web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indie Dari Rumah Menyemarakkan Budaya Gig Norma Baharu

Menyedari kesan parah pandemik terhadap 'scene' indie tempatan, penganjur acara, Atas Angin memikul tanggungjawab untuk memberi platform kepada para penggiat seni indie berkarya.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 9:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ramai peminat tertanya-tanya bilakah konsert seterusnya bakal berlangsung. Ini berita baik apabila penganjur Atas Angin bakal menunaikan hajat semua dengan membawakan satu festival muzik dalam talian.

Festival Indie Dari Rumah merupakan usaha untuk menyemarakkan budaya gig di dalam norma baharu. Ia bertujuan untuk mengumpul para pemain muzik dalam satu konsert agar mereka dapat mempersembahkan genre lagu masing-masing.

“Saya sedar bahawa pandemik ini telah mewujudkan jarak ketara antara pemuzik dan peminat mereka malahan semakin ramai kumpulan mengambil keputusan untuk bubar. 

“Selepas membaca satu artikel mengenai konsert di Amerika Syarikat, saya perasan ramai pemuzik mengeluh di Twitter dan berkata 'seronoknya mereka di sana, kita di sini masih macam ini lagi’.

“Jadi, saya rasa terpanggil untuk memberi satu platfom yang dapat menghebahkan perkembangan terbaharu mereka dalam cara yang sesuai dengan masa sekarang. 

“Saya berasa ini adalah tanggungjawab saya untuk membantu para pemuzik dalam mempromosikan seni mereka yang sekian lama diabaikan.

“Inilah usaha kecil saya dan harapan saya agar lapangan muzik indie di rantau Asia Tenggara kekal bertahan di kala pandemik ini,” kata Arif Imran (Bam), wakil Atas Angin.

Apa yang menarik, festival berbentuk dokumentari ini bakal berlangsung selama dua minggu dengan penampilan lebih 30 pemuzik dari sekitar rantau Asia Tenggara buat julung kalinya di YouTube mereka (Atas Angin)

“Saya rasa festival ini lebih elok dijadikan sebagai dokumentari berbandingkan konsert langsung yang hanya disiarkan satu hari dan kemudiannya akan hilang.

“Lebih-lebih lagi, niat saya adalah untuk para pemuzik dapat menggunakan peluang ini untuk membina profil dan menjadikannya sebagai rujukan buat penyertaan festival lain.

“Sebenarnya ramai yang bertanya untuk menyertai festival ini. Saya sendiri tak menang tangan membalas e-mel mereka kerana mendapat sambutan yang luar biasa.

“Oleh kerana saya mengerjakan festival ini seorang diri, saya terpaksa menghadkan bilangan kumpulan agar dapat mengekalkan kualiti festival ini. 

“Saya tak naklah buat secara ala kadar kerana ingin mengetengahkan kreativiti mereka dengan sempurna dan sepenuhnya. YouTube Atas Angin bakal menampilkan dua hingga tiga band setiap hari sepanjang minggu festival ini berlangsung,” jelas Bam.

Dengan penyertaan daripada pemain muzik di rantau Asia Tenggara termasuk Singapura dan Indonesia, acara ini juga diharapkan dapat menyokong dan memberikan semangat kepada mereka untuk terus berkarya dalam menempuhi cabaran masa ini. 

"Kemeriahan yang akan dibawakan merupakan antara usaha daripada Atas Angin untuk memastikan momentum industri muzik tidak hilang. Dengan sokongan dan bantuan penggiat dan peminat muzik indie sendiri, saya yakin nilai teras dalam industri ini dapat diperjuangkan,” tambah lagi Bam.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh melayari media sosial Atas Angin di Instagram dan Twitter untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai festival ini. - Getaran, 2 Julai 2021

Semua gambar: Atas Angin


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN