web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Regu Fazley - Imran Juara Tepok Bulu 2023

Pasangan ini menewaskan pasangan regu Indonesia, Duta Sheila On 7 dan Vincent Rompies dalam dua set perlawanan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:21PM

Fazley dan Imran meraikan detik-detik manis kemenangan dalam Tepok Bulu 2023.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob dan pasangan regunya, Imran Aqil menjuarai perlawanan persahabatan badminton antara artis Indonesia dan Malaysia, Tepok Bulu 2023, Jumaat lalu di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Pasangan beregu selebriti Malaysia itu mengalahkan pasangan regu Indonesia yang diwakili oleh Duta Sheila On 7 dan Vincent Rompies, seorang pelakon dan juga pengacara di negara jiran itu.

Malah, laporan media Indonesia menamakan Imran sebagai ‘playmaker’ untuk regu Malaysia sehingga membawa kemenangan mudah kepada pasukan selebriti Malaysia dengan mata 21-13 dan 21-12.

Dalam satu hantaran Instagram, Fazley berkongsi sebuah video yang mempamerkan detik-detik manis mereka meraikan kemenangan.

Jelas Fazley, beliau baru kembali bermain badminton kira-kira lapan bulan lalu sebelum ditawarkan mewakili Malaysia pada perlawanan persahabatan Tepuk Bulu 2023, anjuran Vindes Sport Indonesia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajarnya, Chong Ming Chan dan Ariff Aziz.

“Kepada coach @cchongmingofficial yang menjadi insan pertama yang mengesan bakat badminton saya 8 bulan yang lalu, jutaan terima kasih saya ucapkan! Kepada coach assistant @ariffaidilaziz , terima kasih di atas usaha untuk mendapatkan sponsor dari Hock Eng Sports melalui @padilbadminton, terima kasih juga kerana sabar menguruskan training schedule,” kongsi Fazley.

Sementara itu, Imran juga dilihat meraikan kemenangan dengan berkongsi beberapa keping foto termasuk gambar beliau tidur di sebelah piala kemenangan sambil tersenyum.

“Tahniah kepada rakan badminton saya, Datuk Fazley Yaakob. Dedikasi dan persembahan cemerlang anda di gelanggang benar-benar luar biasa. Anda bukan sahaja memberikan yang terbaik, tetapi luar biasa! Bangga mempunyai rakan regu yang komited dan berkemahiran!,” katanya.

Selain Fazley dan Imran, selebriti Malaysia lain yang ikut bertanding dalam regu campuran adalah Atu Zero dan Atita Haris. Mereka bagaimanapun tumpas 2-1 di tangan pelakon Gadis Kretek, Arya Seloka. – Getaran, 19 November 2023

Foto : IG Datuk Fazley Yaakob

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job – Fazley Yaakob Anggap Ayat Ini Terlalu Pedih Untuk Ditelan

3

TARA 3 tahun yang lalu

Fazley Angkat Hidangan Popular Malaysia Bersama Starbucks Malaysia

4

Selera 4 tahun yang lalu

Cuba Masak Sendiri 2 Resipi Datuk Fazley Yaakob

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa