web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Menangis Penduduk Sabah Sanggup Tunggu Dalam Hujan

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 8:01AM

Tangkap layar yang memaparkan Raja Permaisuri Agong kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis setelah menyaksikan ramai rakyat Sabah sanggup menunggu konvoi Kembara Kenali Borneo biarpun hujan lebat - sumber Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menangis ketika menzahirkan rasa terharu dengan sambutan penduduk Sabah meraikan keberangkatan tiba baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa penjelajahan terakhir Kembara Kenali Borneo di negeri itu semalam.

Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara hari ini, berkongsikan video yang memaparkan Tunku Azizah menangis melihat kesanggupan rakyat Sabah menanti keberangkatan tiba baginda berdua dalam cuaca hujan lebat semasa perjalanan pasangan diraja itu dari Kota Kinabalu ke Sepitang, destinasi terakhir konvoi sebelum memasuki Lawas, Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Lawas, Sarawak malam tadi bagi memulakan Kembara Kenali Borneo peringkat Sarawak. - gambar Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Lawas, Sarawak malam tadi bagi memulakan Kembara Kenali Borneo peringkat Sarawak. - gambar Istana Negara

“Sabah ‘menangis’, saya juga turut menangis, rakyat menangis, langit menangis tetapi mereka masih tetap di luar sana dalam hujan lebat. Saya sudah separuh basah kerana saya buka tingkap.

“Terima kasih banyak-banyak. Tuanku (Al-Sultan Abdullah) dan saya akan mengenang perkara ini sepanjang hayat kami… Kami minta maaf dan kami rasa bersalah kepada rakyat yang menunggu di luar sana dalam hujan kerana kami tidak boleh keluar dan bertemu dengan mereka.

 “…hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas dan Tuanku dan saya doakan semua orang tak sakit, tak demam sebab tunggu dalam hujan begitu lama,” titah Tunku Azizah dalam video berdurasi kira-kira 40 saat itu yang dirakamkan sendiri oleh baginda.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah diberi sambutan sangat meriah oleh ribuan rakyat di Lawas. - gambar Istana Negara
Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah diberi sambutan sangat meriah oleh ribuan rakyat di Lawas. - gambar Istana Negara

Hantaran video itu menerima lebih 200,000 tontonan manakala ruangan komen dipenuhi kenyataan positif dan penghargaan atas keprihatinan Seri Paduka berdua.

“Saya antara yang berhujan semalam di pekan Beaufort menanti ketibaan Tuanku berdua. Walaupun hujan lebat, sampaikan ada payung terbalik tapi kami tetap setia menanti.

"Teruja nampak Tuanku Permaisuri menangis semalam. Kami sayang Tuanku, Raja kami,” komen pengguna Instagram dengan nama @n_sal16.

“Apabila rakyat sudah terlalu sayang. Tak kisah hujan panas,” menurut @lockmayphotography dalam ruangan komen di hantaran berkenaan.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak adalah program penjelajahan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 4 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 4 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia