web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Murtabak Raja, Menu Istana Tersohor Di Kelantan

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 12:18PM

Nik Maznah (kiri) bersama Tengku Nor Ashikin menunjukkan Murtabak Raja yang diusahakan mereka di Kampung Tikat, Kota Bharu. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Satu ketika dahulu, nama ‘Murtabak Raja’ tersohor di kalangan penduduk negeri, kerana ia adalah juadah Diraja yang hanya menjadi santapan golongan istana dan bangsawan.

Zaman yang kian berubah menjadikan menu istimewa tersebut kini tidak lagi terbatas di ruang lingkup istana semata, malah turut menjadi pilihan rakyat biasa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ia bukan sahaja enak, malah bentuk dan saiznya yang besar daripada murtabak biasa menjadikan juadah ini begitu unik dan digemari ramai.

Pengusaha murtabak raja, Nik Maznah Nik Mahmood, 59, berkata, dia mengusahakan makanan itu bersama kakak iparnya, Tengku Nor Ashikin Tengku Kadir, 59, sejak empat tahun lalu.

Katanya, resepi murtabak berkenaan adalah warisan daripada neneknya, Allahyarhamah Nik Fatimah Nik Ibrahim yang meninggal dunia pada 1975.

"Nenek saya mengusahakan makanan ini lebih 45 tahun yang lalu sebelum resepinya diperturunkan pula kepada ibu, Allahyarhamah Nik Mariah Nik Omar, 78, yang meninggal dunia empat tahun lalu.

"Selepas ibu meninggal, saya bersama kakak ipar mengusahakan makanan ini kerana tidak mahu ia pupus sekali gus mahu memperkenalkan makanan tradisional ini kepada golongan muda,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di Kampung Tikat di sini.

Mengakui terkejut dengan sambutan di luar dugaan, beliau melahirkan kesyukuran kerana menu disediakan itu turut meraih permintaan tinggi di kalangan pelanggan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami mampu membuat 120 biji sehari dengan dibantu lima pekerja bagi menampung permintaan luar biasa ini," katanya.

Nik Maznah memberitahu, ramuan yang digunakan untuk membuat inti murtabak ini masih menggunakan resepi asli nenek dan ibunya bagi mengekalkan rasa sebenar murtabak.

Katanya, antara bahan asas diperlukan untuk membuat bancuhan murtabak adalah tepung gandum, marjerin, telur, daging lembu dan ayam serta bawang.

Menurutnya, setiap keping murtabak dijual pada harga RM15 kerana bentuknya yang tebal melebihi satu sentimeter, selain dipenuhi inti ayam atau daging mengikut pilihan pembeli.

"Kisah asal murtabak raja ini ada dua versi. Ada yang kata namanya terhasil apabila menjadi pilihan golongan istana ketika sebarang keraian dilakukan, termasuk Hari Keputeraan.

“Ada pula yang kata nama Murtabak Raja diberi kerana saiz dan kepadatan inti pada setiap kepingan murtabak,” katanya.

Nik Maznah berkata, kerana kelainannya dan keunikan juadah yang hanya boleh terdapat di Kelantan itu, ia sentiasa mendapat permintaan meluas bukan hanya di negeri berkenaan, bahkan sehingga ke Kuala Lumpur. – Getaran, 12 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis