web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Monsoon'21: Tayangan 10 Filem Pendek Untuk Hujung Minggu Anda

Anak-anak muda industri kreatif bergabung menghasilkan 10 filem pendek sepanjang pandemik.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 2:22PM

Semua gambar: Ihsan Monsoon'21

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda peminat filem indie, mungkin anda akan berminat menyaksikan Monsoon’21. Ia merupakan projek yang dilancarkan oleh Foreground Pictures, sebuah produksi oleh anak muda industri kreatif, Mary Grace Liew dan Syukri A. Rahim.

Projek Monsoon’21 merupakan koleksi filem yang diarahkan dan dihasilkan oleh sekumpulan pengarah muda tempatan yang ingin berkongsi cerita mereka. Monsoon’21 bakal menayangkan sepuluh buah filem pendek yang mempunyai genre yang berbeza dengan syarat-syarat tertentu iaitu kesemua filem dikehendaki mematuhi durasi filem empat minit ke bawah.

Menurut, Penerbit Foreground Pictures, Mary Grace, "Idea ini bermula semasa perbincangan kami secara online baru-baru ini. Pada ketika itu, punca pendapatan kami terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi kami mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk menghasilkan filem.

“Kami sangat memerlukan sesuatu untuk meneruskan minat kami terhadap bidang kreatif. Idea-idea ini kemudian berkembang dan terhasilah projek Monsoon’ 21 yang bertujuan untuk menyatukan semua orang. Ringkasnya, Monsoon’ 21 adalah projek yang dicari-cari oleh pembuat filem.”

Manakala menurut Pengarah Kreatif Foreground Pictures, Syukri A. Rahim, “Kami sangat kecewa kerana kami tidak dapat melakukan apa-apa ketika PKP. Apabila kami dibenarkan untuk shooting, kami terus mengambil kesempatan itu untuk melakukannya.

“Semua peserta dapat menyelesaikan produksi mereka dalam tempoh dua bulan. Tempoh ini sangat cepat memandangkan kami mempunyai 10 filem pendek.”

Produksi filem pendek dalam Monsoon’21 dibiayai sepenuhnya oleh peserta sendiri atas dasar minat dan cinta mereka terhadap dunia pembikinan filem.

“Walaupun kami tidak mempunyai dana, kami berjaya menghasilkan kesemua filem mengikut bajet. Malah, semua orang memikul peranan mereka untuk saling membantu satu sama lain walaupun daripada produksi yang berbeza,” jelas Mary Grace lagi.

Bukan itu sahaja, projek ini secara tidak langsung menjadi galakan kepada pengkarya tanah air untuk meneruskan penghasilan filem mereka.

“Saya mahu membuat sesuatu tetapi kadangkala saya berasa malas kerana tidak ada garis panduan dan garis masa untuk mendorong saya menyiapkan sebuah filem. Oleh itu, jika ada tujuan dan desakan ia akan membawa semangat buat saya menyelesaikannya. Apabila saya diberitahu mengenai projek ini, saya tidak melepaskan peluang,” kata Adam Zainal, pengarah dan peserta Monsoon’21.

Manakala bagi Chan Teik Quan, pengarah dan peserta Monsoon’21 pula, “Kebanyakan filem saya menceritakan kisah perjalanan hidup dan juga pengalaman bersama keluarga serta rakan-rakan.

“Saya ingin merakamkan zaman muda saya supaya saya dapat mengimbas kembali pada masa yang akan datang. Projek ini memberi saya kesempatan untuk meneruskan karya saya.”

Jika anda berminat untuk menonton tayangan perdana secara atas talian ini, kami sarankan anda untuk menjenguk laman sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat lebih lanjut. 

Berikut kami sertakan butiran tayangan untuk makluman anda:

Tarikh : Sabtu, 17 April 2021

Masa: 9pm – 10.30 malam

Platform: Facebook, Foreground Pictures 

Tarikh: Ahad, 18 April 2021

Masa: 9pm – 10.30 malam

Platform: YouTube Channel, Foreground Pictures 

Susunan Tayangan Filem:

1. That Thing Out There oleh Kavivarmen Vigneswaran

2. Ce Lake oleh Binti & Mutt

3. 谋杀案  Murder Case oleh Syukri A Rahim

4. Muse oleh Amir Shahlan

5. Ngompat oleh Adam Zainal

6. Tunnel Vision oleh Hiro Cheng

7. Every Word oleh Ashley Tong

8. 23:11 oleh Mary Grace Liew

9. Why Is It Trying To Kill Me? oleh Eunice Alexander

10. Monsoon oleh Chan Teik Quan

- Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...