Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Lokasi Libur + Belajar Menarik Di Selangor

Destinasi ideal untuk kanak-kanak berhibur sambil belajar, ditemani keluarga.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau tidak,  Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tetap berlangsung. Dek asyik terperap di rumah, ramai ibu bapa mula menyedari kesihatan mental anak-anak mereka juga perlu diutamakan. 

Lawatan ke destinasi yang menawarkan hiburan sambil belajar adalah aktiviti yang dapat memberikan pengalaman yang menggembirakan, bermakna untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.

Berikan mereka peluang untuk terokai dunia luar. Anda boleh memilih tempat-tempat menarik seperti muzium, zoo atau lokasi interaktif yang boleh meningkatkan daya pembelajaran mereka sambil mereka menerokai sesuatu yang baru.

Berkunjunglah ke lima lokasi pembelajaran di sekitar Selangor ini bersama seisi keluarga setelah tamat tempoh PKPD nanti!

#1 Peranan kerjaya di KidZania

Terletak di Mutiara Damansara, KidZania adalah sebuat pusat edutainment yang menggalakkan pembelajaran melalui permainan dan lakonan peranan kerjaya secara interaktif.

Mereka dapat merasai pengalaman bekerja yang lebih realistik, dalam replika bangunan-bangunan yang berfungsi sebagai bandar kerjaya yang sebenar. 

Terdapat lebih 70 jenis pekerjaan yang mereka boleh cuba di sini. Antaranya, jururawat, ahli bomba, polis, juruterbang, peguam dan banyak lagi. 

Aktiviti-aktiviti seperti ini sememangnya memberikan pengalaman pembelajaran yang positif dan menyeronokkan buat anak-anak anda. 

#2 Lasak di Camp5

Sekiranya si kecil anda suka berlari, memanjat dan lasak, Camp5 Climbing Gym adalah lokasi yang sesuai buat mereka melakukan aktiviti fizikal.

Persekitaran selamat, gim ini dikendalikan oleh pekerja-pekerja terlatih yang profesional. Di sini, anak anda boleh merangsang kecerdasan minda mereka, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

Terletak di 1Utama Shopping Centre, Damansara Utama, salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah rock climbing. Jangan risau, ketinggiannya ideal untuk si kecil anda.

#3 Dekati haiwan di Farm in the City

Merupakan petting zoo yang terkenal di Selangor. Terletak di Seri Kembangan, anda boleh membawa anak-anak anda bagi mendekati haiwan-haiwan comel di sini.

Mereka bukan sahaja dapat menyaksikan telatah dan gelagat haiwan, malah mereka juga boleh mengusap, memegang, bermain dan memberi makan kepada kura-kura, rusa dan arnab.

Pengalaman ini bakal menjadi lebih bermakna dengan pantauan dan sesi penerangan oleh renjer yang bertugas. Istimewa, mereka juga dapat menikmati pengalaman ‘pony ride’.

Kemuncaknya, anak-anak anda boleh menonton persembahan ‘Burung Kakak Tua di Kampung Mahmood’ secara langsung. Pastinya memberi pengalaman paling menggembirakan buat mereka. 

#4 Belai haiwan di G2G Animal Garden

Terletak di MAEPS Serdang, G2G Animal Garden adalah sebuah taman pameran haiwan merangkap petting zoo yang baru dibuka pada tahun 2017. 

Ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan ekopelancongan dan agro pelancongan yang memberikan pengalaman menyeronokkan buat kanak-kanak.

Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama lebih 70 spesis haiwan tempatan. Terdapat juga haiwan eksotik di taman pameran ini yang boleh dilihat secara dekat. 

#5 Pelajari budaya di Kampung Budaya Mah Meri

Mah Meri adalah salah satu suku kaum Orang Asli yang terdapat di Semanjung Malaysia, khususnya negeri Selangor. Mereka sangat terkenal dengan seni ukiran topeng dan kraftangan.

Mah Meri Cultural Village ialah sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak di Pulau Carey, Kuala Langat. Anak-anak anda boleh menghayati suasana kampung Orang Asli yang autentik.

Mereka boleh mencuba pakaian, barangan serta tarian kebudayaan kaum Mah Meri. Selain itu, terdapat juga galeri mini yang mempamerkan pelbagai koleksi berkaitan dengan kaum asal ini.

Lawatan ke perkampungan budaya ini pastinya dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak anda dalam menyelami budaya dan seni masyarakat Mah Meri yang unik dan tersendiri. 

Gabungkan pengembaraan menarik ini dengan elemen pendidikan. Ia bukan sahaja memberi pengalaman yang menghiburkan, malah dapat memperluaskan ilmu pengetahuan.

Mempelajari sesuatu yang tidak dapat dilakukan di rumah, mahupun di sekolah. Pengalaman seperti ini akan menjadi suatu memori yang amat bernilai untuk mereka di masa mendatang.

Maka, rancanglah dan bawa anak-anak anda ke lokasi-lokasi berlibur sambil belajar di atas selepas tamat tempoh PKPD nanti. – Getaran, 8 Julai 2021

Semua gambar: Tourism Selangor


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat