web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fazley Angkat Hidangan Popular Malaysia Bersama Starbucks Malaysia

Seleksi menu terbaharu yang dicipta secara inovatif oleh Fazley ini mengangkat menu popular yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 2:00PM

Dari kiri, Pengarah Pemasaran dan Kategori, Berjaya Starbucks Coffee Company, Zakiah Hanim, Fazley Yaakob dan Pengurus Kanan Pembangunan Makanan Starbuck Malaysia, Alexis Ong. - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Starbucks Malaysia sekali lagi berkolaborasi dengan Datuk Fazley Yaakob untuk memperkenalkan menu baharu yang diyakini mampu menambat selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kali ini hidangan yang diangkat merupakan seleksi resepi yang diinspirasi daripada makanan tradisi kegemaran rakyat Malaysia iaitu kuih bakar, ayam percik, martabak, roti john dan burger malaysia. 

Mengulas tentang kerjasama terbaharu dengan Starbucks Malaysia, cef selebriti dan penyanyi popular ini memberitahu dia menganggap kolaborasinya dengan jenama makanan itu sebagai sesuatu yang unik kerana dia bukan sahaja menjadi wajah kepada produk-produk yang dihasilkan, tetapi turut terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan bersama pasukan Starbucks Malaysia. 

“Pemilihan menu ini bermula dengan saya membuat saringan di media sosial tentang makanan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga makanan yang menjadi signature saya. Untuk pusingan pertama dahulu, saya buat rendang dan ayam salai lemak cili api bersama nasi mentega, kek batik viral dan roti kerak.

“Kali ini saya mengangkat makanan popular di gerai-gerai dan pasar malam Malaysia. Ramai yang anggap makanan ini tidak punya tempat di restoran-restoran popular Malaysia, sebab itulah saya ambil langkah untuk mengangkat makanan ini ke satu tahap yang lain,” ulas Fazley. 

Gambar ihsan Starbucks Malaysia
Gambar ihsan Starbucks Malaysia

Tambah pelantun lagu ‘Asmara Ini’ lagi, menu atau hidangan inspirasi makanan popular rakyat Malaysia itu diberi wajah baharu supaya sesiapa pun yang datang ke Starbucks boleh menikmatinya.

“Kalau Mat Salleh mencubanya dan terpesona dengan rasanya, mungkin mereka akan mencari juga versi asal makanan terbabit. Tujuan saya buat ini adalah untuk memperkenalkan makanan Malaysia dalam versi Starbucks dan versi original. Inilah peluang untuk memperkenalkan makanan Malaysia dengan lebih komersial,” ujar Fazley yang juga penggemar makanan gerai ini. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Datuk Sydney Quays, memberitahu pihaknya teruja untuk terus bekerjasama dengan Fazley.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Fazley sekali lagi dengan membawakan menu yang benar-benar unik ke jenama kami.

“Tambahan pula, kita semua meraikan Hari Malaysia. Telah terbukti makanan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan yang erat antara kaum di Malaysia,” ujar beliau.

Berikut adalah barisan menu baharu yang dicipta penuh inovatif oleh Fazley.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

1) Pau Sambal Malaysia – Pau Sambal sentiasa menjadi hidangan Malaysia yang unik. Hidangan tradisional ini telah diimaginasikan semula dengan dihasilkan menggunakan donut Starbucks yang diisi dengan sambal cili, telur, timun dan ikan bilis goreng. 

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

2) Croissant Roti John – Street food yang popular kini boleh didapati di Starbucks dengan sentuhan Perancis! Menampilkan roti croissant istimewa yang dibakar dengan ayam berempah, telur dadar dan coleslaw segar.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

3) Brioche Murtabak Ayam – Rangup di tepi tetapi berisi di tengah, hidangan yang mudah didapati di pasar malam dan gerai-gerai penjaja tampil elegan dengan rasa mempesona. Lempeng persegi tradisional ini dimakan bersama kuah kari ayam.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

4) Ayam Percik Linguine – Makanan ikon bazar ramadan di seluruh negara ini dihidangkan dalam bentuk hidangan pasta Itali. Ayam yang diperap, dihiris dan diletakkan di atas linguine yang baru ditos dengan sos manis dan pedas yang lazat.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

5) Kuih Bakar Cheesecake – Siapa sangka kuih tradisional yang suatu ketika dahulu dibakar secara tradisional menggunakan arang dan sabut kelapa, kini dijelma semula dalam bentuk kek berperisa pandan bertekstur seperti kastard. Teksturnya yang lembut dan mewah dengan rasa keju ternyata menambat selera sesiapa sahaja. - Getaran, 17 September 2022
 

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Regu Fazley - Imran Juara Tepok Bulu 2023

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Belanja Kopi Starbucks Di Majlis Kahwin, Pengantin Akui Ia ‘Dream Wedding’

3

TARA 2 tahun yang lalu

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia

4

TARA 3 tahun yang lalu

Koleksi Happy Giraffe & Friends Dari Starbucks Inspirasi Daripada Mas Boy!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini