web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemewahan Urban Dengan Sentuhan Tempatan Di Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur

Gabungan lokasi strategik dan pemandangan langit kota menjadikannya sebagai salah satu persinggahan staycation ideal

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2025 12:39PM

Lobi hotel yang indah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur yang tidak pernah tidur, terselit sebuah penginapan bergaya moden yang menjanjikan pengalaman staycation luar biasa iaitu Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur.

Dibuka secara rasmi pada Disember 2024, hotel ini bukanlah sekadar tempat bermalam, tetapi satu destinasi tersendiri yang menggabungkan kemewahan moden dengan keunikan budaya tempatan, layanan bertaraf dunia, serta citarasa kulinari yang merentasi benua.

Pemandangan dari bilik
Pemandangan dari bilik

Terletak strategik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, hotel gaya hidup bertaraf lima bintang ini menawarkan pengalaman percutian yang tidak perlu jauh dari rumah, tetapi tetap memberikan rasa seperti anda sedang melancong ke destinasi eksklusif.

Menara Berkembar Petronas dan Bukit Bintang berada dalam jarak berjalan kaki, malah ia juga bersebelahan dengan kawasan warisan budaya seperti The Row dan KL Forest Eco Park. 

Gabungan lokasi strategik dan pemandangan langit kota menjadikannya sebagai salah satu persinggahan staycation ideal untuk sesiapa yang ingin bermalas-malasan di hotel atau mahu meneroka Kuala Lumpur dalam pelbagai sudut.

Pengalaman menyeronokkan bermula sebaik sahaja anda melangkah masuk ke lobi hotel yang merupakan sebuah ruangan terbuka dengan sentuhan moden serta dihiasi dengan karya seni yang menonjolkan warisan sejarah Kuala Lumpur.

Keselesaan Bertemu Gaya Hidup Moden 

Menawarkan 312 bilik dan suite yang direka dengan penuh teliti, setiap bilik menampilkan gabungan warna-warna neutral dengan sentuhan keemasan dan biru laut, menyuntik suasana damai dan tenang. 

Katil empuk, skrin televisyen pintar, ruang kerja ergonomik, dan bilik mandi marmar yang lengkap dengan pancuran air menjadikan setiap bilik sempurna sebagai ruang peribadi sepanjang tempoh staycation

Jangan terkejut jika anda jatuh cinta dan enggan meninggalkan bilik. Merebahkan diri di atas katil sepanjang hari sambil menonton televisyen mungkin adalah perkara yang anda perlukan setelah sekian lama melalui jadual padat. 

Di tingkat 21, kolam renang infiniti air masin menjadi daya tarikan utama. Dikelilingi oleh kerusi santai dan pemandangan menakjubkan pencakar langit Kuala Lumpur, ia adalah tempat terbaik untuk melepas penat sambil menikmati koktel tropika. 

Kolam renang infiniti
Kolam renang infiniti

Gimnasium juga tersedia untuk 24 jam dengan peralatan senaman canggih untuk mereka yang tidak mahu lari daripada rutin kecergasan.

Pengembaraan Kulinari Dari Napoli Ke Mumbai

Bercerita tentang pengalaman menjamu selera, anda tidak perlu risau atau bimbang apabila bermalam di Hyatt Centric Kuala Lumpur. Hotel ini menambat selera tetamu dengan tiga konsep gastronomi unik yang memberi sentuhan antarabangsa dengan inspirasi tempatan:

1) IL Forno

IL Forno, yang bermaksud ‘ketuhar’ dalam bahasa Itali, merupakan restoran Itali yang terletak di tingkat 19. Restoran ini dibuka dari pagi membawa ke malam serta tampil dalam suasana moden dan santai.

Menyediakan pelbagai hidangan pasta tradisional dan inventif serta kepakaran rotisserie, IL Forno diterajui oleh Chef Eksekutif Vincenzo Carbone atau lebih dikenali sebagai Chef Enzo.

Pizza Neapolitan yang dibakar dalam ketuhar khas dari Naples adalah hidangan yang mesti dicuba. Tidak ketinggalan pasta buatan tangan dan pelbagai pilihan antipasti segar. 

Penggemar pemanis mulut, jangan sesekali lepaskan peluang menikmati kek Tiramisu yang menjadi kegemaran ramai di sini.  

Jika ingin menikmati latar langit kota yang indah, pilihlah meja yang menghadap pemandangan KLCC, satu pengalaman makan malam yang romantik dan elegan.

2) TanBuri

TanBuri adalah gabungan nama yang terhasil apabila restoran ini menggabungkan rasa India Utara dengan estetika Jepun.

Terletak di aras G, anda boleh memanjakan lidah dengan menikmati ‘Tandoori Don’, mangkuk nasi gaya donburi atau ‘Nanini’ (naan sandwich) yang menonjolkan kreativiti chef dalam mempersembahkan gabungan budaya dalam satu pinggan. 

Satu lagi keistimewaan TanBuri ialah ia menyediakan pilihan sos dan perasa buatan sendiri. Dibuka dari pagi hingga malam, TanBuri sesuai untuk sarapan yang mengenyangkan atau makan tengah hari yang penuh kejutan.

3) @21 Rooftop Bar

Sesuai dengan namanya, bar ini adalah tempat untuk anda bersosial, sambil menikmati muzik menyegarkan. Menawarkan pemandangan 180 darjah bandar raya, bar ini menyajikan pelbagai pilihan minuman dan pencuci mulut yang mungkin lain daripada yang lain. 

Bahkan, ia turut menyediakan makanan ringan yang mampu menghilangkan rasa lapar pada lewat malam. Ambil peluang untuk bertemu atau berkenalan dengan teman-teman baharu! 

Kesimpulannya, Hyatt Centric Kuala Lumpur bukanlah sekadar destinasi penginapan untuk tidur lena, tetapi ia menjanjikan pengalaman yang lebih meluas. 

Sama ada anda mahu bersantai sambil membaca buku di tepi kolam, menjamu selera penuh elegan bersama orang tersayang atau meneroka lorong-lorong seni di sekitar hotel, semuanya boleh dilakukan tanpa perlu keluar dari kawasan pusat bandar.

Untuk warga kota yang mahu berehat dari kesibukan atau pelancong luar yang ingin merasai denyut nadi Kuala Lumpur, Hyatt Centric adalah tempatnya. - Getaran, 19 Jun 2025

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN