Berita Terkini

15 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Aina Abdul : Eksentrik Atau Pelik?

Gara-gara digoda umpan klik di internet tentang sebuah acara muzik, kolumnis kami, Suzie Adnan 'berkenalan' dengan dengan muzik dan gaya Aina Abdul. Pelik atau eksentrik? Teruskan membaca.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 5:55PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun tirai tahun terus berlabuh dengan iringan rentetan pelbagai musibah, tidak semua perkara yang berlaku di tahun lepas negatif belaka. Masih ada yang manis, yang indah, sorotan semangat dan harapan.

Kebetulan saya membaca rantaian berita di muka buku mengenai Anugerah Juara Lagu dan umpan klik acap kali terus ke nama Aina Abdul.

Gambar Fail
Gambar Fail

Sebenar-benarnya saya tidak pernah mendengar pun lagu nyanyiannya, namun penampilan-penampilan berani bintang muda ini kala beraksi di atas pentas tentunya mencuri perhatian sesiapa pun termasuklah diri saya. 

Kerana imej Aina yang unik lagi berbeza daripada teman-teman seperjuangannya, gambar dan kisahnya muncul merata-rata. Stailnya ada hit, ada miss, bukan semua orginal, itu biasa. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Inspirasi Balenciaga atau Margiela siapa yang ambil kisah, janji menguasai pentas dan impaknya gah. Tetapi atas keberanian Aina untuk mencuba sesuatu yang berada di luar zon selamatnya, I have now a newfound respect for her

Sebab Aina Abdul itu nampaknya seperti gadis biasa-biasa sahaja. Genre muziknya pop balada Melayu yang mendayu-dayulah pula. Mahu diletakkan dalam kategori urban, belum boleh lagi rasanya. But yet, she defied all odds

Bagaimana dia boleh muncul sebagai bintang yang paling ditunggu kemunculannya setiap kali ada siaran hiburan, fakta ini sesuatu yang agak mengagumkan. 

Kostum-kostum avant garden Aina Abdul jelas memecah kebosanan lalu namanya meniti di bibir semua dengan komuniti maya berdebat mengenai penampilan pentasnya.

Resam dunia hiburan, ada yang memuji dan tidak kurang juga yang mengeji. But love her or hate her, she’s out to make a statement. Tahniah kerana berani mencuba dan bagi idea-idea di luar kotak, tentu sekali kredit paling utama buat penata gaya. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Bercakap mengenai artis dan imej, teringat saya kepada seorang pengurus selebriti yang kerap kali bertanyakan bagaimana dia boleh ‘upmarket’kan reputasi salah seorang penyanyi popular dalam jagaannya - yang kebetulan berhijab.

Katanya, artisnya itu bercita-cita mahu sama level sebagaimana Neelofa suatu masa dulu. Mahu ke Paris dan Milan, duduk front row dan sebagainya. Oleh itu, dia memerlukan pembaharuan dari segi penampilan. 

Penyanyi tersebut menginginkan imej baharu yang lebih high fashion, setanding dengan pelan jangka panjang syarikat rakamannya yang mendambakan endorsement dari jenama-jenama antarabangsa. 

Cuma syaratnya hanya satu, harus imej mesra masyarakat dan gaya tudung wajib stail bawal sahaja. Alasannya, mahu peminat rasa dekat dengannya.

Termenung sejenak dibuatnya memikirkan permintaan sebegitu. “Bila you atas stage, you’re a star. You’re not meant to look like everyone else!”

Apabila kami meluahkan pendapat ikhlas, dipertikaikannya pula. Soal pengurus itu, jika Siti Nurhaliza boleh, mengapa artisnya tidak?

Zaman berubah. Strategi ini pada zaman itu memanglah menjadi, tetapi jika diaplikasikan hari ini kemungkinan besar sudah tidak relevan lagi.

Lagi pun Siti Nurhaliza kini berada di dalam liganya yang tersendiri, dia tetap nombor satu dan takhtanya tiada galang ganti. 

Sama juga dengan penghibur-penghibur hebat dari dekad-dekad sebelumnya, daripada Noor Kumalasari hingga ke Fauziah Latiff, setiap seorang menampilkan persona pentas tersendiri bersesuaian dengan era masing-masing.

Dan sekarang sudah pun 2022, bergeraklah mengikut masa. Carilah idea baharu dan persembahkan kepada umum sesuatu yang mereka tidak dapat jangka. 

Halwa telinga kita semua berbeza-beza. Namun amat penting bagi seseorang penghibur baharu tu menampilkan sesuatu kelainan melalui wow factor yang dipersembahkan menerusi imej selain muziknya.

Imej pentas serta public persona seakan sebuah prokjektor kepada seni dan visinya. Sifat eksentrik secara visual melahirkan bukan sekadar penyanyi tetapi superstar

Gambar Fail
Gambar Fail

Dengan selera masyarakat kita yang rata-rata masih menggemari pop balada, seseorang penyanyi itu harus berfikiran selangkah jauh untuk berentap di dalam sebuah dunia serba kontemporari. 

Imej unik atau mungkin pelik bagi sesetengah orang, kita harus faham bukan sekadar syok sendiri. Imej juga suatu instrumen pemasaran dan dalam jangka masa tertentu, ia selalunya berubah menjadi pulangan yang agak lumayan. 

Jika kita lihat di lapangan antarabangsa, penghibur-penghibur paling popular dunia bukan sekadar jual suara tetapi imej juga. Lady Gaga, Katy Perry dan ramai lagi, memiliki self branding yang amat utuh.

Mereka ini seolah-olah representasi budaya pop kepada era mereka sendiri. Mungkin suatu hari nanti tiada lagi lagu hit, namun imej mereka sebagai pelopor budaya akan terus terukir teguh di dalam minda orang ramai untuk berdekad-dekad akan datang. 

Komen teman seindustri mengenai sebuah program hiburan berskala besar yang memaparkan sebilangan artis muda yang dikenali dengan melodi muzik serba rancak, “Sudah kenapa stage costume macam beli baju di H&M masa sale?” 

Bila diperhatikan, ada betulnya kata teman itu tadi. Mungkin baju pinjam dari off-the-rack, walau berjenama dari Paris sekalipun.

Kalau penghibur itu mahu letakkan dirinya sebagai superstar, pastikan personanya ‘hidup’ dan penampilan pentasnya juga melayakkan dirinya kelihatan seperti seorang superstar

Dan di sini juga terletaknya amanah besar buat para penata gaya (atau stylist) yang menggalas tanggungjawab. Hasil kerja mereka boleh menjadi sebahagian daripada faktor kebangkitan atau kejatuhan satu-satu bintang itu.

Contoh paling dekat, sekali lagi Aina Abdul. Suara sedap, lagu sedap, penyanyi lain pun sedap juga. Tetapi apabila dia bawa A-game ke atas pentas, dari sekadar biasa, dia jadi luar biasa. - Getaran, 2 Januari 2022

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

3

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

UAI Pandang Siling, Itu Hanya Masalah Teknikal Sistem Audio Masjid

Sorotan

1

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

2

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

3

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

4

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

5

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

6

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi