web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 8:15PM

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — DAP tidak pernah berniat melakukan atau menimbulkan sebarang salah faham berkaitan isu agama, khusus di negara ini.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan peraturan dilaksanakan.

Beliau memberi jaminan, akan bekerjasama penuh dengan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kenyataan dibuatnya baru-baru ini.

Jelas Guan Eng, beliau yakin akan dibuktikan tidak bersalah sebaik siasatan selesai dijalankan.

“Saya akan memberi kerjasama penuh dengan pihak polis berhubung kenyataan mengenai tindakan kerajaan negeri Kedah merobohkan kuil Hindu pada 2020.

“Saya sentiasa menghormati hak berpelembagaan dan peraturan dikuatkuasakan negara tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan polis dibuat ke atasnya selepas didakwa memberikan kenyataan berunsurkan 3R, dua hari lalu.

Menerusi kenyataan tersebut, mantan Menteri Kewangan itu dipetik sebagai berkata, gelombang hijau dibawa Perikatan Nasional (PN) bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Portal MalaysiaNow yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat gelombang hijau daripada bertapak di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan itu kononnya memberitahu, gelombang terbabit akan mengakibatkan kemusnahan tokong Buddha serta pelaksanaan pelbagai sekatan ke atas penduduk bukan Islam.

Guan Eng dalam perkembangan sama berkata, DAP sama sekali tidak akan menimbulkan sebarang salah faham mengenai agama.

Sementara itu dalam hantaran berbeza beliau memberitahu, gesaan dibuat Pemuda PAS-PN Pulau Pinang agar laporan polis dibuat ke atas dirinya membuktikan gabungan berkenaan tidak pernah peduli sama ada berita disiarkan benar atau tidak.

“Mereka cuma nak jadikan ia senjata politik untuk serang dan benamkan imej saya.

“Walaupun saya telah berulangkali menjelaskan MalaysiaNow telah putar belitkan ucapan saya dan China Press pun mengesahkan MalaysiaNow telah salah terjemah laporannya, PAS terus memainkan isu ini dan buat laporan polis berdasarkan sesuatu yang saya tidak pernah cakap,” katanya.

Tegas Guan Eng, tindakan kumpulan terlibat boleh dianggap sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan polis palsu.

“Saya cabar pemimpin PAS, terutamanya Ketua Pemuda PN dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli bin Shaari agar beliau sendiri pergi dan buat laporan. Jangan aniaya anak-anak buah dan biarkan mereka menghadapi kemungkinan melakukan jenayah dengan membuat laporan polis palsu,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila MalaysiaNow terus berdiam diri walaupun menyedari berlaku kesilapan ke atas terjemahan berita berkenaan.

“Saya amat kesal MalaysiaNow terus berdiam diri sedangkan China Press telah pun menjelaskan yang laman MalaysiaNow telah salah terjemah laporannya. Yang saya rujuk ialah kuil Hindu, yang mana ada kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada tahun 2020 di Kedah,” katanya.

“Berani kerana benar. Saya hormat undang-undang akan beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak PDRM. Saya juga harap tindakan diambil terhadap mereka yang buat laporan polis palsu,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad