web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vietnam Punya Potensi Jadi Destinasi Mesra-Muslim

Jika anda mencari pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan, Vietnam merupakan cadangan yang bijak. 

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2025 1:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vietnam merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang kerap menjadi destinasi percutian buat ramai pengembara dunia.

Ia sangat popular di kalangan rakyat Asia Tenggara, terutamanya rakyat Malaysia. Apatah lagi negara tersebut sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi sebuah destinasi percutian mesra-Muslim yang unggul.

Ini terbukti dengan adanya banyak syarikat pelancongan yang menyediakan perkhidmatan kembara mesra-Muslim bersesuaian dengan kehendak pelancong masa kini.

Antaranya adalah syarikat Mhd Amin Tourism naungan warga asli Vietnam sendiri yang memang beragama Islam. Dengan kepakaran mereka sebagai warga tempatan yang beragama Islam, mereka bukan sahaja mampu bertutur dalam Bahasa Vietnam yang fasih tetapi juga menyusun jadual serta mereka-cipta pakej percutian mesra-Muslim yang dikhaskan buat seisi keluarga (kecil atau besar).

Pakej percutian mesra-Muslim masa kini menjanjikan lawatan ke tempat-tempat menarik selain makanan yang halal sepanjang percutian serta waktu yang disusun khas dengan masa terluang dan tempat khas untuk menunaikan solat.

Jika anda mencari pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan, Vietnam merupakan cadangan yang bijak. 

Dari pengembaraan mendebarkan hingga pengalaman budaya yang kaya, serta kini lebih mesra-Muslim berikut beberapa sebab mengapa Vietnam patut berada dalam senarai perjalanan anda.

1. Daya Tarikan Ala Eropah Yang Menakjubkan

Biarpun terletak di Asia Tenggara, Vietnam merupakan bekas jajahan Perancis, jadi banyak seni bina kotanya diilhamkan dari Eropah membawa nuansa Perancis serta beberapa bandar-bandar Eropah lain seperti Venice, Milan, dan Lisbon. Ini jelas kelihatan di pulau seperti Phu Quoc. 

Bangunan-bangunan dengan seni reka menakjubkan di sini menjadi latar belakang yang sempurna untuk merakam foto dan video yang indah. 

2. Warisan Dan Sejarah Budaya Yang Menakjubkan

Bagi mereka yang ingin mendalami sejarah dan budaya Vietnam, negara ini bangga dengan budaya serta  warisannya. Ini terlihat dalam aneka persembahan audio visual yang menarik di seluruh negara.

Antara persembahan yang wajib ditonton adalah Quintessence of Vietnam di Grand World yang memaparkan seni audio visual yang luar biasa.

Pertunjukan luar biasa ini, mempunyai latar belakang yang indah dari pentas yang diilhamkan dari Kuil Kesusasteraan Vietnam, menceritakan kisah warisan Vietnam melalui siri tarian yang diatur, persembahan yang berwarna-warni, dan muzik tradisional.

3. Taman Tema Untuk Semua Peringkat Umur

Vietnam juga kaya dengan pelbagai taman tema di seluruh negaranya. Ini termasuk Taman Tema Vinwonders yang menjadi kenyataan untuk pencari debaran dan mereka yang berkeluarga.

Taman ini menawarkan aneka tarikan yang mengujakan seperti roller coaster, permainan air, dan perjalanan bot yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Kawasan bertema dari seluruh dunia menjadikannya satu pengalaman yang benar-benar berwajah antarabangsa.

Jika anda sukakan pesona fantasi, jangan lepaskan persembahan duyung yang mempesona di akuarium utama, di mana para penghibur menari di bawah air dengan kostum duyung yang indah—dikelilingi oleh makhluk laut yang menakjubkan. Taman tema ini menawarkan keseronokan dan pengembaraan yang tiada henti untuk seluruh keluarga.

4. Alami Kereta Kabel Terpanjang Di Dunia

Vietnam juga adalah rumah kepada kereta kabel terpanjang di dunia. 

Terletak di kawasan Sunset Town di Phu Quoc, Kereta Kabel Hon Thom adalah kereta kabel tiga-tali tanpa-henti terpanjang di dunia. Ia hampir 8 lapan kilometer panjang dan mengambil masa sekitar 25 minit untuk satu perjalanan.

Kereta kabel yang menghubungkan Pulau Hon Thom ke An Thoi di Phu Quoc mempunyai 69 kabin, setiap satu mampu menampung 30 orang, dengan kapasiti 3,500 penumpang sejam. Ia menawarkan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan dari kecantikan semula jadi di Selatan Phu Quoc dan mempunyai platform stesen gaya Renaissance Eropah.

5. Pilihan Makanan Halal Yang Banyak

Vietnam bukan sahaja destinasi yang menakjubkan tetapi juga mula menjadi destinasi yang mesra-Muslim.

Pelancong Muslim kini mempunyai pilihan restoran halalyang banyak di seluruh negaranya, malah beberapa restoran juga dilengkapi dengan kawasan untuk solat yang juga berfungsi sebagai tempat untuk solat Jumaat.

6. Penginapan Berharga Berpatutan

Vietnam juga menawarkan banyak pilihan penginapan, dari yang sangat bergaya hingga yang paling mampu milik.

Gabungan kecantikan tropika, kekayaan budaya, tarikan yang mendebarkan serta kehadiran penyedia pakej kembara mesra-Muslim memastikan perjalanan anda ke Vietnam akan dipenuhi dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, semuanya pada harga yang sangat berpatutan. 

Untuk info lanjut, layari Mhd Amin Tourism di https://www.facebook.com/share/1NLfShHs1m/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 26 Februari 2025

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN