terhasilnya baghal atau keldai, iaitu haiwan yang berkali-kali disebut dalam kitab Injil.

Penciptaan kuda kuda jinak membantu manusia bergerak lebih jauh dan merubah seni dan strategi peperangan lalu membentuk empayar empayar besar dan ketamadunan yang mempengaruhi kita ke hari ini.

Setiap perkara yang wujud dan boleh tercipta di dunia ini adalah 'semulajadi'. 

Perkara yang tidak semulajadi adalah perkara yang mustahil boleh terjadi, seperti; seseorang yang tidur malam sebagai lelaki dan bangun pagi menjadi wanita yang lengkap dengan payudara dan alat kelamin wanita. Atau seekor katak berubah menjadi putera raja dalam sekelip mata akibat ciuman cinta suci.

Atau kereta kuda yang berubah menjadi labu pada tepat jam 12 malam. Atau, anak manusia berubah menjadi batu akibat disumpah oleh ibunya yang miskin - dan tiada empati sehingga tergamak menyumpah anak sendiri menjadi batu.

Pelbagai kenikmatan yang kita perolehi hari ini adalah kerana inovasi dan kreativiti manusia yang tidak mengharapkan ‘semulajadi’ semata-mata.

Perubatan moden telah membantu pasangan mendapatkan anak menggunakan in vitro fertilisation (IVF). Perubatan moden telah memberi mata baru kepada ribuan manusia yang telah buta akibat kerosakan bebola mata lama.

Gambar: Aditya Romansa, Unsplash
Gambar: Aditya Romansa, Unsplash

Perubatan moden telah membantu ribuan manusia untuk hidup bertahun-tahun selepas melakukan pembedahan pertukaran buah pinggang, hati dan jantung baru. 

Aku sendiri mempunyai seorang anak yang dilahirkan pra-matang ketika tempoh 29 minggu dalam kandungan. Berat badannya hanya 765 gram ketika dilahirkan, iaitu sebesar anak kucing. Lengan dan tangannya lebih kecil daripada jari kelingkingku.

Beliau bernafas dengan bantuan mesin pernafasan. Tanpa perubatan moden, adalah mustahil untuk anakku bernyawa di dunia hari ini.

Menikmati teknologi dan perubatan moden namun masa sama menafikan teori atau disiplin ilmu yang membentuk ke arah kewujudan teknologi serta perubatan adalah hipokrasi atau kemunafikan.

COVID-19 bukanlah bencana pertama atau terakhir yang akan melanda manusia secara global. Wabak ini hanyalah satu raptai kepada malapetaka yang lebih besar. Barangkali kedatangan virus yang lebih dahsyat atau peperangan nuklear, malah pertembungan satu lagi asteroid raksasa seperti yang membunuh dinosaur 65 juta tahun lalu. 

Sekiranya ada sebuah asteroid raksasa bakal menghentam bumi, sekali lagi kepada para saintis terutamanya jurutera aeroangkasa lepas disandarkan harapan untuk menyelamatkan kita. Sekiranya asteroid itu gagal dilencongkan trajektorinya atau dimusnahkan di angkasa, bijak pandai perlu merangka dan melaksanakan pemindahan umat manusia dari Bumi ke Marikh pula.

Di samping menyelesaikan permasalahan asteroid raksasa yang bakal menghempap kepala pada bila-bila masa, para bijak pandai juga perlu menyelesaikan masalah kebuluran yang bakal melanda kita pada tahun 2050 apabila penduduk bumi dianggar berjumlah 9.9 billion orang.

Di samping mencipta padi-padi baharu yang boleh di tuai enam kali setahun, lembu-lembu baka baharu juga perlu dicipta untuk menghasilkan daging yang lebih banyak dan zuriat yang lebih cepat.

Segalanya adalah terhad di alam ini dan kebahagiaan adalah terbatas.

Umat manusia perlu sentiasa mencipta dan menjadikan segalanya yang boleh terjadi daripada alam semulajadi ini terjadi.

Agar kita dapat hidup bagaikan di alam dongeng; happily ever after. - Getaran, 24 November 2021

Gambar: Unsplash & Fail

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

TARA 7 bulan yang lalu

Buletin Gaya Hidup Sana Sini

3

Gaya 8 bulan yang lalu

Pelancong Malaysia Tak Suka Tempah Sarapan Ketika Bercuti

4

Gaya 8 bulan yang lalu

Model Kasut Terbaharu Asics Sempena Ulang Tahun 30 Pasti Menarik Perhatian Anda!

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan