web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Bossku Sedih Bapa Tak Dapat Minum Kopi Starbucks

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 1:14PM

Semasa perbicaraan kes rasuah 1MDB, orang ramai diberitahu bagaimana RM76,200 dibelanjakan untuk minuman Starbucks semata-mata. - Gambar dari media sosial Najib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nampak ironi apabila Nooryana Najwa, anak kepada Datuk Seri Najib Razak bersedih kerana bapanya yang sedang menjalani hukuman penjara, tidak lagi dapat menikmati minuman kopi Starbucks kegemaran beliau.

Semasa perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), orang ramai diberitahu bagaimana AS$17,000 (RM76,200) dibelanjakan untuk minuman Starbucks semata-mata.

Nooryana menerusi satu perkongsian di Instagram semalam mendedahkan, dia rasa bersalah semasa membeli barang keperluan apabila mengetahui Najib mungkin merindui beberapa perkara, termasuk minuman ‘caramel macchiato’ kegemarannya.

“Baru sahaja membeli barang keperluan tadi. Malah saya tidak berdaya membeli barang keperluan biasa kerana saya rasa sangat bersalah.

“Sentiasa memikirkan apa yang Bossku makan di penjara. Malah saya tidak mampu untuk membuat pesanan Starbucks hari ini kerana saya tahu Bossku pasti merindui caramel macchiatonya.

“Sesiapa mengenali Bossku akan tahu beliau seorang penggemar makanan. Sebagai anak, saya sangat rindu untuk membeli dan memberi makanan kepadanya.

“Saya berdoakan satu hari nanti, saya dapat menikmati semula pengalaman itu,” katanya.

Secawan minuman caramel macchiato di Starbucks berharga RM16.96 untuk saiz grande (16 auns) dan RM18.55 bagi saiz venti (24 auns).

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada 23 Ogos lalu atas kesalahan menyeleweng dana berkaitan kes SRC International.

Secara kebetulan, catatan Nooryana di Instagram itu mengimbau kembali perbicaraan kes 1MDB membabitkan Najib pada 2019 apabila mantan Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa AS$17,000 dibelanjakan hanya untuk produk di Starbucks.

Shahrol memberi keterangan bagaimana pemilik syarikat PetroSaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid didakwa mencuri 82 juta Swiss Franc (RM380.2 juta) daripada syarikat usaha sama yang mana 1MDB melabur di dalamnya.

Wang itu dipindahkan ke akaun peribadi Tarek sebelum disalurkan ke Good Star Ltd, yang dikawal ‘dalang’ 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Invois menunjukkan, antara lain, pembelian minuman Starbucks yang mendorong Ketua Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, “itu wang yang sangat banyak untuk kopi”. - The Vibes, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad