web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Idea Untuk Menyambut Dan Menggamit Suasana Lebaran di Selangor 

Janganlah bersedih kerana tidak dapat merentas daerah dan negeri untuk hari raya ini. Raya tetap raya, jadi cubalah cipta kegembiraan tersendiri untuk memori di masa hadapan.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 3:10PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Janganlah bersedih kerana tidak dapat merentas daerah dan negeri untuk hari raya ini. Raya tetap raya, jadi cubalah cipta kegembiraan tersendiri untuk memori di masa hadapan. Tourism Selangor menyenaraikan tujuh idea untuk anda menyambut lebaran ini dengan penuh keceriaan bersama insan-insan tersayang.

Biarpun kegembiraan tidak sama seperti pulang ke kampung, namun sedikit sebanyak sudah pasti  dapat mengurangkan rasa kecewa tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Sambutlah lebaran di lokasi masing-masing dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini tujuh idea terbaik untuk anda 'Pusing Selangor Dulu!'

1) Pengalaman di 16 inap desa berdaftar 

Meluangkan masa bersama keluarga di inap desa di Selangor ketika musim perayaan merupakan pilihan menarik untuk dilakukan. Pengalaman di inap desa boleh didefinisikan sebagai pengalaman tinggal sebagai tetamu dengan tuan rumah tempatan dalam komuniti kampung selama beberapa hari. 

Di Selangor, terdapat 16 inap desa yang berdaftar yang boleh dikunjungi dan dalam pada masa yang sama memberi ruang kepada penginap untuk mengenali budaya dan melakukan aktiviti yang menarik antaranya seperti di Homestay Banghuris, Homestay Kampung Sungai Sireh, Homestay Sungai Haji Dorani dan banyak lagi!

2) OOTD dengan persalinan raya di kawasan kampung 

Terasa rindu pada pemandangan kampung halaman? Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor contohnya di Sekinchan, Sungai Besar dan Tanjong Karang mempunyai pemandangan sawah padi yang terbentang menghijau seluas pemandangan. 

Tambahan pula, daerah-daerah ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk mengambil gambar dengan adanya kawasan kampung tradisi, sawah padi yang terbentang luas, rumah-rumah kampung tradisi, ladang buah-buahan, ladang kelapa dan bangunan bersejarah. 

3) Tenangkan fikiran, indahnya suasana pantai 

Pasti ramai yang gemar menikmati suasana pantai dan pemandangan laut. Selangor mempunyai pantai yang cantik setanding dengan pantai-pantai di lokasi lain.

Anda boleh berkunjung ke Pantai Morib dan Pantai Kelanang di daerah Kuala Langat, Pantai Bagan Lalang di daerah Sepang, Pantai Redang di daerah Sabak Bernam dan banyak lagi untuk menikmati suasana pantai yang mengasyikkan!

4) Rasai pengalaman dan aktiviti agro-pelancongan

Terdapat banyak taman agro yang boleh dilawati dan anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Taman-taman agro ini menampilkan keindahan alam semula jadi yang sesuai dilawati oleh seisi keluarga.

Antaranya, MAEPS Agro Tourism Park, Selangor Fruit Valley, Kuan Wellness Eco Park, kawasan Agro Tourism Kampung Johan Setia Sungai Kandis dan banyak lagi. Turut tersedia di tarikan ini ialah pelbagai aktiviti yang menarik untuk anda rasai pengalaman sektor perladangan dan pertanian.

5) Nikmati makanan tradisi

Selangor merupakan negeri yang kaya dengan budaya serta pelbagai makanan tradisi. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang telah menjadi tradisi sejak turun-menurun yang harus dicuba oleh warga Selangor.

Antara hidangan tradisi yang boleh anda dapatkan di Negeri ini ialah nasi ambeng, sate, lontong, pecal, sambal taun dan banyak lagi! Makanan-makanan tradisi ini boleh didapati di sekitar daerah Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang dan Sabak Bernam di restoran serta kedai makan terpilih. 

6) Membeli-belah produk-produk IKS ‘Made in Selangor’!

Dapatkan kerepek atau kudap-kudapan raya anda di Pekan Banting Kuala Langat, dan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Antara pengeluar produk IKS yang popular di Selangor adalah Ros Kerepek Banting, Bahulu Masri Sabak Bernam, Kerepek KunyaKunya Tanjong Karang dan Kerepek Jemirah Sepang. 

7) Raya staycation-with-style

Sesekali apa salahnya lari daripada kebiasaan, kali ini jom nikmati penginapan serba selesa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri di beberapa hotel di sekitar Selangor dan beberapa penginapan unik di Selangor.

Antaranya seperti The Sticks di Kuala Kubu Bharu yang sesuai dikunjungi bersama keluarga untuk menikmati suasana kehijauan dan jauh dari kesibukan kota. Selain itu, Sekeping Serendah Retreat juga menawarkan tempat penginapan yang di kelilingi kehijauan tetapi tetap mementingkan keselesaan. 

Manakala, Taman Eko Rimba Komanwel Resort juga menawarkan pengalaman glamping untuk seisi keluarga anda. Untuk pengalaman staycation, terdapat pelbagai pilihan hotel seperti New World Hotel Petaling Jaya, Concorde Hotel Shah Alam, One World Hotel, Petaling Jaya, dan banyak lagi.

Selamat berhari raya, walau ke mana jua anda lawati, pastikan anda mendaftar melalui aplikasi mudah alih SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat dan MySejahtera. Amalkan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa.

Untuk informasi lanjut, anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor . - Getaran, 13 Mei 2021

Semua gambar: Tourism Selangor

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi