web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Raya Di Ibu Kota Hambar’ – Naufal

Menurut Naufal, kemeriahan tersebut turut semakin kurang dirasa selepas kedua datuk dan neneknya meninggal dunia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 7:20PM

Naufal Azrin mengakui lebaran di ibu kota sedikit hambar, namun semakin membiasakan diri dengan situasi itu. - Gambar Instagram Naufal Azrin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun meraikan Hari Raya Aidilfitri di ibu kota sedikit hambar dan tidak semeriah suasana di kampung namun penyanyi Naufal Azrin akui semakin biasa dengan situasi berkenaan.

“Sejujurnya, beraya di ibu kota ini memang hambar. Kawasan kejiranan saya memang akan menjadi sunyi sebab ramai pulang ke kampung,” katanya kepada Getaran

Bagaimanapun, penyanyi itu mengakui dia seronok beraya di ibu kota kerana tidak perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas ketika pulang ke halaman kampung.

Lebaran tidak semeriah dulu setelah kedua datuk dan neneknya meninggal dunia. - Gambar Instagram Naufal Azrin
Lebaran tidak semeriah dulu setelah kedua datuk dan neneknya meninggal dunia. - Gambar Instagram Naufal Azrin

“Walaupun saya hanya beraya di KL, tetapi ada kelebihannya juga. Tidak berlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas berjam-jam pulang ke kampung,” ujarnya.

Pun begitu, Naufal atau nama penuh Ahmad Naufal Azrin, 24, memberitahu kemeriahan raya semakin kurang dirasai selepas kematian datuk dan neneknya.

“Semenjak ketiadaan mereka, saya tidak lagi merasai kemeriahan itu. Lazimnya hari raya kami akan berkumpul bersama saudara- mara dan makan juadah raya,” katanya.

Naufal juga memberitahu dia pernah berkunjung ke rumah rakan-rakannya yang menetap di luar bandar dan merasai pengalaman menyambut hari raya di sana.

Berkongsi berkenaan sambutan raya tahun ini Naufal berkata, dia sudah merancang untuk berkongsi rezeki dengan memberi duit raya kepada lebih ramai orang.

Penyanyi ini berniat untuk berkongsi rezeki pada lebaran kali ini. - Gambar Instagram Naufal Azrin
Penyanyi ini berniat untuk berkongsi rezeki pada lebaran kali ini. - Gambar Instagram Naufal Azrin

Kata Naufal, dia menyediakan peruntukan yang besar untuk duit raya ekoran kerjaya seninya semakin baik dan stabil.

“Bagi tahun ini, saya memang merancang untuk menyediakan peruntukan besar untuk duit raya. Saya ingin kongsi rezeki saya. Sekarang job saya sudah semakin bagus dan stabil.  

“Memang niat saya itu dah lama ada dah, cuma baharu sekarang saya dapat peluang untuk melaksanakannya. Alhamdulillah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Naufal bakal bersaing sebagai salah seorang peserta program ’Big Stage’ musim kelima (BS5) mulai 7 Mei nanti.

Menurut Naufal, dia menganggap BS5 ini sebagai satu cabaran besar memandangkan dia tidak pernah menyertai pertandingan berkenaan.

Naufal merasa tidak salah untuk cuba menyertai pertandingan besar seperti Big Stage. - Gambar Instaram Naufal Azrin
Naufal merasa tidak salah untuk cuba menyertai pertandingan besar seperti Big Stage. - Gambar Instaram Naufal Azrin

“Sebenarnya, ini kali pertama saya masuk pertandingan yang besar seperti ini. Sebelum ini tidak pernah mencuba, jadi rasanya tidak salah untuk mencuba.

“Lagipun saya ingin mencabar kemampuan diri saya sendiri. Jika tidak bersaing, bagaimana saya nak tahu kemampuan diri saya sendiri,” ujarnya. 

Selain Naufal, peserta lain adalah Isaac Voo, Meer Nash, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Firdaus Rahmat, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan COEX. – Getaran 24 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Naufal Dengar Suara Panggil Nama, Minum Air Parit Untuk Hidup - Bapa

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN