web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UPKK: Kertas Sirah Dijadualkan Semula Ke 24 Januari - Mohd Na'im

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 4:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang ditangguhkan hari ini, diputuskan untuk dilaksanakan pada 24 Januari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

la susulan keluhan dan aduan yang diterima berikutan kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdahulu hari ini, yang menetapkan penjadualan semula kertas Sirah itu pada 23 Januari, katanya.

"Susulan keputusan dan kenyataan JAKIM tersebut, pihak saya telah menerima banyak aduan dan keluhan daripada ibu bapa calon-calon UPKK yang bimbang akan kemampuan anak-anak mereka melalui dua ujian dalam masa satu hari pada 23 Januari 2024.

"Atas rasa keprihatinan dengan keluhan dan aduan tersebut, serta atas dasar turut memahami emosi calon-calon UPKK, saya telah mengarahkan supaya JAKIM menetapkan ujian bagi mata pelajaran Sirah dibuat pada 24 Jan 2024 (Rabu)," katanya dalam kenyataan hari ini.

JAKIM dalam kenyataan terdahulu memaklumkan penangguhan kertas Sirah UPKK03/01 ke 23 Januari (Selasa) atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Mohd Naim berkata beliau telah dimaklumkan oleh JAKIM berhubung satu laporan yang diterima bahawa terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.

Berpandukan SOP, katanya pihak JAKIM dengan serta-merta telah membuat keputusan segera dan kenyataan media berhubung penangguhan mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan hari ini dan telah menetapkan penjadualan semula ujian bagi mata pelajaran tersebut pada 23 Januari, iaitu bersekali dengan ujian bagi mata pelajaran Lughah al-Quran.

"Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsung bermula 16 Januari," kata Mohd Na’im. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 50 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik