Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Koleksi Happy Giraffe & Friends Dari Starbucks Inspirasi Daripada Mas Boy!

Sempena Starbucks Malaysia mengambil Mas Boy, seekor zirafah sebagai haiwan angkatnya, mereka telah mengeluarkan koleksi produk baharu ini.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 8:00AM

Starbucks telah mengeluarkan koleksi baru yang diberi nama Happy Giraffe & Friends - Gambar laman web Starbucks

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ada dalam kalangan kita yang obses memburu dan mengumpul sejenis bekas botol minuman panas dan sejuk dikenali sebagai tumbler. Bahkan terdapat segelintir individu yang sanggup terbang ke luar negara untuk mendapatkan koleksi eksklusif tumbler berjenama yang tidak dijual di Malaysia.

Seperti sedia maklum, Starbucks merupakan syarikat kopi terbesar dunia yang acap kali mengeluarkan koleksi produk tumbler telah mengeluarkan koleksi produk baharu dikenali sebagai Happy Giraffe & Friends.

Ia bersempena dengan inisiatif Starbucks Malaysia mengambil seekor zirafah bernama Mas Boy di Zoo Negara sebagai haiwan angkatnya. 

Koleksi produk baharu dikenali sebagai Happy Giraffe & Friends ini dihasilkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap usaha pemuliharaan haiwan-haiwan di Malaysia.

Setiap RM2 daripada hasil jualan koleksi Happy Giraffe & Friends juga akan didermakan kepada Zoo Negara bagi membantu kos penempatan dan penjagaan haiwan tersebut. Jadi pelanggan dapat bersama-sama menjadi sebahagian daripada kempen pemuliharaan ini.

Bukan itu sahaja, Starbucks Malaysia turut menambah tajaan mereka dengan menampung kos bekalan makanan, penjagaan veterinar dan penyelenggaraan Mas Boy untuk tempoh setahun. 

Selain daripada promosi ini, Starbucks juga menganjurkan pemberian hadiah di mana peserta dijemput untuk bergambar dengan Mas Boy di zoo dan berkongsi imej itu di sosial mereka dan 10 pemenang akan dipilih dan mereka bakal membawa pulang satu set koleksi Happy Giraffe & Friends

Bahkan, pelanggan Starbucks juga  mendapat menikmati diskaun 10 peratus tiket masuk Zoo Negara apabila mengemukakan resit untuk sebarang pembelian di Starbucks.

Manakala pengunjung Zoo Negara pula berhak menebus diskaun 10 peratus di Starbucks dengan mengemukakan tiket dari Zoo Negara.

Jadi kolaborasi kali dilihat dapat mencapai objektif dual hala yang sangat baik dalam mengembangkan lagi jenama Starbucks dan menyokong kempen pemuliharaan haiwan. Jadi apa lagi, jom ramai-ramai serbu ke Starbucks berdekat dan kunjungi Zoo Negara untuk bertemu dengan Mas Boy! - Getaran, 28 Mei 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Belanja Kopi Starbucks Di Majlis Kahwin, Pengantin Akui Ia ‘Dream Wedding’

2

TARA 1 tahun yang lalu

Fazley Angkat Hidangan Popular Malaysia Bersama Starbucks Malaysia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anak Bossku Sedih Bapa Tak Dapat Minum Kopi Starbucks

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fazley Yaakob Bakal Jelajah Starbucks Seluruh Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini