web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fazley Yaakob Bakal Jelajah Starbucks Seluruh Malaysia

Penghibur dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob umumkan siri jelajah istimewanya bersama jenama kopi tersohor, Starbucks.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Feb 2022 3:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun rancangan realiti Gegar Vaganza musim kelapan sudah melabuhkan tirai, namun ada beberapa pesertanya yang terus mengorak langkah dengan pelbagai perancangan masa hadapan.

Tidak terkecuali, Datuk Fazley Yaakob yang sempat mengadakan sebuah persembahan showcase berjudul ‘Yang Sedang Sedang Saja’ di restoran miliknya, SukaSucre Bistro di Sri Hartamas minggu lalu.

Malah pada malam tersebut juga, Fazley turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan perkembangan terbaharu mengenai kerjayanya.

“Sebagai menyambut ulang tahun pertama kerjasama saya bersama jenama kopi tersohor Starbucks, saya akan melakukan siri jelajah di cawangan-cawangan Starbucks seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Untuk pengetahuan anda juga, persembahan saya pada malam ini merupakan satu tanda permulaan untuk siri jelajah persembahan tersebut,” katanya sewaktu berada di atas pentas pertunjukan malam itu.

Sejak April tahun lalu, penyanyi, pelakon dan juga cef tersohor itu telah berkolaborasi bersama Starbucks untuk menghasilkan menu istimewa termasuk Kek Batik Indulgence dan Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api yang juga merupakan hidangan paling popular projek tersebut.

Ini diikuti dengan Pasta Rendang Rembau, selain Roti Kerak yang hadir dalam empat perisa.

Untuk tahun ini, beliau bakal menghasilkan kitaran menu yang baharu buat rangkaian jenama kopi antarabangsa itu berserta sebuah siri jelajah muzikal yang akan dilakukan di semua negeri seluruh Malaysia.

Sempat mendendangkan 22 buah lagu di acara showcase tersebut, Fazley juga mengambil kesempatan untuk menghidangkan beberapa menu istimewa buat tetamunya yang datang pada malam itu.

Turut hadir pada persembahan malam tersebut adalah beberapa rakan selebriti lain seperti kumpulan Nico, Imran Ajmain, Mawar Rashid, selain isteri serta ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat beliau. - Getaran, 12 Februari 2022

Gambar: Ihsan SukaSucre Bistro

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 2 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.