web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Ah Sin Dan Hashim, Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 8:16AM

Hashim Rejab (kiri) bersama Liang Kok Hwa membelek gambar-gambar dan permainan lama. - Gambar oleh Sofia Nasir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Kebaikan dan kemurnian hati tidak mengenal agama serta kepercayaan, kerana ia hanya perlu berpaksikan kepada kemanusiaan.

Tidak ada satu agama pun yang menuntut penganutnya saling menzalimi antara satu sama lain, malah perbuatan baik itu wajar dilakukan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Dalam dunia yang sering dihiasi warna kekejaman kebelakangan ini, kebaikan jika dilakukan tanpa syarat boleh diibaratkan seperti mendapat segunung emas, terlalu berharga untuk dilepaskan.

Justeru, kemuliaan hati Oei Ah Sin, 84 dan anggota keluarganya wajar dipandang tinggi, apatah lagi apabila mengenangkan keikhlasan mereka yang sama sekali tidak menghiraukan soal balasan atau ganjaran.

Nyata, berbeza agama atau kepercayaan bukan penghalang untuk Ah Sin dan keluarga menyayangi serta menyantuni jiran mereka, yang juga seorang warga emas berketurunan Melayu di Kampung Guar Kepayang di sini.

Bukan sekadar menjaga, Ah Sin sekeluarga sanggup mengeluarkan belanja bagi membina sebuah pondok kecil di hadapan kediaman Hashim Rejab, 87, untuk memudahkan urusan menjaga hal ehwal kebajikan lelaki itu.

“Hashim bukan setakat jiran kami, tetapi dia adalah ahli keluarga kami.”

Sejak Hashim berada dalam keuzuran hampir 10 tahun lalu, Ah Sin dan keluarga adalah sumber harapan, untuk warga emas itu menumpang kasih serta mengharapkan sedikit penjagaan bagi membantu beliau menguruskan diri.

Meski tidak memiliki sebarang pertalian darah, Hashim yang masih bujang pantas mencurah sayang kepada keempat-empat anak Ah Sin, sejak mereka mula berjiran lima dekad lalu.

Mengimbas kenangan mereka bersama, Ah Sin memberitahu, Hashim tidak lokek membawa kesemua anak-anaknya bersiar atau menikmati juadah menyelerakan setiap kali menerima gaji pada awal bulan.

Bukan setakat memanjakan, Hashim juga tidak pernah terlupa membelikan mereka permainan, menjadikan lelaki itu amat disayangi seisi keluarga.

“Hashim sudah seperti abang saya sendiri malah beliau menjadi tempat mengadu anak-anak kalau mereka dimarahi. Asal sahaja kena marah, ke rumah Hashimlah mereka pergi dan dilayan bagaikan darah daging sendiri.

“Jadi, saya rasa, tiba masanya untuk kami sekeluarga membalas jasa beliau dan menjaganya kerana Hashim bukan setakat jiran kami, tetapi dia adalah ahli keluarga kami,” kata Ah Sin, sambil menahan rasa terharu, apabila mengenang budi baik jirannya itu terhadap mereka sekeluarga.

“Semua mainan anak-anak Ah Sin masih saya simpan, saya tidak pernah menganggap mereka sebagai beban. Mereka adalah keluarga saya.”

Getaran yang berkunjung ke rumah Hashim, kira-kira 10 meter dari kediaman Ah Sin amat terkejut, apabila mendapati Hashim masih menyimpan rapi semua alat permainan lama serta album mengandungi foto keluarga jirannya di dalam sebuah almari khas.

Beliau yang kini berkerusi roda juga masih mampu mengingati dengan baik setiap kenangan bersama anak-anak Ah Sin, ketika membelek setiap helaian album gambar tersebut.

Hashim berkata, beliau amat menyayangi anak-anak Ah Sin dan menganggap mereka seperti ahli keluarganya sendiri walaupun dibezakan agama serta kepercayaan.

“Semua mainan anak-anak Ah Sin masih saya simpan kerana itu sahaja kenangan yang tinggal. Sekarang, jika cucu dan cicit Ah Sin pulang, mereka pula akan bermain di rumah saya.

“Saya tidak pernah menganggap mereka sebagai beban. Mereka adalah keluarga saya,” katanya.

“Saya sudah anggap pakcik Hashim seperti ayah saya sejak bapa saya meninggal.”

Ketika ini, kebajikan Hashim diambil alih sepenuhnya oleh anak bongsu Ah Sin, Liang Kok Hwa, 43, yang tinggal di rumah ibunya dan membuka perniagaan bengkel motosikal berhampiran kawasan kejiranan tersebut.

Selain Kok Hwa, tiga adik beradiknya yang lain iaitu Liang Kok Cheng, 61, Liang Ai Sim, 52, dan Liang Kok Chai, 50, tidak pernah melupakan Hashim walaupun mereka kini menetap di Kedah dan Johor.

Kok Hwa berkata, setiap hari rutin hariannya adalah bertanya khabar dan membelikan makanan untuk Hashim, manakala ibunya pula akan membantu mengemas kediaman Hashim.

“Saya sudah anggap pakcik Hashim seperti ayah saya sejak bapa saya meninggal dunia ketika saya berumur 10 tahun. Bagi saya, pakcik Hashim ialah pengganti ayah.

“Sejak beliau uzur, kami sekeluarga tidak pernah pergi jauh dan meninggalkan pakcik Hashim lebih dari dua hari kerana kami bimbang kesihatannya,” katanya.

Difahamkan, Hashim yang tidak mempunyai waris keluarga bergantung hidup kepada wang persaraannya sebagai pekerja di kilang batu bata, selain turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan. - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan Kemanusiaan Pertama Malaysia Untuk Palestin Berlepas Malam Tadi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas