web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dusit Princess Melaka; Hotel Hospitaliti Pertama Thai Dibuka Secara Rasmi 

Hotel pertama Dusit International di Malaysia memperkukuh kesiapsiagaan pelancongan Melaka untuk UN Tourism 2025 dan Visit Malaysia 2026

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2025 7:08PM

Lobi hotel yang serba menarik

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hotel pertama Dusit International di Malaysia, Dusit Princess Melaka kini telah dibuka secara rasmi semalam (29 Mei).

Pembukaan rasmi hotel ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan turut dihadiri oleh Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Melaka, Mohamad Bukhari Che Man.

Kehadiran hotel ini menandakan satu pencapaian penting dalam landskap hospitaliti Melaka yang terus berkembang dan juga memperkenalkan standard baharu dalam hospitaliti mewah berinspirasi Thai di negeri ini. 

Hotel ini turut menampilkan salah sebuah ruang persidangan dan acara antara yang terbesar di Melaka, sekali gus meningkatkan lagi daya tarikan bandar ini sebagai destinasi MICE serantau.

Pada tahun lalu, bandar ini menerima kunjungan lebih 15 juta orang pelancong – peningkatan 74 peratus berbanding tahun sebelumnya, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu destinasi pelancongan paling dinamik di rantau ASEAN. 

Kerajaan Negeri Melaka telah melanjutkan kempen Visit Melaka Year hingga 2026, sejajar dengan inisiatif kebangsaan Visit Malaysia 2026 yang menyasarkan ketibaan 35.6 juta orang pelancong.

“Dusit Princess Melaka dibuka pada saat yang kritikal bagi sektor pelancongan, iaitu ketika kami bersiap untuk menjadi tuan rumah acara global seperti UN Tourism 2025 dan menjelangnya Visit Malaysia 2026.

“Hotel ini merupakan satu tambahan yang bermakna kepada landskap hospitaliti Melaka yang berkembang pesat.

“Ia juga mencerminkan daya tarikan negeri ini kepada pelancong antarabangsa serta jenama global yang dipercayai dan seiring dengan wawasan kami untuk mempertingkatkan pelancongan yang bertanggungjawab, inklusif, dan bernilai tinggi.

“Dengan pelbagai kemudahan gaya hidup dan korporat yang luas serta hospitaliti berinspirasi Thai, hotel ini berada dalam kedudukan yang baik untuk memperkayakan pengalaman pelancong dan juga menyokong Melaka sebagai pusat pelancongan dan juga MICE serantau,” ulas Mohamad Bukhari.

Ketua Pegawai Operasi Dusit International, Gilles Cretallaz dalam ucapannya berkata, pembukaan ini menandakan satu pencapaian mengujakan bagi Dusit kerana ia memperkenalkan hospitaliti mesra dan unik berinspirasi Thai ke Malaysia. 

“Dengan adanya warisan yang kaya, lokasi strategik dan rancangan pembangunan yang berwawasan, Melaka menyediakan persekitaran yang ideal untuk kemunculan kami yang pertama di negara ini.

Gilles Cretallaz
Gilles Cretallaz

“Dusit Princess Melaka mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan layanan yang mesra, asli, dan bermakna, dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia.

Tawaran Pembukaan Sehingga Januari 2026

Terletak secara strategik di tengah-tengah Kota Warisan Dunia UNESCO, hotel mewah Dusit Princess Melaka dengan 296 bilik ini menggabungkan keanggunan moden dengan warisan tempatan yang kaya serta menawarkan pemandangan bandar dan juga Selat Melaka yang tidak terhalang. 

Dengan kemudahan bertaraf lima bintang, keselesaan kontemporari, dan hospitaliti berinspirasi Thai yang menjadi ciri istimewa Dusit, hotel ini membawa tawaran yang baharu dan berbeza ke dalam landskap hotel tempatan, memenuhi keperluan pelancong dan pengembara moden untuk semua tujuan. 

Antara kemudahan yang ditampilkan di hotel ini adalah kolam renang  terdalam di negeri ini, gimnasium 24 jam yang serba lengkap dan tempat makan yang unik seperti Restoran Zest, Restoran Cina Long Feng serta Famosa Lounge yang meriah.

Dengan keluasan 774 meter persegi dan dilengkapi dengan kemudahan skrin LED penuh serta penyusunan bilik yang fleksibel, ruang persidangan dan acara hotel direka untuk memenuhi keperluan persidangan berprofil tinggi, majlis perkahwinan, dan acara tertutup yang lain.

Tetamu juga boleh menikmati pelbagai aktiviti tempatan yang disediakan khas untuk memberikan pengalaman yang imersif melalui pemandangan, cita rasa dan budaya yang meriah bandar ini.

Bagi meraikan pembukaan rasminya, Dusit Princess Melaka telah melancarkan tawaran masa terhad – Melaka Retreat – yang menjemput para tetamu untuk menikmati sarapan harian di Zest, kredit makanan dan minuman harian sebanyak RM50 yang boleh ditebus di mana-mana restoran hotel, naik taraf bilik percuma (bergantung kepada ketersediaan), dan diskaun tambahan 15 peratus untuk ahli Dusit Gold. 

Tawaran ini sah untuk tempahan bilik sehingga 4 Januari 2026, untuk penginapan dari sekarang sehingga tarikh tersebut, secara eksklusif di dusit.com/dusitprincess-melaka/specialoffers/.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila lawati dusit.com/dusitprincess-melaka atau ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram, @dusitprincessmelaka. - Getaran, 30 Mei 2025

Foto : Dusit Princess Melaka

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN