web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mia Lateefa Dan Ismail Izzani Bergabung Dalam 'Kau Tahu', Cipta Dunia Khayalan Mereka Sendiri

Mia juga memberitahu dia memilih untuk berkolaborasi dengan Ismail Izzani kerana mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 2:14PM

Mia Lateefa dan Ismail Izzani - Gambar ihsan Warner Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Impian penyanyi Mia Lateefa untuk berkolaborasi dengan artis lain, akhirnya menjadi kenyataan menerusi kemunculan single baharu berjudul, ‘Kau Tahu’ yang menggandingkannya dengan penyanyi Ismail Izzani. 

“Sudah lama saya menunggu peluang sebegini kerana dapat meluaskan portfolio saya sebagai seorang penyanyi serta mencuba sesuatu yang baharu.

“Mael (panggilan untuk Ismail) jadi pilihan saya pilihan saya kerana kami sudah lama mengenali satu sama lain dan sama- sama membesar dan berevolusi dengan muzik. 

“Bagi saya, Mael adalah di antara penyanyi muda terbaik dan berbakat tanah air. Sebab itu saya memilih dia,” katanya penyanyi kacukan Melayu- New Zealand ini yang pernah menghasilkan single berkembarnya, ‘Anima’ serta ‘Anima Bella’.

Ismail menjadi pilihan Mia pilihan kerana mereka sudah lama mengenali satu sama lain dan sama- sama membesar dan berevolusi dengan muzik
Ismail menjadi pilihan Mia pilihan kerana mereka sudah lama mengenali satu sama lain dan sama- sama membesar dan berevolusi dengan muzik

Menurut Ismail pula, dia langsung tidak berfikir panjang sewaktu Mia menghubunginya dan mengajaknya untuk berkolaborasi dalam sebuah single. 

“Waktu dia call dan menyatakan hasratnya itu, saya terus bersetuju kerana ini adalah idea bernas dan tidak rumit untuk bekerjasama dengannya.

“Saya mula mengenali Mia sejak tahun 2015 lagi dan sudah pun menganggapnya seperti adik sendiri. Ketika di usia muda lagi, dia mempunyai bakat yang semula jadi. 

“Apa yang boleh saya katakan di sini, Mia seorang yang rajin berusaha dan akan memperuntukan masa untuk mempelajari sesuatu. 

“Contohnya, seperti tarian. Kalau boleh saya simpulkan di sini, fun dan kelakar, itulah Mia!” katanya kepada Getaran. 

Single ‘Kau Tahu’ terbitan Deep Entertainment adalah ciptaan mereka berdua bersama komposer lain seperti Mingaling, Ezra Kairo dan Amir Hasan, manakala terbitan oleh Deep Faith Entertainment.

Namun, kisah yang terdapat di dalam liriknya diadaptasi daripada pengalaman Mia sendiri.

“Saya jenis orangnya kalau sayangkan seseorang akan curahkan segala perasaan dan cuba berusaha yang terbaik demi individu tersebut.

“Lagu ini menceritakan tentang curahan kasih sayang terhadap kekasih namun ianya tidak dihargai atau hanya dibalas sekadar sahaja.

Bahkan, Mia turut menyuntik ideanya sendiri untuk memaparkan visual mengasyikan ibarat dalam sebuah dunia khayalan ciptaannya dalam muzik videonya. 

Ismail langsung tidak berfikir panjang sewaktu Mia menghubunginya dan mengajaknya untuk berkolaborasi dalam sebuah single
Ismail langsung tidak berfikir panjang sewaktu Mia menghubunginya dan mengajaknya untuk berkolaborasi dalam sebuah single

 “Saya mahu penonton terpesona dengan ‘rasa’  muzik video ‘ Kau Tahu’ melalui tarian yang saya bawakan dengan Mael. Kami seakan berada dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan apa kata orang luar,” katanya. 

Bidang tarian sememangnya sudah sebati dengan diri Mia dan kecintannya pada bidang itu tidak punya sempadan, namun melalui nyanyian dia menemukan semangat baharu. 

“Muzik adalah medium terbaik buat saya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, saya dapat ceritakan apa yang terpendam dan mempelajari banyak perkara baharu dalam kehidupan mereka yang telah membantu mencorakkan perjalanan seni saya,” katanya. 

Lagu ‘Kau Tahu’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi dan didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala, muzik video ‘Kau Tahu’pula boleh di tonton di saluran YouTube Mia Lateefa Keyte. - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ismail Izzani Kemalangan Motosikal

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

3

TARA 3 tahun yang lalu

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Mr Bean Versi Malaysia Ke? - Tarian Azhar Sulaiman Yang Bersuit Di Jalan TAR Bikin Netizen Terhibur

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN