web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Masjid Ikonik Tunggu Kunjungan Pelawat Sepanjang Bulan Pelancongan Islam

Acara ini tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja, bukan muslim juga dijemput untuk menyelami dunia seni bina masjid Malaysia

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 7:54AM

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau turut dikenali sebagai Masjid Biru Shah Alam - gambar Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam meraikan kemeriahan dan keistimewaan warisan seni bina Malaysia sepanjang Bulan Pelancongan Islam (BPI 2023), sebuah acara menarik kini sedang berlangsung iaitu Hari Terbuka Masjid di lokasi terpilih seluruh negara.

Acara ini mengundang semua pengunjung dan tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja untuk menyelami dunia seni bina masjid Malaysia, sekali gus memberi gambaran tentang perpaduan warisan dan karya seni yang membentuk mercu tanda kerohanian negara ini.

Bermula 30 Ogos lalu di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Terengganu, Hari Terbuka Masjid ini diadakan secara berperingkat di beberapa masjid ikonik terkemuka di seluruh negara bagi membolehkan pengunjung dan orang awam menghargai reka bentuk unik, simbolisme budaya, dan kepentingan sejarah setiap masjid.

Selepas Masjid Tengku Tengah Zaharah, masjid terpilih lain yang akan meneruskan acara ialah Masjid Bandaraya Kuching di Sarawak (8 September), Masjid  Panglima Kinta di Perak (9 September), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya di Pahang (9 September), Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di Johor (9 September), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Selangor (10 September) dan tidak ketinggalan, Masjid Paloh di Perak dan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur (16 September).

Berlatar belakang budaya pelbagai Malaysia, kesemua masjid ini berdiri teguh sebagai lambang daya cipta, kepercayaan kepada agama, dan sentimen perpaduan yang sangat menarik. 

Dengan warisan yang berusia berabad lamanya ini, semua masjid berkenaan mencerminkan identiti kepelbagaian negara dan perpaduan harmoni gaya seni bina sedia ada.

Selain berpeluang melihat dan mempelajari tentang keindahan seni bina masjid, pengunjung juga boleh menyertai beberapa aktiviti sampingan lain, antaranya lawatan berpandu, pameran kebudayaan, dan demonstrasi seni tempatan seperti pertunjukan pernikahan Melayu, pertandingan kaligrafi Islam dan Cina, serta persembahan azan selain penceritaan kisah di sebalik seni bina menakjubkan.

Berlangsung dari 21 Ogos hingga 17 September 2023, BPI 2023 adalah siri acara sebulan, penuh aktiviti dan tawaran pelancongan untuk orang awam, pelancong, penggiat industri pelancongan, dan usahawan. Ia memberikan galeri pengalaman pelancongan Islam yang kaya dan unik ditawarkan Malaysia.

Dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, BPI 2023 dihoskan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Penganjurannya bertujuan memperkenalkan tawaran pelancongan mesra Muslim oleh industri pelancongan di negara ini.

MOTAC menyasarkan untuk menonjolkan pelbagai produk dan perkhidmatan mesra Muslim di Malaysia, memupuk kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan industri pelancongan, dan mengukuhkan perkongsian strategik dapam kalangan penggiat ekosistem Pelancongan Islam melalui Bulan Pelancongan Islam.

Selain promosi khas untuk penginapan, pakej pelancongan, pengalaman spa dan kesejahteraan, makanan dan minuman, tawaran beli-belah, serta acara, seminar, dan  pameran, BPI 2023 juga diperkukuhkan dengan penggunaan teknologi QR untuk memberikan akses mudah dan segera kepada tawaran eksklusif oleh rakan-rakan ITC sepanjang bulan tersebut. - Getaran, 7 September 2023

Foto : Pusat Pelancongan Islam (ITC) 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 4 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 4 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia