Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buletin Gaya Hidup Sana Sini

Perkembangan terkini tentang gaya hidup. Apa yang menarik dan patut anda ketahui

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 10:56AM

Aktres Amanda Seyfried antara wajah yang ditampilkan dalam kempen kerjasama Lancôme dan Muzium Louvre

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rutin harian yang padat, mungkin membuatkan anda sedikit ketinggalan dalam mengikuti perkembangan terkini tentang gaya hidup, sama ada di dalam negara atau luar negara. Berikut adalah rangkuman berita gaya hidup yang mungkin menarik perhatian anda.  

1. Aria Mia Loberti dilantik sebagai Duta Jenama Global oleh L'Occitane en Provence

L'Occitane en Provence dengan bangganya mengumumkan kerjasamanya dengan pelakon, penulis, dan aktivis hak asasi manusia, Aria Mia Loberti. 

Dinobatkan sebagai salah seorang Bintang TIFF yang Sedang Meningkat Naik 2023 oleh Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF), Aria membintangi filem adaptasi empat bahagian yang akan datang daripada Shawn Levy berdasarkan novel pemenang Pulitzer Prize, ‘All the Light We Cannot See’ oleh Anthony Doerr.

Pelakon yang sedang meningkat naik ini menawarkan suatu perspektif unik tentang dunia dengan menghayati kesemua lima deria untuk berhubung secara mendalam dengan persekitaran beliau. 

Ini mencerminkan falsafah dan pendekatan L'Occitane sendiri dengan menakjubkan, yang menggalakkan para pengguna untuk meneroka kecantikan dan kesejahteraan melalui pengalaman deria.

Selaras dengan nilai dan komitmen bersama mereka dalam mendorong perubahan positif kepada manusia dan planet ini, L'Occitane berdedikasi untuk memupuk peluang bagi semua individu supaya dapat melihat dan mengalami keindahan luar biasa yang ditawarkan oleh alam semula jadi.

2. Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser dilancarkan

Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia baru-baru ini melancarkan Hydrating Foaming Cream Cleanser, iaitu pembersih muka dan badan krim buih baharu. 

Dirumuskan dengan lidah buaya, pembersih yang memelihara dan melembapkan kulit ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan terbukti secara klinikal memberikan perlindungan kepada lapisan pelindung kulit sehingga 8 jam. 

Menggunakan teknologi yang terkini bagi produk ‘krim kepada buih’, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser mengaplikasikan Sistem Surfaktan Asid Amino yang berkesan untuk menyingkirkan kotoran, minyak berlebihan, malah solekan, di samping memastikan kulit kekal sihat dan tidak kering atau tegang.

Teknologi ini juga menggabungkan sifat lidah buaya yang menenangkan kulit dengan campuran bahan yang disokong secara dermatologi, iaitu gliserin, niasimida, dan panthenol. 

Pembersih ini yang diaktifkan dengan air untuk bertukar kepada buih, membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit, lantas menjadikannya terhidrat dan berasa nyaman. 

Selain itu, pembersih ini telah terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan kekotoran yang menyebabkan liang pori tersumbat di samping memelihara lapisan pelindung semula jadi dan tahap pH kulit. 

Penggunaannya mengurangkan lima tanda kulit sensitif dan terbukti secara klinikal dapat mengurangkan ketegangan dan kerengsaan kulit selepas 7 hari digunakan, menunjukkan pengurangan tanda sensitiviti kulit sebanyak 79% selepas 1 bulan.

3. Kerjasama eksklusif Lancôme x Louvre 

Muzium Louvre dan Lancôme bergabung tenaga dalam satu kerjasama yang belum pernah berlaku sebelum ini. Diilhamkan oleh sembilan karya agung daripada jabatan arca serta daripada lampu dan warna muzium tersebut, Lancôme telah mereka bentuk sebuah koleksi produk penjagaan dan alat solek edisi terhad yang dikenali sebagai Lancôme x Louvre.

Untuk melihat siaran akhbar multimedia, sila layari: 

https://www.multivu.com/players/uk/9196351-lancome-x-louvre-museum-beauty-is-a-living-art/ 

Kempen yang menyokong pelancaran ini telah difilemkan di Muzium Louvre dengan Zendaya, Aya Nakamura, Amanda Seyfried dan He Cong, yang kesemuanya ialah duta bagi kerjasama ini. Keempat-empat personaliti ini, setiap orang merupakan imej kecantikan terkini, menampilkan ciri-ciri dan mitos beberapa ikon arca melalui personaliti mereka yang kuat.

Untuk kerjasama yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Lancôme telah mendapat inspirasi daripada 'Venus de Milo', 'Winged Victory of Samothrace', 'Corine', 'Diana of Gabies', 'Nymphe with a Scorpion', 'Echo', 'Hygieia', 'Venus of Arles' dan yang terakhir, 'Hermaphrodite'. 

Setiap karya agung ini, melalui kisah dan mitos yang terkandung di dalamnya, telah memberi inspirasi kepada Lisa Eldridge, Pengarah Alat Solek Lancôme untuk menghasilkan koleksi alat solek yang belum pernah dihasilkan sebelum ini. 

4. Lyf Raja Chulan Lancar ‘Kuala Lumpur Comes A-lyf’

Lyf Raja Chulan, hotel terbaharu dalam koleksi hotel dan kediaman The Ascott Limited melancarkan ‘Kuala Lumpur Comes A-lyf’, kempen pelancongan selama setahun yang memberi tumpuan kepada warisan budaya yang kaya di Malaysia. 

Kempen ini bertujuan untuk menyemarakkan lokasi warisan Kuala Lumpur dengan menganjurkan pelbagai acara bertema dan kebudayaan untuk menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa di Lembah Klang. 

Pelancaran kempen ini diadakan bersempena Hari Kemerdekaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60. Acara ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Dalam Negeri & Acara, Tourism Malaysia, Mohamed Amin Yahya pada Jumaat, 8 September 2023. 

Dengan kempen ini, Lyf Raja Chulan menjemput mereka yang gemar meneroka Kuala Lumpur, tidak kira dari mana asalnya untuk sama-sama memeriahkan kempen ini. Mereka yang gemar mengunjungi Chinatown, Pasar Seni, dan Bukit Bintang pasti akan teruja kerana semua lokasi ini terletak berdekatan dengan hotel tersebut. 

Kempen ini akan mempromosi tarikan tempatan di Kuala Lumpur, membolehkan pelancong menikmati dan mendidik diri sendiri tentang tradisi dan budaya Malaysia melalui aktiviti, persembahan, makanan, dan ceramah. 

Pelancong yang menitikberatkan aspek keselamatan, keselesaan, kebersihan, dan ruang perkongsian semasa melancong pasti akan menikmati penginapan di Lyf Raja Chulan kerana penginapan ini mengekalkan prinsip kebersihan yang baik.

5. Nikmati penjimatan berbaloi daripada pelbagai jenama terkemuka di Lazada

Jualan 9.9 Mega Brands yang berlangsung daripada 9 hingga 13 September 2023 menjanjikan pelbagai tawaran menawan yang tiada tandingan, rebat hebat, dan penjimatan dahsyat sempena kempen jualan selama lima hari yang melibatkan barangan berjenama.

Dengan tawaran daripada kedai dalam talian terpilih di LazMall dan Lazada Marketplace, para pengguna boleh menjangkakan promosi hangat daripada pelbagai jenama yang diidam-idamkan, antaranya SKII, Lancome, Nike, OGAWA, Samsung, Clarks, Timberland, PUMA, Skechers, dan banyak lagi.

Kali ini, Lazada 9.9 Mega Brands Sale membawakan 9 Wonders, sembilan produk daripada jenama terpilih, dan ianya bakal diperbaharui setiap hari, bermula 9 hingga 13 September, menampilkan jenama terkenal seperti Nike, Dyson, OGAWA, Estee Lauder, L’Occitane, Puma, LEGO, Lancome, Skechers, dan lululemon. Sambil membeli-belah, pengguna boleh menikmati penjimatan hingga 50%*.

Selain itu, pastikan anda tandakan kalendar untuk Crazy Brand Mega Offers*, yang akan berlangsung setiap hari mulai 9 hingga 13 September, pada 12 tengah malam hingga 2 pagi, dengan diskaun sebanyak 90%* di LazMall untuk jenama Sulwhasoo, Adidas, Samsonite, Braun Büffel, La Mer, Jo Malone, Pandora, dan banyak lagi. 

Bagi mereka yang gemar membeli-belah siang atau malam, Brand Mega Offers menawarkan diskaun sebanyak 70%* di samping penjimatan bagi pelbagai produk seperti kasut jenama Converse, barangan kulit Furla, pakaian Lacoste, produk rumah dan gaya hidup MUJI, produk kosmetik dan penjagaan kulit MAC, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Lazada 9.9 Mega Brands Sale, layari aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini. - Getaran, 9 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja