web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan Tun M Cuba Nyalakan Kebencian Antara Kaum - Aaron Ago

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 9:15PM

Dr Mahathir Mohamad - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menuduh komuniti India tempatan sebagai tidak setia disifatkan sebagai satu cubaan untuk menyalakan kebencian antara kaum.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Dr Mahathir selaku negarawan seharusnya menyedari bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang dibina berasaskan pelbagai bangsa.

Kenyataan seumpama itu jelas beliau, tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang pemimpin.

“Saya amat kecewa dan mengutuk keras dengan kenyataan dikeluarkan oleh Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa ‘masyarakat India
Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka’.

"Beliau sebagai seorang negarawan yang telah bersama-sama membina negara bangsa ini sepatutnya menjadi seorang ejen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej-mesej kebersamaan,” katanya.

Aaron Ago Dagang - gambar fail
Aaron Ago Dagang - gambar fail

Tegas Aaron Ago, Malaysia telah dibina atas dasar kebersamaan melalui Kontrak Sosial yang telah membawa kemerdekaan. 

“Dalam menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum, agama, etnik dan budaya di negara ini, pemimpin terdahulu (fore fathers) telah mendukung wadah integrasi nasional berbanding asimilasi. 

“Kini sudah pun lebih 60 tahun merdeka, rakyat masih mengekalkan nilai ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’ sebagai resam hidup,” katanya.

Keharmonian masyarakat antara kaum adalah antara teras kekuatan Malaysia - gambar fail
Keharmonian masyarakat antara kaum adalah antara teras kekuatan Malaysia - gambar fail

Beliau menarik perhatian, semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik tidak wajar mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum, sekali gus menimbulkan kebencian antara satu sama lain. 

“Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan (role model) dalam memupuk nilai-nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan.

“Kita harus mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang pernah dilalui Malaysia agar perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dirasai sekarang dapat terus dinikmati. Ingatlah, kepelbagaian itu adalah kelebihan dan kekuatan,” katanya.

Dalam wawancara bersama televisyen satelit berpangkalan di Chennai, India, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata, kesetiaan komuniti India dqn Cina tempatan tidak sepenuhnya terarah kepada Malaysia, kerana mereka masih mahu dilihat memiliki pertalian dengan negara asal.

Jelas mantan Ahli Parlimen Langkawi itu, Malaysia adalah milik rakyat yang sama-sama mengasaskan negara ini. - Getaran, 13 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Keadaan Memuaskan, Tun M Dibenar Pulang Untuk ‘Home Leave’

2

4 bulan yang lalu

Tun M Dibawa ‘Outing’, Minuman Ais Coklat Jadi Pilihan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Dan Isteri Doa Kesembuhan Segera Buat Tun Mahathir

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘3 Bekas Menteri Itu Bohong, Saya Malu Lantik Mereka’ - Tun M

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

Semasa 18 jam yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran