Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

Cuba untuk bangkit daripada kesilapan lalu, Ismail Izzani percaya dia mampu bangkit untuk berjuang semula di dalam bidang nyanyian dan dia juga akui muzik menjadi satu-satu teman motivasi baginya untuk berdiri hingga ke hari ini.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 8:00AM

Bakat Ismail Izzani dikesan selepas menang dalam sebuah pertandingan nyanyian di YouTube. - Gambar oleh Azim Rahaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak lebih sedekad lalu, formula program realiti seluruh dunia telah berjaya melahirkan ramai penghibur popular. Malah di awal era rancangan realiti, bintang-bintang yang muncul dari rancangan sedemikian sering digelar ‘bintang segera’ kerana kepantasan mereka mencipta nama dan meraih populariti sebaik sahaja keluar program tersebut.

Apatah lagi di zaman media sosial sekarang, langkah untuk bergelar artis popular jauh lebih mudah dari dahulu. Dari acuan dunia hiburan serba moden ini jugalah lahirnya adalah Ismail Izzani Zainal Nazeri yang lebih popular dikenali sebagai Ismail Izzani.

Kemilau bintangnya bersinar mekar sejak bakatnya dikesan selepas kemenangannya dalam sebuah pertandingan nyanyian di YouTube. Kemudian, bakat muda ini  semakin dikenali ramai dengan lagu ala-ala pop iaitu ‘Luar Biasa’ bersama Alif Sleeq.

Namanya meniti di bibir ramai peminat. Laman media sosialnya dibanjiri jutaan pengikut dan semangatnya untuk terus bertahan wajar dipuji biarpun kadang menerima kritikan hebat dan pernah menjadi tumpuan ribuan lensa dengan kontroversi-kontroversi hangat.

Sungguhpun pertama kali mencuri perhatian penonton di menerusi platform Youtube, Ismail yang mesra menggelar dirinya sebagai Mael sebenarnya memang sudah lama meminati dunia nyanyian.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

Karier Nyanyi

Bermula bicara dengan perjalanan seninya yang berpangkal sejak berusia 16 tahun dan masih kekal sehingga kini membuatkan penyanyi muda ini tersenyum sendiri.

Di dadanya tiada rasa kecewa bahkan lega. Manakan tidak, pada umur sedemikian, masa mudanya sepatutnya dihabiskan untuk menelaah pelajaran demi mengejar cita-cita dalam hidup.

Namun, pujian harus diberikan kepada Ismail kerana bijak membahagikan waktu sebagai seorang penyanyi dan pelajar pada ketika itu.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

Pejam celik, sudah memasuki tahun kelima anak muda itu berada dalam industri seni menghiburkan peminat yang daripada pelbagai usia, khususnya remaja.

“Saya memang tidak suka menyanyi sejak kecil sebenarnya. Ramai tidak tahu perkara itu, namun semasa saya di bangku sekolah menengah, saya terpaksa menyertai kumpulan nasyid sebagai aktiviti kokurikulum. Selepas sertai kumpulan nasyid dan membuat persembahan, saya mula sedar bahawa, saya boleh menyanyi.

“Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus terhadap bakat nyanyian saya, tambahan pula ibu saya memang seorang penyanyi veteran, jadi ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi,” ucapnya membuka bicara.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

Sungguhpun begitu, dirinya tidak pernah merancang untuk menjadi penghibur. Malah, pelantun lagu popular ‘Kamu’ ini mengakui muzik saluran utamanya untuk mengekspresikan perasaan selepas ditimpa pelbagai pengalaman pahit sebelum ini.

Bahkan, sejak mula serius menjadi penyanyi rakaman pada 2017 dengan mengeluarkan single pertama berjudul ‘Sabar’ hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zayn, namanya semakin meniti di bibir pendengar dan berjaya mencatatkan rekod yang cukup baik dan cemerlang dalam kerjaya seni nyanyiannya.

Dalam tempoh lima tahun, dia telah menghasilkan lebih 13 single, tiga album studio iaitu ‘Contact’, ‘Kamu’ dan ‘Ape Ko Nak’ serta berlakon dalam beberapa telefilem dan drama siri ketika dirinya masih bergelar remaja.

Satu kejayaan yang boleh disifatkan luar biasa juga untuk seorang penyanyi muda dan baharu sepertinya.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

Kontroversi Terhangat

Walaupun agak kurang selesa, namun penulis tetap beranikan diri untuk menyoal Ismail berkenaan kontroversi yang terhangatnya yang melibatkan sebuah ‘video panas’ dan penyanyi kelahiran ibu kota ini mengakui bahawa dia hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Ketika kejadian itu berlaku pada tahun lepas, saya mengakui memang salah saya dan saya tidak ingin menyalahi mana-mana pihak. Jadi selepas kontroversi yang membangkitkan bad boy image itu terjadi, saya hanya berdiam buat seketika. Saya biarkan keadaan reda dulu,” jelasnya.

Jelas Mael lagi, keputusan untuk ‘mengunci mulut’ memang sengaja dibuat untuk meredakan keadaan yang sedang hangat.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

“Dipendekkan cerita, waktu tersebut semua tengah tegang dan bagi saya semua pihak mahukan jawapan.

“Kalau saya berikan penjelasan ketika itu, rasa buang masa kerana orang akan tetap menghakimi apa saya lakukan. Saya cuba untuk mempertahankan diri dan mengakui salah saya pada ketika itu.

“Namun, secara perlahan-lahan, saya mula sedar bahawa kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Dan apa yang kita perlu adalah dengan memperbaiki diri daripada kesilapan yang dilakukan supaya ia dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang lebih baik dan hebat.

“Jadi, saya mula menerima kekhilafan saya dan saya move on,” ujar penyanyi yang kini berusia 23 tahun.

Berkongsi lebih lanjut, Mael berkata, penerimaan keluarganya ke atas kontroversi berkenaan membuka matanya, dan membuatkannya bangkit daripada kesilapan lampau.

“Sebenarnya, selepas kontroversi video saya bercium itu menjadi tular, ibu dan keluarga saya memang berasa sedih pada mulanya.

“Namun, dua kakak dan ibu saya tidak membuang saya. Malah mereka duduk dan berbincang berkenaan perkara tersebut. Selepas kejadian itu ibu saya mula guide me well. Kadang kala kita belajar perkara yang paling mustahak dalam hidup kita menerusi kesilapan besar yang kita lakukan.

“Jadi, saya amat menyesal atas perbuatan saya, namun tidak merungut tetapi bersyukur atas apa yang telah berlaku kerana jika tidak saya tidak akan menjadi seperti sekarang.

“Saya jadi lebih peka terhadap diri dan keluarga tersayang saya. Malah, saya mula menjadi true to myself. Done with zaman-zaman hipokrit saya lalui sebelum ini,” ujar Mael.

Bagaimanapun, Mael akur dengan kesilapan dilakukannya dan mahu kembali bekerja keras serta cuba menjadi yang terbaik.

“Sayang juga kerana saya telah melengahkan karier yang saya bina dengan kesilapan tersebut... Jadi sekarang, apa yang saya buat adalah cuba untuk bangkit semula dengan lebih kuat.

“Saya tidak akan pernah berhenti mempercayai diri sendiri dan akan cuba yang terbaik. Dengan sokongan ibu saya, saya cuba sedaya upaya untuk stay positif.

“Saya percaya bahawa, saya boleh bangkit balik semula, ibu saya percayai saya lebih daripada saya. Ketika itu, muzik menjadi satu-satu teman motivasi bagi saya untuk berdiri hingga ke hari ini,” ujar penyanyi muda itu.

Lakonan Sekadar Rezeki Sampingan

Biarpun sudah mula berlakon dalam beberapa drama bersiri tempatan iaitu ‘Lelaki Kelas Sebelah’ (2019), ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ (2020) dan ‘Keluarga Epik’ (2021), Mael mengakui dia tidak pernah terfikir untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya seni utamanya.

“Antara sebab mengapa saya terima tawaran berlakon ini kerana saya mahu mencuba. Lagipun sudah ada peluang dan rezeki, mengapa tidak.

“Sekurang-kurangnya dengan berlakon, saya dapat mempelajari lebih mendalam tentang penghayatan diri dan emosi dalaman.

“Tidak salah kalau kita mencuba dulu,” sambil mengakui bahawa tidak kisah dikecam atau dituduh lakonannya kayu atau kaku.

Jelas anak bongsu dalam keluarganya itu, percubaan untuk beroleh pengalaman baharu yang menerusi bidang lakonan demi melebarkan bakat seni boleh dianggap berjaya.

“Kali pertama berlakon, saya tak sangka diberi peluang memegang watak utama. Agak susah dan kekok sebenarnya untuk saya mencuba bidang lakonan, namun saya mencabar diri.

“Saya kira percubaan itu berhasil. Ini kerana ramai orang suka cara saya membawa watak Anas dalam telefilem itu ‘Lelaki Kelas Sebelah’,” ujarnya.

Menurut Mael, yang juga anak kepada penyanyi popular era 1980-an iaitu Datin Suliza Salam ini penerimaan baik orang ramai berkenaan telefilem ini membuatkan dirinya menjadi berani melangkah terus dalam bidang lakonan.

Malah, bakat dan usaha anak muda ini turut mula dilihat serius apabila penerbit terkenal Datuk A Aida turut berasa kagum dengan kecekapan Mael dalam menjayakan projek drama bersiri terbitannya, ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’ yang bakal ditayang hujung bulan Ramadan ini.

Sambutan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri

Ramadan bagi Mael, adalah bulan mencermin diri. Bulan untuk luangkan masa bersama Tuhan. Bulan yang digalakkan untuk lebih beribadah dan membuat amal kebajikan. Bulan yang mulia. Penghulu segala bulan.

“Saya selalu meluangkan Ramadan bersama keluarga dan yang tersayang. Walaupun keluarga saya kecil, hanya ibu saya dengan dua kakak sahaja, namun bagi saya that number already very compact and full,” katanya.

Menurut Mael, setiap kali perayaan Hari Raya Aidilfitri, mereka sekeluarga akan meraikannya dengan rasa penuh syukur.

Namun, yang istimewanya sambutan Hari Raya kali ini adalah kehadiran ahli keluarga baharu, iaitu anak saudaranya yang baharu sahaja lahir tahun ini.

“Sebenarnya, raya keluarga kami agak ringkas. Kami akan balik kampung ke Johor, dan akan turut serta dalam aktiviti marhaban.

“Ya, aktiviti marhaban adalah wajib bagi keluarga kami. Boleh dikatakan, ia gaya kami merayakan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.

“Jadi dengan kehadiran anak saudara saya, ia meningkatkan lagi makna raya tahun ini. Dia memang membawa kemeriahan kepada sambutan raya kali ini, walaupun persediaan bagi perayaan Aidilfitri keluarga saya baru mencapai 10 peratus,” ujar Mael.

Anak muda yang lahir pada tanggal 13 April 2000 ini juga bercita-cita mahu membina masjid pada suatu hari nanti.

I think of myself as a family guy, saya mahu jadi suami yang baik, ayah yang baik dan rakan yang baik. Saya mahu menua dengan aman, gembira dan bahagia. Itulah kehidupan yang indah bagi saya,” pungkasnya. - Getaran, 1 April 2023

DI SEBALIK PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA: Ismail Izzani

Editor Gaya Hidup & Hiburan: Ellyna Ali

Teks & Penyelaras: Rubini Nagarajah

Suntingan Teks: Faizal Salim

Reka Letak: Abdul Hanif Zahari

Jurugambar: Mohd Azim Abd Rahman

Gambar Tambahan: World Peace Entertainment Sdn Bhd

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Ismail Izzani Kemalangan Motosikal

2

TARA 2 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 2 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 2 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok