Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelancong Malaysia Tak Suka Tempah Sarapan Ketika Bercuti

Menurut Agoda, pelancong Malaysia adalah golongan yang paling tidak cenderung untuk menempah sarapan bersama-sama penginapan mereka.

Gaya Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 8:22AM

Sarapan sangat penting untuk diambil kerana ia membekalkan tenaga - gambar Agoda dan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lain orang, lain ragamnya. Data di atas sebenarnya tidak mengejutkan pun kerana orang Malaysia memang suka makan. Jadi untuk menikmati sarapan pagi  yang diidamkan ketika melancong, mereka lebih gemar meneroka pilihan yang ada di luar hotel.

Memang benar bersarapan di hotel lebih mudah, namun pilihannya mungkin terhad dan tidak ada hidangan tempatan ‘wajib cuba’. Selain itu, ada juga yang tidak mahu mengorbankan waktu tidur mereka dek penat menjejalah ke sana sini sepanjang percutian. Anda sendiri bagaimana?

Data Agoda dua bulan kebelakangan ini menunjukkan bahawa pelancong dari Taiwan adalah yang paling cenderung untuk menempah penginapan bersama dengan sarapan pagi.

Hampir separuh (46 peratus) pelancong dari Taiwan memilih untuk memasukkan sarapan pagi bersama tempahan penginapan mereka, diikuti rapat oleh pelancong dari Vietnam (43) dan India (42).

Negara yang kurang cenderung untuk memilih sarapan dengan tempahan penginapan pula adalah Korea Selatan (29), Jepun (27) dan Malaysia (23), masing-masing berada di kedudukan 8, 9, dan 10.

Apabila membandingkan perjalanan domestik dengan perjalanan luar negara, Agoda mendapati bahawa pelancong yang melawat ke luar negara lebih cenderung untuk memilih keselesaan dan ketenangan fikiran.

Sejumlah 37 peratus pelancong antarabangsa memilih tempahan 'termasuk sarapan’ di Agoda, berbanding 31 peratus daripada yang menginap di dalam negara.

Pelancong dari Taiwan lebih cenderung untuk menempah sarapan bersama penginapan - gambar Agoda dan Unsplash
Pelancong dari Taiwan lebih cenderung untuk menempah sarapan bersama penginapan - gambar Agoda dan Unsplash



“Terdapat pelbagai faktor yang menjadi pendorong untuk memilih sarapan pagi bersama tempahan penginapan. Ia lazimnya bergantung kepada fleksibiliti untuk membuat keputusan di saat akhir bergantung pada rancangan anda semasa perjalanan.

“Namun begitu, perlu diingatkan bahawa jika anda merancang untuk memulakan hari anda dengan sarapan pagi, ia adalah lebih menjimatkan jika anda memasukkannya bersama tempahan penginapan.

“Di Agoda, sesiapa sahaja yang mencapai status VIP Platinum akan layak secara automatik untuk menerima sarapan percuma di tempat-tempat penginapan terpilih. Dengan cara itu, anda tidak perlu gusar lagi tentang rancangan sarapan dan boleh menumpukan seluruh perhatian kepada aktiviti melancong,” ujar Naib Presiden Serantau Asia Tenggara dan Oceania di Agoda, Enric Casal.

Melalui penelitian data destinasi tertentu, Agoda mendapati bahawa sarapan pagi dipilih dengan lebih kerap untuk perjalanan ke Vietnam, diikuti dengan Taiwan (#2) dan Filipina (#3).

Data juga menunjukkan bahawa bufet sarapan pagi kurang dipilih di Jepun (#7), Malaysia (#8) dan Singapura (#9), serta paling kurang popular di Korea Selatan (#10), apabila hanya satu dalam 10 pelancong akan menempah sarapan pagi bersama penginapan hotel mereka.

Berikut adalah tip untuk memastikan anda dapat bersarapan pagi walaupun menempah bilik tanpa sarapan.

1) Bawa makanan anda sendiri
Apabila berada di negara luar, mencari makanan halal mungkin sukar. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa bersama makanan kaya protein agar dapat memberi tenaga untuk anda meneruskan pengembaraan.

Sekarang ini ada banyak pek makanan kembara yang boleh didapati di pasaran. Namun semak dulu ‘syarat-syarat’ yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Bimbang nanti anda ditahan di lapangan terbang.

Beli makanan mudah disediakan di kedai serbaneka untuk memastikan anda tidak terlepas sarapan pagi - gambar Agoda dan Unsplash
Beli makanan mudah disediakan di kedai serbaneka untuk memastikan anda tidak terlepas sarapan pagi - gambar Agoda dan Unsplash

2) Beli makanan di kedai serbaneka
Jika anda bukan seorang yang suka bawa bermacam-macam makanan di dalam beg (lebih-lebih lagi jika tidak membeli bagasi), cara praktikal adalah singgah ke kedai serbaneka atau pasaraya untuk membeli stok makanan yang boleh dijadikan sarapan pagi. Boleh beli buah-buahan, bijirin dan jus. Mentega kacang dan roti juga pilihan yang baik kerana ia mengenyangkan.

3) Tempah bilik yang dekat dengan tempat-tempat makan
Kalau penginapan tiada sarapan pagi, janganlah susahkan diri dengan menempah yang jauh daripada tempat makan. Sebaliknya cari yang dekat-dekat sahaja. Boleh curi masa untuk bersarapan atau makan pada bila-bila masa.

Pelancong boleh menggunakan aplikasi pesanan makanan untuk membeli sarapan diingini - gambar Agoda dan Unsplash
Pelancong boleh menggunakan aplikasi pesanan makanan untuk membeli sarapan diingini - gambar Agoda dan Unsplash

4) Pesan makanan dari aplikasi tempahan makanan
Jika lokasi percutian yang dilawati anda perkhidmatan ini, mengapa tidak? Semuanya di hujung jari. Pilih restoran dengan ulasan terbaik dan tempah menu sarapan pagi yang anda gemari. Cara ini selain cukup mudah, anda juga boleh membantu ekonomi masyarakat setempat. - Getaran, 30 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 7 bulan yang lalu

Buletin Gaya Hidup Sana Sini

2

TARA 8 bulan yang lalu

10 Tempat Sarapan Best Di Selangor

3

Gaya 9 bulan yang lalu

Model Kasut Terbaharu Asics Sempena Ulang Tahun 30 Pasti Menarik Perhatian Anda!

4

Gaya 9 bulan yang lalu

Hati-hati Pilih Krim Pemutih Wajah, Utamakan Kesihatan Berbanding Kecantikan

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Selera 16 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN

Jelajah 12 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN