web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah Biji Chia Benteng Antipenuaan Terbaharu?

Khasiat biji chia jika dimakan memang tidak dapat disangkal lagi. Tetapi bolehkah ia digunakan sebagai produk penjagaan kulit?

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kami pasti anda pernah mendengar tentang kebaikan biji chia (chia seeds). Ia sering ditaburkan di atas salad, power bowl, yogurt dan menjadi bahan untuk puding. Ia mengandungi banyak khasiat dan dikatakan membantu sistem pencernaan, bagus untuk jantung dan membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.

Nampaknya tidak lama lagi, biji chia akan mempunyai fungsi yang baharu-- bahan antipenuaan dalam produk penjagaan kulit.

Sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat telah mencipta teknologi baharu yang membolehkan biji chia digunakan untuk membuat kapsul perubatan serta produk-produk untuk memperlahankan proses penuaan kulit.

Para saintis di Purdue University di Amerika Syarikat telah mencipta dan mempaten satu cara baharu untuk mengasingkan biji chia daripada musilaj atau bahan lendir tebal yang menyeliputi biji itu. Musilaj membuat hal-hal pemprosesan biji chia untuk makanan mahupun kegunaan perubatan sulit. Teknologi ini menghasilkan tepung biji chia yang kaya dengan protein yang menjanjikan lebih banyak khasiat dan manfaat berbanding pemprosesan cara konvensional.

Dengan penemuan ini juga, penggunaan biji chia boleh dipelbagaikan, termasuklah penggunaannya dalam industri kosmetik.

Para saintis sedang menguji teknologi baharu ini untuk memperluaskan potensinya. Antara yang sedang diuji adalah penggunaan musilaj dan peptida untuk menghasilkan lapisan filem yang boleh digunakan untuk membuat kapsul perubatan dan produk anti-penuaan.

Sebelum ini, minyak biji chia yang kaya dengan Omega-3 dikatakan mampu melembapkan kulit dan mempunyai manfaat antiradang yang sangat baik.

Jika anda mahu mencuba produk-produk penjagaan diri yang mengandungi biji chia yang sudah tersedia di pasaran, kami syorkan dua ini: 

Briogeo Be Gentle, Be Kind Avocado + Kiwi Moisture Superfood Mask

Gambar: Sephora Malaysia
Gambar: Sephora Malaysia

Perapi rambut ini menggunakan formula yang diinspirasi oleh smoothie hijau. Kandungan bayam, lemak biji koko (cocoa seed butter) dan biji chia membantu menambah, mengekalkan dan mengunci lembapan pada rambut. Gunakan sekali atau dua kali seminggu selepas syampu untuk menggantikan pelembap biasa. 

Glow Recipe Banana Souffle Moisture Cream

Gambar: Sephora Malaysia
Gambar: Sephora Malaysia

Krim pelembap muka ini mengandungi adunan pisang, magnesium, centella asiatica, chia dan kunyit. Pisang yang kaya dengan potasium dan magnesium membantu memulihkan lembapan kulit muka. Magnesium pula mengurangkan radang pada wajah sambil mengukuhkan pertahanan kesihatan kulit. Centella Asiatica atau Cica dikenali dengan kebolehannya menyembuhkan kulit yang kering dan melelas. 

Kedua-dua produk ini boleh didapati di laman web Sephora Malaysia. - ETX, 16 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

TARA 3 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

3

TARA 3 tahun yang lalu

Formulasi Ahli Farmasi Perancis Untuk Kesihatan Kulit Idaman

4

TARA 3 tahun yang lalu

Lelaki Juga Perlu Titik Beratkan Penjagaan Diri Dan Wajah

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN