Berita Terkini

13 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 13 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 13 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 13 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 13 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


'Tonight' Kisah Keberanian Melafaz Cinta Oleh Resort, MFMF. dan Talitha

Sejarah single ‘Tonight’ memberi semangat kepada sesiapa yang ingin meluahkan perasaan cinta yang membungkam di dada.

Indie Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehadiran kumpulan Resort ini telah memberi kelainan dalam scene indie pop tempatan. Resort hadir sebagai kumpulan yang menawarkan lagu rancak penuh dengan citarasa dan semestinya satu ‘breath of fresh air’ yang dinanti-nantikan. 

Meskipun dianggotai oleh tiga orang sahaja, namun Resort telah membuktikan bahawa mereka berani bereksperimen dan mampu membawa muzik persis seperti kumpulan antarabangsa.

Resort telah menyuntik keunikan tersendiri dalam setiap lagu mereka, sentiasa menghidangkan para peminat dengan muzik yang pasti meningkatkan mood dalam sekelip mata serta membuat anda berjoget. 

Untuk pengetahuan semua, walaupun kumpulan ini baru sahaja bertapak di scene muzik dua tahun lalu, namun mereka sudah pun meraih 40 ribu lebih pendengar bulanan di Spotify. Apa yang menakjubkan lagi, single mereka yang berjudul ‘The Idea of Her’ juga telah mencapai 700 ribu lebih strim di laman penstriman tersebut.

“Walaupun masih baharu dalam arena muzik tempatan, ia tidak menghalang kami untuk mencapai bintang. Penampilan secara konsisten dalam dunia pembikinan muzik telah membantu kami meningkatkan lagi pengetahuan dan menambahbaik diri menjadi pemuzik yang lebih berkaliber,” kata Victor Yee, pemain gitar dan keyboard Resort.

Setelah kejayaan album sulung mereka Resort Vol.1, kumpulan ini kini tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Tonight’ yang merupakan satu inisiatif kolaborasi muzik antara mereka, penerbit muzik terkenal, MFMF. dan penyanyi, Talitha

Sama seperti lagu-lagu mereka sebelum ini yang menceritakan tentang pengalaman dan isu moden yang dekat di hati, single ‘Tonight’ berkongsi situasi yang mungkin ramai telah lalui atau sedang berhadapan.

“Semakin hari, dunia ini semakin berubah. Sama seperti perspektif kita tentang kehidupan. Lagu-lagu kami membincangkan tentang masalah hubungan dan pengalaman peribadi seperti percintaan, putus cinta dan sebagainya yang mungkin menjadi jaring keselamatan bagi sesiapa yang berasa ia relevan dengan situasi mereka.

“Lagu ini menceritakan dua kawan baik yang suka satu sama lain tetapi terlalu takut untuk meluahkan perasaan kerana tidak mahu kehilangan persahabatan tersebut. Satu persoalan yang sering timbul jika kita berhadapan dengan situasi ini, “Adakah hubungan kita akan jadi renggang jika cinta tak berbalas?”

“Ironinya, sejarah lagu ini sangat dekat dengan saya kerana saya sendiri pernah menghadapinya.

“Beberapa tahun lalu, saya telah jatuh cinta dengan kawan baik saya yang saya kenal sejak umur 13 tahun lagi. Saya tidak mahu menjejaskan persahabatan tersebut tetapi berfikir tidak ada apa yang dirugikan jika saya membuat ‘pengakuan’.

“Saya benar-benar ingin meluahkan isi hati yang sudah lama tersimpan. Jadi, saya beranikan diri dan memberitahunya. Percaya atau tidak, kami bakal berkahwin tidak lama lagi,” kata Sek Hao Ho, vokalis utama kumpulan ini.

Serupa seperti filem berjudul Love, Rosie, lagu ini menggambarkan gabungan emosi dan perasaan terbuku dalam hati Rosie dan Alex yang sesudahnya tidak dapat diungkapkan menjadi kata-kata.

“Sejujurnya, kita tak tahu apa yang akan terjadi jika kita tak cuba. Jangan sekali-kali menganggap seseorang itu tiada nilai jika dia melengkapkan hidup kita.

“Sahabat baik adalah seseorang yang kita amat hargai dah mahukan dalam hidup kita buat selamanya. Jadi, ambilah peluang yang ada kerana percayalah, kisah cinta hebat bermula daripada persahabatan yang kemudiannya berkembang menjadi cinta yang luar biasa,” tambah Sek Hao.

“Perasaan vulnerable adalah satu anugerah terbesar yang percuma. Kami dapat memahami emosi dan mengakui perasaan kita yang sebenar. Hidup ini sangat mudah, kami hanya perlu membuat pilihan tanpa mempedulikan hasilnya,” jelas Kyle Emmanuel, pemain drum Resort. 

Seperti yang disebutkan di atas, kumpulan ini pernah menghasilkan lagu ‘The Idea of Her’ dan berdasarkan teori peribadi saya ia mungkin sekuel kepada lagu ini.

Ketika ditanya adakah para pendengar bakal mendapat penutup cerita ‘Tonight’, Sek Hao berkata “Ia terpulang kepada interpretasi pendengar kerana ia tidak ada kesimpulan yang tertentu.

“Memandangkan saya bakal memasuki dunia perkahwinan, mungkin ada lanjutan penceritaan buat lagu ini nanti,” gelak Sek Hao.

Sudah pasti kumpulan ini sudah saya tanda dalam senarai band yang saya kagumi. Single terbaharu mereka, ‘Tonight’  boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple music. Anda juga boleh menjenguk media sosial mereka di Instagram untuk mendapatkan berita terkini. – Getaran, 11 Jun 2021

Semua gambar: Resort


 


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 32 minit yang lalu

JNJ Group Perluaskan Perniagaan Ke Indonesia

2

Semasa 2 hari yang lalu

Presiden Singapura Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

3

Selebriti 3 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

4

Muzik 6 hari yang lalu

Permohonan DKD Industri Muzik Dibuka 23 Mac

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Fail Permohonan Hadanah Terhadap 2 Anak

Selebriti 23 jam yang lalu

Saya Orang Terakhir Yang Mahu Gugurkan Aaron Aziz - Syamsul Yusof

Menurut Syamsul, keputusan untuk menggugurkan nama Aaron Aziz daripada filem ‘The Original Gangster’ adalah di atas perbincangan dengan semua pihak termasuklah...

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Jay Jay Dan Ernie Zakri Jadi Pilihan Siti Nurhaliza Untuk Konsert Satu Suara Vol.3 

Jay Jay dan Ernie Zakri masing-masing teruja apabila dipilih sendiri oleh penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza bagi menjayakan konsert amal Satu Suara Vo...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Apa Motif Tuntutan Nusyuz Ini Dibuat, Kenapa Baru Sekarang? - Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof

oleh Wartawan Hiburan Getaran