web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Teringin Kolaborasi Bersama Nuha, Naufal - Rizky Febian

Selepas sibuk menghasilkan single dan konsert, Iky mahu melunaskan album keduanya yang sudah tiga tahun tertangguh akibat pandemik.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 7:09PM

Rizky Febian - Gambar Instagram rizkyfbian

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Indonesia Rizky Febian yang baru sahaja mengadakan konsert dengan jayanya minggu lalu sebenarnya menyimpan hasrat untuk berkolaborasi bersama pasangan Nuha dan Naufal setelah lagu mereka bertajuk Casablanca meledak di negara republik itu.

Berbual mengenai karyanya yang diterima baik di Malaysia terutamanya untuk lagu 'Hingga Tua Bersama', penyanyi yang mesra disapa sebagai Iky itu mendedahkan sangat berhati-hati mengkaji muzik yang dianggap sesuai dengan selera peminat. 

Nuha dan Naufal tular dengan lagu Casablanca. - Gambar fail
Nuha dan Naufal tular dengan lagu Casablanca. - Gambar fail

“Jika ditanya siapakah penyanyi Malaysia yang saya ingin ajak kolaborasi, saya sebenarnya teringin melakukannya bersama  penyanyi Casablanca, Nuha dan Naufal. 

“Saya melihat mereka cocok dengan muzik saya. Kolaborasi penting untuk membuatkan muzik kita tetap berkembang dan maju. Semoga tahun depan saya ada kesempatan,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di ibu negara baru-baru ini.

Selepas sibuk menghasilkan single dan konsert, Iky mahu melunaskan album keduanya yang sudah tiga tahun tertangguh akibat pandemik. 

Rizky Febian ketika menjayakan konsert di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar fail
Rizky Febian ketika menjayakan konsert di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar fail

“Semasa pandemik, banyak pemuzik merasakan ia bukan masa yang sesuai untuk melancarkan lagu baru. Sepanjang tempoh itu pun saya banyak menghasilkan single dan lagu baru sehingga saya terlupa yang saya sebenarnya mempunyai album yang perlu saya selesaikan. 

“Jadi sekarang, saya ingin fokus melunaskan album saya yang sudah tertangguh sejak tiga tahun lalu,” katanya yang mengagumi muzik Glenn Fredly.

Terkini, Nuha dan Naufal dikhabarkan bakal terbang ke Jakarta untuk berduet bersama-sama penyanyi Nissa Sabyan. Bukan itu sahaja, mereka juga bakal bertemu dengan komposer Melly Goeslaw untuk mengintai peluang berkolaborasi.  - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Naufal Dengar Suara Panggil Nama, Minum Air Parit Untuk Hidup - Bapa

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 – Juri Singkirkan Isaac Voo Kerana Ingin Menjaga Maruah, Beri Imuniti X kepada Naufal Azrin

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sambutan Raya Di Ibu Kota Hambar’ – Naufal

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Raih 23 Juta Tontonan YouTube, 'Casablanca' Dicipta Buat Pasangan Yang Suka Buat Kandungan TikTok – Nuha Bahrin

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN