web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belanja Kopi Starbucks Di Majlis Kahwin, Pengantin Akui Ia ‘Dream Wedding’

Azuana membelanjakan kira-kira RM14,000 untuk 700 cawan kopi Starbucks

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 12:54PM

Tangkap layar pasangan pengantin mengedarkan kopi Starbucks kepada tetapi. - gambar mStar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkesima sekejap apabila melihat sebuah majlis perkahwinan menghidangkan minuman dari jenama kopi terkenal, Starbucks kepada tetamu baru-baru ini.

Seperti sedia maklum, jenama minuman kopi berkenaan sering dikaitkan dengan air ‘golongan kayangan’ dan menjadi pilihan anak muda.

Justeru, apabila pengantin Perempuan, Azuana Zulkiflee dan pasangannya Zainil Muzaidin memilih menyediakan 700 cawan Starbucks bersaiz sederhana (grande) untuk semua tetamu yang hadir pada hari bahagia mereka, ia mendapat perhatian umum.

Malah, ia turut menjadi tular selepas ada tetamu yang hadir merakamkan video dan memuat naik klip video melalui media sosial.

Tangkap layar - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar - gambar Izwan Ramlan

Persoalannya, berapa agaknya kos yang dibelanjakan oleh pasangan pengantin tersebut?

Menurut laporan mStar, Azuana membelanjakan kira-kira RM14,000 untuk 700 cawan Starbucks dan ia adalah salah satu impiannya untuk majlis perkahwinannya.

@whosdatgirl

Bestie literally said “Grande-sized drink for all guests!”

♬ Rayuan Perempuan Gila - BRANZZ

“Idea menjemput vendor Starbucks ini “dream wedding” saya selama ini. Lagi pula tak semua orang pernah minum air Starbucks ini.

“Nak order dekat kaunter pun mungkin agak mencabar bagi sesetengah orang sebab tak pandai buat pesanan,” beliau dilaporkan berkata.

Berikutan itu, Azuana memilih untuk menghidangkan minuman kopi berkenaan untuk tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya, baru-baru ini.

Katanya, beliau memang berniat untuk berkongsi rezeki dengan semua yang menghadiri majlis berkenaan.

Tangkap layar - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar - gambar Izwan Ramlan

Difahamkan, Azuana membuat tempahan dua jenis air yang menjadi signature menu di Starbucks iaitu 200 cawan minuman Chocolate Chip dan 500 cawan Java Chip.

Difahamkan Azuana sebelum ini pernah menjadi barista di Starbucks tetapi kini bertukar bidang dan bertanggungjawab menjalankan tugas pemasaran  untuk syarikat gas keluarganya, Zulgas Meru. – Getaran, 18 September 2023

Attachkan link ini https://vt.tiktok.com/ZSLoYmv55/ 

Sumber Foto: Tiktok- @whosdategirl

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Secara Berbahaya, Pemandu Lori Dipenjara Sehari

oleh Sophia Ahmad