web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Koleksi Kapsul ‘Projek Mangga’ Gandingan 0108 Slatan Dan Dataran Online

Koleksi kapsul 'Projek Mangga' tampil dengan tiga rekaan grafik berbeza dan diinspirasikan daripada filem animasi serta permainan komputer yang pernah popular pada pertengahan tahun 2000-an.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 2:53PM

Gambar: Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena membuka lembaran baharu, Dataran Online telah bekerjasama dengan 0108 Slatan untuk menghasilkan sebuah koleksi pakaian yang santai dan selesa. 

Untuk pengetahuan pembaca, Dataran Online merupakan sebuah platform e-dagang tempatan yang memasarkan hasil kerja dan barangan penggiat seni dan kreatif tempatan. 

“Pada asalnya kami ada niat untuk mempromosikan koleksi pakaian kami di platform yang lain tapi setelah beberapa perbincangan, kami rasa Dataran Online adalah pilihan yang terbaik.

“Platform ini dibina khusus untuk memperjuangkan seni dan memupuk semangat dalam kalangan penggiat seni tempatan. Justeru itu, kami berasa ia selari dengan objektif kami sebagai sebuah jenama,” kata Afiq Ali, pengasas jenama 0108 Slatan.

Bertemakan ikon budaya pop, Koleksi Kapsul 'Projek Mangga' tampil dengan tiga rekaan grafik berbeza dan diinspirasikan daripada filem animasi serta permainan komputer yang pernah popular pada pertengahan tahun 2000-an. 

“Pandemik ini telah banyak memberi kesan negatif pada landskap dunia malah memuramkan kehidupan kita. Oleh itu, kami ingin menyuntik aura ceria dan positif yang mampu membuat para peminat gembira dan ketawa. 

“Rekaan-rekaan grafik ini juga diilhamkan daripada kartun era awal tahun 2000-an. Kami ingin membawa para peminat mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak yang manis dan ‘carefree’. 

“Oleh sebab kami mementingkan jenis bahan, keselesaan kemeja-T diutamakan dan direka khas untuk kegunaan harian,” tambahnya lagi.

Meskipun sudah mengeluarkan beberapa koleksi sebelum ini, Afiq berkata perbezaan paling ketara adalah proses, tema dan konsep yang dipertaruhkan.

“Menariknya, koleksi ini telah melibatkan sumbangan idea daripada tiga peminat kami yang dikongsikan melalui Instagram. 

“Dari situ kami mengkonsepsikan idea tersebut dan brainstorm untuk memuktamadkan tiga visual yang menggabungkan idea-idea peminat kami. Kami ingin membawakan satu koleksi yang mempunyai grafik yang unik, menarik dan lain daripada yang lain. 

“Alhamdulillah, proses menghasilkan projek ini juga amatlah mudah berbanding koleksi-koleksi sebelum ini. Oleh sebab pereka kami bertempat di Johor Bahru, kami terpaksa berkomunikasi lewat email dan panggilan video sahaja. 

“Namun begitu, kami percaya dengan berkat usaha semua pihak yang sentiasa fokus dan ingin melakukan yang terbaik, kami dapat menjayakan koleksi ini dalam masa yang singkat tanpa berdepan dengan apa-apa masalah rumit,” jelasnya.

Menaruh penghargaan terhadap kolaborasi ini, Amirul Asrar (Nobi), seorang artis dalam kolektif 0108 Slatan, berkata, “Kolaborasi bersama Dataran Online membuktikan bahawa usaha antara kedua-dua pihak amatlah dihargai dan dinanti-nantikan oleh semua termasuklah peminat kami.”

Katanya, meskipun merasakan lebih ramai lagi penggiat seni kreatif tanah air yang lebih layak mendapat peluang ini, 0108 Slatan sangat bertuah kerana sering diajak untuk berkerjasama.

“Kami berharap agar hubungan antara Dataran Online dan 0108 Slatan menjadi lebih akrab selepas ini. Selain itu, kami juga berharap agar dapat melakukan lebih banyak kolaborasi seperti ini dengan para penggiat seni tanah air yang lain pada masa yang akan datang,” katanya mengakhiri temu ramah. 

Bagi mempermudahkan urusan pembelian, Dataran Online telah memperbaiki laman web mereka dan turut menawarkan sistem pembayaran ansuran bulanan.

Jika anda berminat, Koleksi Kapsul 'Projek Mangga' boleh didapati dengan harga bermula dari RM69 melalui laman web rasmi Dataran Online. - Getaran, 9 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Saya Teringin Kolaborasi Bersama Nuha, Naufal - Rizky Febian

2

TARA 3 tahun yang lalu

Fazley Angkat Hidangan Popular Malaysia Bersama Starbucks Malaysia

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Mia Lateefa Dan Ismail Izzani Bergabung Dalam 'Kau Tahu', Cipta Dunia Khayalan Mereka Sendiri

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN