web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 5:13PM

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bergambar bersama ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI). gambar FB Dr Na'im

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI).

Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 14 Ogos 2020 bagi menggantikan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang diwujudkan pada 2010 dan berakhir pada 31 Disember 2019.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini, Jawatankuasa HARMONI adalah platform penting bagi meningkatkan kefahaman pelbagai agama.

“(Selain itu), ia bagi membincangkan isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan ketenteraman awam, serta mencadangkan dasar-dasar kepada kerajaan berteraskan nilai agama,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa itu dianggotai 30 ahli terdiri daripada tiga wakil kerajaan, 10 wakil agama Islam, masing-masing empat wakil agama Buddha dan Kristian, serta masing-masing dua wakil agama Hindu dan Taoisme.

Turut serta masing-masing seorang wakil agama Sikh, agama Baha’i dan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Sarawak.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa HARMONI bermesyuarat dua kali setahun atau mengikut keperluan dengan terma rujukannya adalah memperkukuhkan iklim perhubungan yang baik dan mesra dalam kalangan pemimpin dan penganut pelbagai agama berteraskan semangat hormat-menghormati serta bekerjasama di semua peringkat.

Selain itu, bagi menggalakkan semua penganut agama memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan, meningkatkan penghayatan semua penganut agama kepada nilai murni selaras Prinsip Rukun Negara serta mencadangkan program dan aktiviti bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam untuk memperkukuhkan keharmonian negara.

Menurut kenyataan itu, Aaron menyatakan harapan agar Jawatankuasa HARMONI mencapai matlamat penubuhan sebagai tapak untuk merapatkan jurang antara badan-badan agama Islam dan bukan Islam.

Beliau juga berharap jawatankuasa itu dapat berkongsi pandangan yang memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat dan negara serta melaksanakan program memupuk persefahaman dan keharmonian antara ketua-ketua agama dan penganut agama bagi menyokong matlamat membangun Malaysia MADANI melalui konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Bagi Mohd Nai’m, beliau yakin jawatankuasa itu adalah platform terbaik bagi semua pihak mengambil pendekatan bijak, tertib dan dengan semangat toleransi tinggi ketika berhadapan isu agama, dalam usaha memastikan keadaan sosial di negara ini sentiasa stabil demi perpaduan dan pada masa sama memastikan agama Islam sebagai agama Persekutuan terus dipelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Perayaan Disambut Minggu Ini Cerminkan Kepelbagaian Di Malaysia - Aaron

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad